-

Sunday, August 10, 2008

Sila komen....lepas baca

Apabila hati jadi batu (Siri 1)

Apabila hati jadi batu (Siri 2)

Apabila hati jadi batu (Siri 3)

Apabila hati jadi batu (Siri 4)

Apabila hati jadi batu (Siri 5)

Apabila hati jadi batu (Siri 6)

Apabila hati jadi batu (Siri 7)

Apabila hati jadi batu (Siri 8)

Apabila hati jadi batu (Siri 8)

“ Mak....Man pergi dulu” Tanpa berkalih pandang emaknya yang sedang menyusun kayu api di gerang dapur.

“ Baik-baik jalan tu Man...” Mak Minah melontarkan nasihat kepada anaknya. Sambil mata sempat melihat kelibat Irman.

“ Bisa di atur Mak..” Irman berseloroh sambil mengukir senyuman. Lalu derap langkah kaki semakin sayup menuruni anak tangga terus menuju ke dalam hutan. Kelibatnya semakin mengecil lalu hilang di celah rimbunan hutan.

Pada setiap pagi Irman akan masuk keluar hutan untuk mencari kayu api. Biasa sepertengah hari Irman akan berada di situ. Menyelongkar dan mengutip dahan kayu yang kering. Akan di kumpulnya, lalu diberkas dengan tali. Walaupun kerja itu berat memandangkan usia Irman baru genap 13 tahun. Sedangkan budak seusia dengannya biasa bermain dan berseronok menghabiskan masa seharian dengan kawan-kawan. Tapi lain bagi Irman, sudah membanting tulang ringannya untuk membantu mencari sesuap nasi untuk dia dan ibunya.

Kayu yang di kumpul lalu diikat. Kemudian di punggah keluar dari hutan dengan menggalas di bahu. Seandai penat menggalas dijunjungnya pula atas kepala. Begitulah rutin harian Irman. Irman tidak pernah mengeluh, apa lagi ingin mengelak dari kerja. Semua kerja dilaksanakan dengan rajin sekali. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab Irman mesti menolong ibu dalam segenap perkara.

Apabila hati jadi batu (Siri 7)

Irman tertidur dipangkuan ibu. Asal berbicara namum ungkapan menjadi senyap. “ Tidur rupanya” Mak Minah membetulkan tidur Irman. Diletakkan kepala Irman perlahan atas bantal lusuh. Bimbang akan terganggu tidur. Sekadar kepala dilapik. Tebal atau nipis bantal tidak penting.

Suasana malam bertambah dingin. Menjadi semakin tua. Terasa kadang-kadang desiran angin menerjah ke telinga Mak Minah. Mata Mak Minah semakin lemah. Kuyu lalu.......tidurlah dua beranak. Irman berbantal tanpal berselimut. Manakala Mak Minah tanpa bantal tapi sempat melebarkan kain batik lusuh ke tubuhnya.

‘ Sesungguhnya hidup dunia hanya permainan dan melalaikan,Hari akhirat lebih baik baik bagi orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak memikirkannya’( Surah Al-Baqarah ayat:32)

Pagi mula memaparkan wajah. Kelihatan silauan cahaya matahari di celah-celah rimbunan pokok. Namun, dingin masih mencengkam. Alam sunyi sepi tanpa suara manusia. Kelihatan kelibat burung berterbangan dari dahan ke dahan. Riang seolah-olah menari di udara. Sekali-sekala bertembung lalu jatuh menyembah bumi. Sepantas kilat terbang kembali. Bimbang akan pemangsa yang berselindung tanpa di duga. Akan menerkamnya. Asyik sungguh kelihatan alam. Wajah alam riang, damai dan harmoni. Ingin berkongsi dengan manusia namun......manusia tidak cuba memahami.

Waktu jam tepat 8.00 pagi. Sesudah semua tanggungjawab ditunaikan. Irman menjurus ke satu sudut rumah yang tersangkut kapak dan tali. Tali yang berlekaran sederhana besar. Lalu dicapainya, di selit ke pinggan. Kemudian mula melangkah keluar rumah.

Apabila hati jadi batu (Siri 6)

Mak Minah dapat mengagak yang si Irman ni ada masalah. Orang tua lebih dulu merasa garam. Masin atau sebaliknya. Dari raut wajahnya jelas terpampang sesuatu. Sesuatu yang mungkin Mak Minah tidak mampu terjemahkan untuk dirinya. Seolah terbuak-buak dalam benak Mak Minah akan keadaan Irman. Ingin satu kepastian. Namun yang pasti malam ni mesti makan. Kalau tak makan perut akan kosong. Angin akan masuk. Dah lah seharian semalam makan pun tidak. Kadang kala perut berkeroncong. Seperti sebutir loceng yang digamit.

Sesudah makan Irman cuba merapati ibunya. “ Mak....” Irman mula berbicara. Kelihatan sedikit manja apabila Irman berbahasa sekadar. Lembut tetapi jelas.

“ Ye man, ada apa” Mak minah memandang mata anaknya. Sayu.

Mak.., kalau man nak cakap sesuatu kat mak, mak marah tak” Irman meletakkan tangan ke bahu ibunya. Lalu menggosok perlahan-lahan. Sambil merapatkan kepala ke bahu emaknya.

“Apa dia man....” Mak Minah menjadi risau. Walau tidak berpandangan tapi hati tetap berpaut dengan sayang dan kasih.

“ Cakapla man, kenapa mak nak marah kalau tak bersebab” Mak Minah menundukkan kepala ke lantai. Matanya tepat tertumpu kepada lubang lantai seluas anak jari manis. Wajah tiba-tiba menjadi dingin. Kelopak mata bergenang.

“ Hmm....” sukar Irman meneruskan bicara. Wajahnya kosong. Lidah kelu terasa berat sangat. Berat batu besar untuk diangkat. Tapi saat ini lagi berat. Seolah batu itu telah menghempap anak tekak Irman. Kelu sejenak sambil menggerakkan kepala yang sedia di bahu emaknya.

Mak Minah membelai rambut Irman. Sayang sangat. Irmanlah hidup Mak Minah. Irman bagaikan nyawa. Irman tiada maka tiadalah nyawa. Tanpa nyawa mana manusia boleh hidup. Itulah ibarat kasih dan sayang Mak Minah kepada Irman.
‘Kasih Ibarat magnet,
Memaut perasaan dan mencengkam,
Kasih ibu dan anak,
Sentiasa berpaut,
Air mata jatuh,
Kasih dilaburkan,
Hanya untuk anak,
Biarpun lapar, dahaga,
Kasih tetap utuh,
Menanti senja yang kian kabur’.

Apabila hati jadi batu (Siri 5)

Suasana malam sungguh gelap. Kedengaran suara cengkerik bersahutan menghiburkan suasana malam. Malam membaluti siang tanpa belas kasian. Gelapnya menyeluruh hingga ke dalam rumah mak minah dan Irman. Akan tetapi, cahaya pelita ayam menempias untuk memberi penglihatan kedua beranak itu. Agar kerja rumah dapat diselengarakan tanpa gangguan. Makan, minum, sembahyang dan tempat tidur semua mesti diselengarakan dengan baik. Mak minah pantang sekali kalau keadaan ruang utama rumahnya berselerak.

Walaupun rumah sekadar bangsal. Bangsal yang berukuran 10 kaki lebar dan 13 kaki panjang. Sempit sangat tidak namun selesa untuk dua beranak. Atap daun nipah yang tersusun rapi. Dinding pula berpaku dari kayu-kayu lama tapi sedikit jarang. Namun kekemasan tetap di jaga.
Rumahku syurgaku. Itulah pepatah melayu yang masih aku ingat masa pembelajaranku dahulu di sekolah. Cikgu bahasa melayu selalu menyebutnya kepada anak-anak murid. Cikgu Halimah baik orangnya. Lemah lembut akan tetapi tegas. Mana-mana muridnya yang tidak menyiapkan tugasan rumah yang di beri. Ha.. jawabnya, hanya cikgu Halimah yang tahu.....

Jadi, emak seorang tegas. Dalam perihal kekemasan sebagai contoh memberi banyak impak kepadaku untuk menjadi seorang murid yang dedikasi. Bebas apa jua keadaan dari segi berpakaian, pembelajaran dan soal pergaulan.

“ man kenapa termenung ni...” mak minah menyapa anaknya. Irman mengelamun sambil memandang ke arah hidangan makan malam yang tak seberapa. Dia senyum meleret sambil menjeling ke arah maknya.

oh..mak, tak de ape mak” jawab Irman ringkas. Namun, raut wajahnya tidak ceria.
mak tahu, man tak lalu makan kan. Sebab lauk tak cukup” Mak minah ingin kepastian dari Irman. Lauk pucuk ubi diangkat lalu ditambahnya. Kerengsaan Irman akan sesuatu menyebabkan makan tidak berselera.

Tidak..mak , bukan masalah lauk tak cukup. Tapi mak...ah tak de pe la mak, kita makan k...” Matanya berkerut sambil berkelah pandangan. Bimbang soalan seterusnya akan dilontarkan emak.

Thursday, August 7, 2008

Apabila hati jadi batu (Siri 4)

Man..ooo...man, mari makan nak” kedengaran suara Makcik Minah sayup dari arah dapur. Memanggil anak tunggalnya untuk makan.


Kejap mak man nak basuh baju ni kejap, mak makan la dulu nanti man datang” Jawab Irman meninggikan suara. Agar didengar mak.


Manakala tangan asyik menggosok baju yang dihamparkan ke lantai. Lantai batu bersemen. Kelihatan di celah-celah batu lantai bersemen lopak-lopak kecil yang memberi ruang pada lumut. Tompokan lumut cuba menghiasi permukaan lantai semen, namun nampak ralat. Tidak teratur.


Tempatnya mengunjur kebelakang rumah. Keluar pintu dapur terus bersemuka. Sedikit berselindung pandangan luar. Di tempat itulah Irman mandi, membasuh pakaian dan mendapatkan bekalan air untuk maknya minah. Tempat yang di lingkari pagar daripada batang-batang buluh yang sedikit runcing bersilang-silang. Namum nampak sedikit tegar.


Lingkungan pagar terdapat sebuah perigi tua. Permukaannya tidak luas sekadar 3 meter persegi. Lumut kelihatan tumbuh melata pada dinding perigi. Walaupun usia perigi sudah tua namum airnya tidak pernah kering semenjak makcik minah dan anak tunggalnya berpindah tinggal ke situ. Sebuah kampung dikenali dengan nama kampung Sendeng. Mengapa nama Sendeng? Wallua’lam....

Apabila hati jadi batu (Siri 3)

Lalu rambut dibelai perlahan-lahan ikut urutan. Arah mana aliran rambut. Ke arah depankah? Ke arah belakangkah? Atau ke arah kiri dan kanankah?. Jawabnya rambut di kepala tidak berarah. Lintang-punkang alirannya. Menjadikan keadaannya kusut masai. Lalu ku kuatkan diri untuk bangun. Niat untuk bersama-sama mereka yang berkejaran itu.

Di tangan jambangan kain yang bersimpul-simpul. Keadaan rambut bertebaran seperti rumput kering bertebaran yang di pijak-pijak oleh sang lembu di padang. Matanya merah dan baju hendaknya di selam ke dalam sungai kelantan pasti semua hidupan dalam sungai akan mati. Tak mati paling tidak pening lalat %##$%.....

Tinggallah mak minah dengan anak lelaki tunggal Irman namanya. Budak kampung lebih gemar memanggil Irman dengan panggilan ‘man’ sahaja. Panggilan manja. Man itulah yang ditinggalkan ayahnya bernama Bidin yang telah menjadi arwah 10 tahun yang lalu. Akibat dipatuk ular tedung. Patukan yang sangat berbisa. Sekali patuk kaki pak Bidin terus kejang dan menjadi biru.

Sebenarnya pak Bidin ingin menyelamatkan man yang terjatuh dalam lubang tanah di pinggir kampung ketika mencari pucuk-pucuk ulam untuk dijadikan lauk nasi. Kedalaman lubang itu lebih kurang jarak lutut kaki seorang lelaki normal. Luasnya satu meter persegi. Kalau letak kedua kaki memang ngam. Tidaklah dalam lubang tu. Tapi…..

Irman mengelamun tersentak dengan panggilan maknya.

Wednesday, August 6, 2008

Apabila hati jadi batu (Siri 2)

Mata aku mula berkaca. Mendongak ke atas. Apa yang dilihat semua manusia dapat juga aku lihat. Iaitu awan yang berbondong-bondong. Kadang-kadang burung yang berterbangan rawak sedikit menggugat pandangan awan. Akan tetapi, mengapa yang aku rasa tidak ada manusia rasa. Tidak adilkah pencipta?

Mengapa? Mengapa perasaan ini hanya untuk aku? Apakah benar hatiku telah menjadi batu?
Tidakkah ada insan lain yang berhati batu? Berhati batu seperti aku?

Air mata mula berjejeran membasahi pipi. Pipi yang pernah ditampar. Pipi yang pernah di sepak. Pipi yang berada pada wajah yang penuh cemuhan, ejekan dan kata-kata kesat manusia. Manusia yang berhati batu. Apakah mereka berhati batu atau aku yang berhati batu.

Hati aku sudah menjadi batu!

Longgokan sampah umpama tilam empuk di jadikan tempat beradu. Celah-celah tiang jambatan umpama kerusi malas yang setia menahan keletihan belakang. Gumpalan kertas umpama bantal kekabu yang sedia menerima kunjungan kepala yang ingin parkir. Tidak dapat ku bayangkan. Bagaimana kehidupan hari esok. Dapat tidur bertilam empuk lagikah? Dapat menyandar di kerusi malas lagikah atau bantal kekabu, itukah tempat parkir kepalaku di kala waktu tidurku nanti?

Setelah malam menguasai. Suasana kelam tapi sedikit kelabu dengan biasan lampu jalan. Asap kenderaan tidak mengenal waktu. Masih menyerut ke hidung. Menjadi sedikit rimas. Mengganggu tidur yang pingin. Namun, hilang sejenak entah ke mana.
Pagi tanpa segan-segan melabuhkan tirainya. Diikuti cahaya matahari yang mula menerjah alam melata. Menyilaukan mata. Pandangan aku yang berkabut semakin jelas. Walaupun begitu, mata masih malu untuk membuka melihat kelibat manusia yang lalu lalang. Masing-masing berkejaran. Ada yang berkejaran ke hulu dan ada juga yang berkejaran ke hilir. Nampak sibuk sekali mereka.

Butakah mereka semua yang lalu-lalang? Aku yang masih tercongok satu tempat mengusapkan mata, tidak mereka endahkan! . Pakaian lusuh yang compang-camping dibetulkan agar nampak kemas. Walaupun tidak kekemas mereka yang lalu-lalang itu. Orang ramai pasti memerhati aku nanti. Jadi, aku mesti dalam keadaan kemas. Sentiasa bukan untuk sekali. Baru aku bangga, hmmm.... rambutku pula bagaimana?

Apabila hati jadi batu (Siri 1)

Apabila hati jadi batu. Segala kebenaran akan nampak kelam, gelap dan berhantu. Hantu mana yang takutkan manusia, tapi manusia mana yang tidak takutkan hantu. Apabila takut, manusia akan lari dan mengelak diri. Tidak sanggup! Hmmm.....

Hati sudah jadi batu. Apakah ada batu dalam dunia realiti yang bersifat lembut macam kapas! Yang akan terburai apabila di tiup angin. Lalu terbang bebas ke udara berceramuk. Tentu tidak, masakan batu seperti kapas. Gilakah dia? Dengan ucapan yang mengatakan batu adalah kapas. Berkongsi sifat sama berlainan jirim.

Arghhh…memang dia sudah jadi gila. Hatinya sudah jadi batu!

Ajaklah dia, serulah dia, pimpinlah dia berkawanlah dengan dia. Mengapa kamu semua menjauhkan diri dari dia. Tak kesiankah kamu kepada dia. Sudahlah dia tunggal. Ibu ayah sudah tiada.

Makan minum entah! Makan ke belum minum ke belum. Itu dia punya pasal. Hati dia sudah jadi batu! Hari-hari dia bilang. Hari ini, hari esok, hari lusa dan hari seterusnya. Dia bilang dan terus membilang. Tanpa berasa penat. Bilakah akan tamat penderitaan hati batu ini!

Apakah di sana ada ranting cahaya yang dapat berpaut. Ku ingin berpaut. Kalau tidak berpaut jatuhlah aku. Jatuh aku ke lembah yang kelam, gelap gelemak. Apakah di sana ada beranda keharmonian. Beranda yang dapat berteduh dari di hujani kejahatan, kekejaman dan kebuasan nafsu.

Hati telah menjadi batu! Hati telah jadi batu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...