-

Wednesday, August 26, 2009

Sama-sama kite renung


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bermaksud: "Apabila
engkau berpuasa, pendengaran, penglihatan dan lidahmu juga
hendaklah berpuasa daripada berkata dusta dan dosa.
Jadikanlah puasamu tenang, dan jangan jadikan hari engkau berpuasa sama
dengan hari engkau tidak berpuasa.
" Abu Zar berkata kepada Talik bin Qais: "Apabila engkau berpuasa,
hendaklah engkau menjaga puasa engkau sekadar yang mampu."
Talik tidak akan keluar rumah ketika dia berpuasa melainkan untuk
mengerjakan sembahyang. Bagi Abu Hurairah dan sahabat-sahabatnya,
apabila mereka berpuasa, mereka sentiasa berada di dalam masjid.

Mereka mengatakan: hendak membersihkan puasa kami..." Dan
daripada Maimun bin Mahran:
"Sehina-hina puasa ialah puasa yang hanya menahan makan dan
minum sahaja..." Tidak kira perkara apa yang dilakukan, puasa
itu tetap ada kesan dan ganjarannya.

Allahuakbar!!



Salam politik malaysia. Percaturan yang cuba di bawa oleh parti kerajaan untuk memancing pengundi di Permatang Pasir, Pulau Pinang ternyata tidak menjadi.

Keputusan semalam calon PAS Mohd Salleh Man mengekalkan jawatan wakil rakyat pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri tersebut dengan mejoriti 4,551 mengalahkan calon parti kerajaan Barisan Nasional Rohaizat Othman.

Kecewa lahir daripada sume anggota BN yang bertungkus lumus untuk menarik para pengundi dengan umpan pembangunan. Umpan yg sudah lapok.

Lebih-lebih lagi Pengarah Pilihanraya BN itu sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mereka(penduduk) tidak mahu perubahan yang akan di bawa oleh BN, kita terima dengan hati yang terbuka” Ulasan dari Datuk seri Muhyidin Yassin Timbalan Pendara Menteri semasa sidang akhbar di pusat operasi BN semalam.

Ini adalah alamat rakyat memang inginkan perubahan....Perubahan Kerajaan!!

Saturday, August 22, 2009

Alhamdulillah BANG PUASA.

Syukur kawan2 kita dapat berpuasa lagi. Kan gitu!

Allah s.w.t masih memberi peluang kepada kita untuk menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Sangat beruntung kita!

Allah mahukan kita sume ni sihat!

Sihat tubuh badan dengan memberhentikan sejenak program makan-makan dan minum-minum yang tak dapat dipisahkan dalam aktiviti harian.

Kalau program dalam perut dah boleh control tak de masalah segala pencemaran yang terdapat dalam perut dapat di settle dengan baik. Antara caranya, ni lah dengan berpuasa!

Kenapa saya cakap gini ni, kerana teringat kepada kata-kata Baginda s.a.w yang memberi maksud perut adalah tempat tumbuhnya atau tempat merebaknya penyakit.

Di sini dapat kita fahami bahawa segala benda yang kita dok telan setiap hari tu akan masuk dalam perut.

Tak kira makanan jenis mana. Pedas ke sejuk ke panas ke dan macam2 lagi la...

Jadi pendek kata perut lah menjadi mangsa kita untuk menyelegarakan sume benda ni.
Benda yang tak elok dio reject keluar. Cara keluar faham2 sdirilah....%^%##

Yang elok pulak dia serat masuk dalam tubuh jadikan tenaga untuk kita dan sebagainya...
Bagus sangat2 kalau dia diberhentikan sekejap kan...

Rileks sikit. Ala macam kete kita gak kalau perjalanan yang jauh kita kena berhenti kan nanti enjin kete meletup! ha kalau tak berhenti. Jaga kau....

Namum ada juga jenis manusia yang tak mahu nak hidup sihat!!

Mereka mengelak don dari puasa. Apa jenis hamla aku pun tak tau. Memang yang aku cakap kan ni orang Islam la. Kalau yang kafir tu cakap buat pe.

MasyaAllah mengelak dari puasa. Alasan mereka keje penat bang! Macam mana kite mahu tahan. Minum tak leh makan tak leh habih nak buat keje cam mana?

Uzurrr....bang!

Aik!! mudah pulak dia cakap uzur!! Hai abg2 sekelian kalau abg2 sekelian baca sejarah Nabi ketika perang Badar bersama-sama dengan sahabat2 Baginda. Ni nak lawan orang musyrik ni...bukan Main2. Ha cuba jawab! Bila peperangan itu berlaku?

Di bulan puasa bang! Bulan Ramadhan.

Masa tu panas cuaca panas bang! Siang hari Nabi berperang!

Tidak juga Nabi dan sahabat tidak puasa mereka sume puasa.
Kesian la kat diri abg tu sdiri. Kalau abg tak mahu nak jaga diri tu sapo la yang mahu jaga diri abg tu....

K, SALAM RAMADHAN 4 U ALL.

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SUME KEKAWAN!
HARAP RAMADHAN KALI INI LEBIH LEBIH LAGI BERLIPAT KALI LAGI GANDAAN AMALAN KITE, INSYAALLAH....

Thursday, August 20, 2009

THE BEST WAY OF STAYING OUT OF H1N1 TROUBLE

RECENTLY, I saw photos in newspapers showing people wearing "surgicalmasks" at shopping malls, schools, mamak stalls and other public areas. Ihave even noticed people wearing them out in the open with no one around.Because of this, I would like to explain why the mask may do more harmthan good.
The H1N1 virus is not airborne. To be considered an airborne virus, themicroorganism would have to survive or remain in the air for long periodsof time. The H1N1 virus does not stay airborne.I have noticed many people wearing masks in crowded places.
However,places like airports, shopping malls and schools are full of germs andbacteria. If a small amount of bacteria gets into a hole in the mask, youwill provide a breeding ground for the bacteria, which may lead to anillness or infection.
The moisture you produce in your mask is perfect forbacteria and viruses, and may be a recipe for disaster.The way to prevent exposure to H1N1 virus is to avoid physical contactwith people who may be sick or infected. Also avoid commonly touchedsurfaces like escalator railings, poles and public toilet doorknobs.
The H1N1 virus usually spreads when someone touches surfaces with thebacteria and then touches his own nose, eyes or mouth.Washing your hands frequently is the best defense against exposure.And yes, the virus may travel from point A to point B in the air.
But itwill drop, not stay airborne.Wearing a mask is only good at helping you not to spread your illness toothers if you are infected.
Source: NST - Letter to Editor on August 7, '09 by Kiang Jau Sang Malacca

Tuesday, August 18, 2009

Ya Allah hamare ghuna maaf farma


Kejadian buruk yang menimpa diri, siapa yang tahu. Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.

Kita hanya mampu melakukan, melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba.

Kejadian yang ingin aku petik dari dahan pengalaman yang tumbuh di bumi pakistan. Masa tu aku berada di sana untuk mengejar cita-cita yang telah terpahat dalam jiwa dan ragaku.

Masa yang nak jadi bahan berita ni, masa tu aku tengah naik bas dari bandar karachi saddar ke waterpalm. Kira-kira 1 jam perjalanan dan waktu dah nak terbenang matahari.

Biasa bila naik bas dari bandar kalau tak berkejaran dengan ramai orang memang tak sah. Dah le tunggu bas pun dah boleh bilang berapa jam dah terjual kat kedai jam tangan berhadapan dengan tempat aku tunggu bas. Berjam-jam.

Bas sampai pulak, berlari-lari tak kira yang laki atau perempuan cuma yang puan ni lari dia cover sikit slow je.

kalau si perempuan lari laju, maka akan terkeluar dari mulut orang yang melihatnya “laju-laju siapala punya anak tuuu....!!!”

Ha..kalau si lelaki tok osah nak bincang! buat buang mase je...

Bila bas sampai, aku dapat naik.Naik je bas kepala aku secara automatik akan mengeluarkan arahan supaya berhati-hati.

Beg duit engkau letak mana? Tepon kat ner? jaga-jagalah benda semua tu...

Aku jadi perasan dengan sume benda tu.

Biasa kalau kat sane kiteorg keluar je mana-mana kitorg akan pakai baju kurta.
Baju labuh belah sisi macam jubah tapi sedikit singkat labuh bajunya. Seluar pulak free saiz.

Semua golongan boleh pakai seluar yang sama saiz. Gemuk ke kurus ke jalan je dengan jerutan tali khas kat pinggan. Sebijik macam tali ikat kasut tapi besar sikit diameter dia.

Dalam bas aku berdiri kerana tempat duduk dah penuh. Tempat berdiri pulak kaw belakang bas.

Dua barang berharga aku dah aku letakkan di tempat yang selamat. Iaitu dalam poket seluar yang terlindung dengan labuh baju. Insyallah selamat! jawab hatiku.

Sebaik sahaja perjalanan dari saddar ke waterpalm hampir nak sampai, turunlah seorang mamak yang duduk depan tempat aku berdiri.

Sebelum dia turun dia dah bagi isyarat untuk aku supaya duduk tempat yang telah dia kosongkan. Aku enggan. Tapi mamak kat tepi aku sume suruh aku duduk. Atas dasar aku ni orang luar student pulak tu. Diorg suruh aku duduk.

Hormat kat aku la tuu....

Lebih kurang 2 minit aku pun duduk lah tempat yang kosong itu.

Walaupun tempat aku nak tuju dah nak sampai. Paling kurang mengendur la sikit urat lutut aku ni hasil dok berdiri.

Kemudian aku terjenguk-jenguk ke arah tingkap bas untuk memastikan tempat aku confirm dah sampai.

Alhamdulillah sampai juga. Aku turun selepas mengetuk daun pintu yang berperanan untuk memberhentikan bas.

Lega rasanya dah sampai!

Ya Allah naik je rumah, terkejut beruk aku duit aku yang aku letak dalam poket seluar. Hilang!!

Nasib baik beg duit ada. Duit tu baru je aku keluarkan dari bank kat bandar tadi tapi jumlahnya......???

Tak banyak mane tapi sungguh memeritkan.

Terlopong mulut dan mata aku dalam masa 2 second. Nak buat macam mana dah tak de rezeki.
Kesian kat aku kan....Mamak mane la yang ambik duit aku tu dan bagaimana dia curi dan masa mane dia curi memang aku tak perasan. Kalau aku perasan senang la pulak!! nak hentam ....
moral: jaga baik-baik barang berharga walau sekalipun diyakini ia selamat.

Monday, August 17, 2009

Coconut Water can prevent H1N1...pls take coconut water daily.....

From: Dr Lina
definitely believe in the 'acidity' concept.Just from top of my head, our body ph should be about 7.36 I think. as a follow up to my previous email, veges, because of the fibre too is alkaline...wheat grass drink etc very good:)...that's why kalau demam esp chicken pox, kan our elders use to advice minum air kelapa muda:)

sometimes I wonder whether this is just Allah's way to remind us to go back to the basics - good natural food, good hygiene, more physical work. Sometimes we get too caught up in our lives - makan fast food, processed food, lupa exercise (guilty too!)

Wallahu alam.

Pergi tak kembali......



Segalanya adalah takdir!


Dia telah pergi, kembali tidak lagi. Itulah hakikat yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Kejutan baruni baru nak hilang dengan perginya Yasmin Ahmad. Dikejutkan pula dengan berita kematian seorang lagi seniman dalam bidang nasyid. Bidang dakwah yang diceburinya sejak awal umur lagi.


Tepat jam 11.30 pagi pada 13/08/09 doktor telah mengesahkan bahawa beliau telah meninggal dunia. Meninggalkan sorg isteri dan 6 org anak. Beliau yang kita maksudkan ialah Ust Asri Ibrahim. Vokalis utama kumpulan nasyid popular rabbani. “Rabbani” kalimah keramat yang telah mencorakkan galur seni hebat dalam bidang nasyid negara.


Telah disahkan mati akibat sakibat sakit jangtung.


Perjalanan galur seni beliau telah mendapat noktah! Noktah daripada Allah s.w.t. Tidak mampu untuk bergerak lagi.


Teringat syair arab mafhumnya:


Tanah akan mencemburui setiap orang soleh,
Hai wahai orang yang soleh kenapa kamu tidak berjalan di atasku,
Tanah lain berkata, berpijaklah di atasku!
Keberkatan hidupmu ingin aku kongsi.


Benar kata Allah yang hidup pasti akan mati. Makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajal masing-masing. Cuma bila? Hanya Allah Maha Mengetahui.


Sebagai saudara seagama kita hanya mampu berdoa kepada Allah, agar Allah s.w.t mengurniakan rahmatNya terhadap arwah.

Friday, August 14, 2009

Imabasan hidup


Umur aku 5-6 tahun memang cukup memeningkan kepala ibu. Balik je sekolah tum...baling beg kat tempat dia(tempat biasa tepi dinding berhampiran ngan dapur). balik je baling bag. Itulah kebiasaan hari sekolah. Nak buat macam mana dah namanye budak....

Memang la budak, tapi budak lain ok la sikit, tak la balik sekolah terus je keluar rumah. Makan ke rehat ke dulu nanti petang boleh la keluar main. Ayat ini biasa keluar dari mulut ibu.

Ingatan peristiwa zaman budak-budak memang sungguh asyik. Lebih asyik lagi kalau nak ingatkan gewe-gewe dulu. Ehmmm..gewe tu maknanye girlfrez la.

Satu ketika, memang aku tak akan lupa ni. Masa tu aku aku pergi main bola kat hujung kampung. Biasalah main bola ketika tu tak de padang punya. Hanya main atas jalan je. Tapi jalan yang tak berturap la. Jalan hamparan tanah je...

Kitorg main la....aku biasa kena bahagian pertahanan sbbnye kaki aku budak-budak kg bilang keras macam kayu. Jadi position aku tepat! heheh...tapi aku rasa, biase je.

Lepas main hari tu. Entah macam mana member ajak g jalan umah dia kat tepi sungai. Alahai..kalau dah hampir ngan sungai tu apa lagi. Peluang keemasan la ni. “Horaii...lepas ni kita pakat mandi sungai!!” Sorang member aku berteriak. Aku dah kawan ajak ni apa lagi tak mahu la nak lukakan hati diorang lak.

Kite pun mandila ramai-ramai. Keadaan air sungai pun memang ok. Tak de keruh. Tak macam sekarang ni. Kalau u all tengok macam air teh yang ditaruh susu.

Menggeleng kepala la jawabnya. Hebat..memang hebat mandi kat sungai zaman budak-budak dulu. Suasana sungai pun cantik. Menarik, angin pun bertiup sepoi-sepoi...Agrhhh!! memang best la pendek kata.

Kite berenang dari tebing terus menuju ke batang pokok kelapa yang tumbang. Menyengeng hampir rapat ke permukaan air. Lebih kurang 7-8 cm jaraknye. Kalau musim hujan tu memang dah tenggelam dah.

Kitorg bukan setakat g untuk sampai ke sana je. Tapi kitorg akan buat sesuatu tau...kau org nak tau. Kite akan lipat maut! Heheh....lipat biasa je. Lipat arah depan dan arah belakang. Kalau arah depan aku bolehla buat. Tapi kalau kot belakang...sampai sekarang tak leh.

Asyik mandi nii... “tak ingat dah ke jam berapa dah ni anak-anak woi” tiba-tiba terdengar suara dari arah tebing sungai. Masa tu aku dah kembali ke tebing.

Alamak...ibu aku!! “Mampuihh...”Dalam hati aku berkata. Ni dah kes besar ni. Tentu pahni denda besar jugak ni. Lastly, balik rumah nak dipendekkan cerita. Aku kena sebat ngan ibu aku. Kesian kat aku kann..HUhuhu...

Kawan-kawan kisah sebegini hanya kita yang alami. Menerusi hidup peristiwa yang berlaku menyebabkan kadang-kadang kita senyum sendirian...Hebatt!!

Thursday, August 13, 2009

Apabila hati jadi batu (Siri Akhir)

Irman menangis semahu-mahunya.

Air mata Irman bercucuran bagaikan air hujan yang mencurah-curah dari langit. Tiada tanda akan berhenti. Di peluknya tubuh Mak Minah yang sudah kaku tidak bernyawa. Apalah nasib yang menimpa Irman. Sesudah ayah meninggal kini emaknya pula.

“Makk...jangan tinggalkan Man mak” Tangisan semakin kuat.

“Siapa yang akan jaga man....mak” Rintihan syahdu bergelora dalam lautan jiwa Irman. Lautan sendu tanpa angin tapi bergelora. Kelopak mata Irman tertutup rapat sambil menghenjut-henjut kepala ke tubuh Mak Minah.

Suasana seolah turut menguarkan rintihan dengan keadaan alam sekeliling di baluti kesuraman.
Seorang anak ditinggalkan ayah. Kemudian emak, mana tak sedih. Takdir yang menimpa tidak boleh dielakkan. Termaktub sudah! di luh mahfuz.

Irman hilang arah hidup. Hidupnya tidak keruan. Kelopak mata menjadi bengkak kerana terlalu banyak menangis. Tiada siapa dalam hidupnya kini. Saudara mara tidak seorang pun yang diketahui Irman. Sejak dia kecil tak pernah ayah dan emaknya memberitahu pasal saudara mara. Entah ada atau tidak.

Irman masih teringat kata-kata emaknya.
“Kita hamba mesti buat baik. Buat baik kepada orang dan orang akan berbuat baik kepada kita” Terngiang-ngiang dalam kotak pemikirannya.

Jangan sampai hati jadi batu...sudah” Kata-kata azimat emak menyelinap masuk ke lubang telinganya.

Ayat itu menjadi imbasan sentiasa kepada Irman. Mak cakap jangan jadi manusia yang berhati batuuu!!!

Jangan jadi manusia berhati batu....Hahahha....ketawa sendirian. Selepas peristiwa kemalangan Mak Minah mati ditimpa pokok kelapa yang tragis itu. Irman menghilangkan diri dari orang kampung.

Malah dia sendiri tidak mahu berjumpa dengan orang sekeliling. Kalau berjumpa dia akan mengelak diri.

Dia berjalan terhenjut-henjut. Matanya merah dengan keadaan rambut yang kusut masai. Kadang-kadang dihinggap lalat tapi dibiarkannya. Baju yang dipakai terlalu uzur.
“Di manakah hati aku” Dia bercakap sendirian.
HAA....haha....aaa...”Hati aku telah jadi batu. Dengan mulut menganga sambil meleleh air liur ke birai bibirnya.

Kehidupan Irman kini menjadi satu nostalgia untuk dirinya sendiri. Terperuk di tempat-tempat yang kotor. Makanan ikut terjumpa akan di sambarnya.

Wednesday, August 12, 2009

projek sir reza (Iranian) 'gereh'-Siri 3

Ini keje seterusnya....daripada kepingan yang sudah siap.
Siap ditampal, di lap dan di cuci permukaannya. Maka ia dilekatkan
pada kertas tebal terlebih dahulu. Kemudian baru buat apa yang
abg tu buat kat gambar tu.....

Perlu teliti dalam projek nii...sbb pensyarah Iran ni garang orgnye....eee takut!

Ha...tengok hasilnya sikit ni belum complete 100% lagi ni......








Aduihh...tidur terpaksa ponteng, sbb nak sipakan projek ni...ehmm.



Terasa tercabar


Semalam pada tarikh 8/8/09 pukul 9.18 malam,nak jadi satu kisah yang tak rasmi. Adik aku kurang sihat. Dah 3 hari dia batuk dan demam. Ha bunyi demam tu lain macam dah ni..kot kot. Minta dijauhkan Allah. Aminn...
Dia call aku “Abg nak datang rumah ni tolong mai ambik”

Tanpa banyak cakap aku terus je pegi ambik dia. Kat UM. Kesian adik aku demam. So keesokkan paginya dia pergi check kat klinik Dr Lina. Kliniknya di tingkat bawah. Apartment Taman Medan ok la layanan dan perkhidmatan yang di beri boleh bagi markah 85%.

Tapi, ha ni crite nak bagitau nye. Masa aku pi ambik adik kat UM. Waktu tu dalam jam 9.30 malam. Terus je aku drive. Sampai kat pintu masuk ada 2 pengawal yang dok berdiri tepi jalan masuk. Masing-masing pegang telefon selular atau orang panggil ape tu...emm lupa lak.Ha! walkie-talkie. Ye ye betulla tu.

Sebaik saja aku break kat pintu dan dia kat tepi kete.
“Nak g mana bang” Dia tanya aku. Muka biasa je.

“Nak ambik adik” Selamba aku jawab. “Ok abg sila parking kat tepi tu..dan ambik kedatangan” Dia arah aku.

“Orait...no hal”Aku jalan dan parking kete sebagaimana yang disuruh.

Lepah sign apa sume. Aku belah....

Sebaik sampai kat depan pintu pagar asrama adik aku. Dalam gelap ni, dah jam 9 lebih mestilah gelap lagipun kat situ lampu jalan tak cukup elektrik.
Malap semacam..alamak!! mamat ngan minah dok buat ape ni gelap-gelap. Ternampak aku si mamat dok berborak ngan si minah(nama samaran). Si mamat tu dok atah motor dan yang si minah tu tercegak kat tepi dia.

Asyik sungguh diorang berborak. Macam tak nampak yang aku ni sedang menuju ke tempat yang sama.

Hai...aku mengeluh. Kat depan pintu tapi nampak ada pengawal. Tapi apa yang dikawalnya. Kat dalam ni sedap diorang dok berasmara.....

Moral;Kesian kat dua orang tua kalau dapat anak perangai macam ni.

Friday, August 7, 2009

Tips kewangan

Biasa pagi saya akan keluar keje jam 7.45 am. Dalam 15 minit selepas itu sampaila tempat keje. Pagi tadi semasa tengah drive sempat saya dengar radio IKIM pada gelombang 102.70 kalau tak silap area PJ. Memang setiap hari saya cuba ikuti program radio ini. Menariknya pagi tadi, sekmen cara berbelanja dengan betul. Di taja oleh Permodalan BSN Bhd. Pembentang saya lupa namanya. Sangat menarik isi kandungnya. Dengan ringkas dia menyatakan bagaimana cara kita untuk membeli kenderaan contohnya kereta. Perseolan yang akan timbul di sini antaranya:

- Apakah kereta menjadi keperluan atau tidak buat masa sekarang.
- Seandainya kereta sudah di beli apa kegunaannya, tujuan ke tempat keje kah atau menjual kah atau hanya kegunaan balik kampung.
-Berapakah bajet yang kita ada mencukupi kah atau tidak.
-Berapa harga kereta yang kita inginkan. Memadai dengan gaji kita atau tidak.
-Berapa peratus keuntungan yang di ambil oleh pihak bank apabila kereta akan kita beli nanti.

Di atas antara perseolan yang akan bermain di kepala kita apabila keputusan untuk membeli kereta akan kita ambil. Jadi dalam hal ini, sangat penting kita kembali kepada tajuk ‘ kemampuan diri’. Sebagai contoh kalau kita ingin tempah baju maka kita kena ukur saiz badan kita.

Besar kita maka besar jugalah baju kita nanti dan begitulah sebaliknya. Maknanya di sini saudara sekelian, kereta yang ingin kita beli pastikan terlebih dahulu ia menjadi keperluan bukan tujuan keselesaan semata-mata.

Buat masa sekarang sebagai contoh pihak Bank akan mengenakan 3 % keuntungan pada pembelian kereta. Jadi, sebagai contoh kereta yang ingin kita beli harga dalam lingkungan rm30,000.00. Kita kena bayar muka sebanyak rm3000.00. Baki sebanyak rm27,000.00 Bank akan bagi pinjaman.

So, bayaran ansuran kita bulanan rm517.00 untuk lima tahun. Maknanya pihak Bank akan mendapat untung daripada 3% tu lebih kurang rm4300.00. Sekiranya ansuran kita 5 tahun kalau 9 tahun lagi banyak interest yang perlu kita bayar.

Lebih baik, langkah yang perlu kita ambil biar bayar lebih untuk 5 tahun. Kerana kita tidak akan berhutang dalam tempoh yang lama pada pihak Bank. Sekalipun 9 tahun bayar ansurannya sikit. Tapi hakikatnya jika di hitung lebih tinggi keuntungan pihak Bank dapat selepas tempoh 9 tahun tersebut.

Untuk menjadi orang yang bijak berbelanja ialah orang yang memahami kemampuan buget diri sendiri. Bukan untuk memuaskan nafsu dan membuat mata orang sekeliling membutang. Berkereta besarr!!! Fuiii alamak!!

Wednesday, August 5, 2009

Cuba try

Al-Baihaqi dalam kitabnya “ Syu’bul Iman” ada menyebut daripada Wasilah Bin Al Asyqa’ r.a: Bahawa ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w mengadu sakit kerongkong. Kemudian Baginda berkata kepada lelaki itu: Hendaklah kamu memperbanyakkan membaca Al-Quran”.

Mafhumnya dengan membaca Al-Quran iaitu kitabullah dapat merawat sakit dalam kerongkong. Bagi sahabat yang sakit kerongkong atau sakit seumpama dengannya cubalah apa yang telah ditunjukkan oleh Baginda kepada para sahabatnya.Wassalam.

Tuesday, August 4, 2009

Sebagai renungan dan perkongsian(Amalan memagar diri dengan Al-Quran)

Baginda s.a.w menjadikan memagar diri sebagai amalan harian dengan menggunakan Ayat Al-Quran. Bertujuan agar Allah akan menjauhkan diri dari segala kejahatan hasil daripada perbuatan syaitan.

Aishah r.a ada berkata maksudnya: “ Apabila Baginda ingin ke tempat tidurnya pada malam hari Baginda akan menadah kedua tanganya lalu meniup ke arah tangannya itu seraya membaca Surah 3 Qul iaitu Suratul Ikhlas, Suratul Falaq dan Suratul Nas lalu Baginda menyapu keseluruh badannya bermula dari kepala kemudian muka dan akhir sekali belakangnya sebanyak 3 kali”.

Abu U’baid Bin Tolhah berkata yang makudnya berbunyi: “ Apabila Al-Quran dibacakan kepada orang yang sedang sakit maka sakitnya akan berkurangan”.

Hasil penelitian terhadap amalan Nabi s.a.w, memagar diri kita keluarga kita menjadi perkara penting sebagai seorang muslim. Bertujuan menjaga keselamatan mereka. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Negara kita yang semakin tidak selamat sekarang ini. Setiap hari, kita dapat dengar berita mengenai pembunuhan, kecurian, merogol dan seumpamanya malah ia bertambah dari masa ke semasa.

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah bersabda maksudnya: “ Tidaklah berkumpul satu-satu kaum di dalam rumah Allah dengan membaca Al-Quran kecuali akan diturunkan kepada mereka keamanan dilingkungi dengan rahmat dan para malaikat akan mengembangkan sayap ke atas mereka dan Allah akan sentiasa ingat kepada mereka”.

Rata-rata dalam hidup berkelurga sekarang ini dapat saya perhatikan berapa ramai berapa peratuskah mereka yang meluangkan sedikit masa untuk membaca Al-Quran. Baik masa kerja maupun masa cuti. Kalau nak bagi alasan masa kerja memang tak sempat nak baca Al-Quran tak apelah tapi masa yang tak keje tu, tidak jugak mereka berbuat demikian.

Kesannya, rumah kita akan mati, lesu para syaitan berleluasa menguasai setiap sudut dalam rumah. Mereka ketawa, bergembira dan menari-nari. Asyik sungguh mereka! Apakah itu yang kita mahukan? Anak-anak jadi mangsa, malas solat asyik tengok tv keje sekolah tak buat, nak tolong ibu bapa buat keje rumah ah…jauh sekali. Cuba kita amalkan membaca 3 Qul setiap kali mahu tidur Insyallah berkesan.

Monday, August 3, 2009

ISA, tanda rakyak tak puas hati

1 hb ogos hari sabtu yang lepas Negara kita sekali lagi dapat menyaksikan demontrasi bantahan rakyat terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).


Kalau tengok dalam youtube kesian kat budak-budak turut menjadi mangsa gas pemedih mata oleh fru. Bagi golongan dewasa tak de masalah mereka boleh lari kalau pihak polis datang. Akan tetapi yang budak-budak cuba bayangkan apa yang mereka mampu buat.


Menurut menteri pertahanan Datuk Seri Dr.Ahmad Zaid Hamidi, beliau menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan memansuhkan Akta ISA. Kerana dia cakap Akta itu penting bagi zaman sekarang untuk menjaga kestabilan Negara Malaysia.


Bagi saya inilah antara bentuk luahan yang ditunjukkan oleh rakyat kepada kerajaan. Luahan tidak puas hati. Bagi pihak kerajaan pula janganlah pandang negetif. Siapa yang inginkan kekacauan berlaku kalau tidak ada sebabnya mestilah ada sebab rakyat bangkit untuk berdemontrasi.


Kerajaan tak bagi rakyat lesen untuk berdemontrasi malah melarang sama sekali, cuba bagi dan suruh buat secara aman. Tak de masalah la bagi saya.

balik kg sesudah 3 minggu mula keje

...


Selepas hampir 3 minggu keje, aku balik kg. Huraiii!! balik kg.
Balik kg ni kalau nak ikutkan penat tu memang tak baliklah aku.

Nasib baik adik aku nak balik skali, bolehlah backup duit minyak kete ckit hehe.
Alhamdulillah habih je keje kat opis, seperti mana yang aku sudah plan untuk balik kg
no problem, line clear.....

Tapi mak datuk!! punya la jem jalan masa nak kuar ke highway daripada taman datuk harun
lebih kurang 1 jam aku kat situ. Tersengih sorang-sorang. Kalau jem buah boleh gak makan ni....

" Hai hamdan sabar je la" Dengus hati aku. Sabar kan separuh daripada iman. Maknanya kalau tak de sabar, maka jawabnya tak sempurnalah iman seseorang itu.


Ok, masuk je jalan highway nak menuju ke cheras...apa lagi aku pecut kete , geram punya jem orang nak cepat jadi lambat. Kemudian aku pun call adik aku eg. " G abe tunggu kat petronas ni petronas mrr2 ampang" aku cakap harap2 dia dengarla apa yang aku cakap tu.

"Bereh...kejap lagi sapa" dia jawab dengan suara tersekat-sekat. Line tak clear mana bokali.

Sampai je kat petronas, adik aku pun datang dengan kawan dia naik motor." Guana bereh abe kita g slalu" Dia sapa aku yang dah berada dalam kete.

" lets go" jawab aku sambil menghidupkan enjin kete. Kete aku terus meluncur laju sambil menyelinap masuk kebarisan kete yang berderek-derek. Entah mai mana la ramai orang ni.

Dalam perjalanan, macam biasa Alhamdulillah hari ni cuaca baik. Tak hujan kalau hujan jalan akan jadi licin.

Jam 2.30 am pagi aku sampai dengan selamat aku trus ke rumah nenek lebih kurang 20 minit jaraknya dari rumah yang aku tinggal sekarang ni.

Lega hati, jiwa dan otak aku pabila sampai kat rumah. Apa tidaknye orang tengah nyenyak tidur sambil di buai mimpi yang kite ni dok tekan pedal minyak kete. Aduihhh….kalau tak tekan pedal minyak bila kete nak bergerak!

2 hari kat rumah sudah memadai untuk aku melepas rindu terutama kat isteri aku yang tercinta.

Memang dah menjadi adat bagi orang yang dah ada pasangan ni kalau dok berjauhan hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan diorang ni. Termasuk aku.

Bangun pagi ahli kuarga semua menyapa, “ bila sapa dan”. “Pagi tadi” Selamba aku jawab.

2 hari ni plan memang cukup padat. Pagi sabtu dah aku balik jumaat ptg, pagi tu aku kena ke kota bharu utk settle kemaskan barang yang nak di punggah keesokkan harinya. Punggah dari kb ke besut.

Pengangkutan ayah aku dah uruskan.

Jadi ayah aku cakap pg ahad baru boleh pok Him( orang yang bertanggungjawab punggah barang aku nanti dengan menggunakan anak lori kecil) pergi bawa barang sume tu.

Selain itu aku kena melawat kuarga kak yang tinggal dekat ngan sungai Kelantan.

Balik ke besut pulak aku kena singgah kat kedai mak( kedai jahit baju) aku. Itu mesti!!.

Malam ahad tu pulak isteri aku nak beli barang sikit kat kg raja. Biasanya kat supermas tak lah jauh mana dengan kg aku dah.

Bereh sume keje selesai…maknanya 2 hari tu dah berlalu dengan pantas. Aku kena kembali ke PJ dan mulakan tugas smula.:)


...

Sahabat restu

...







Gambar adikku dan isteri, baru sudah make la ni....





sahabat kemboja..senyum gak skit!!




member seperjuangan................





makan tu baca doa ke tak tu....entahlaaa..tengah makan kat cafe kolej






sahabat jauh, sanggup tinggalkan kg tu..sahabat nigeria. Diorang ni cakap menggunakan bhs hausar. kalau ngan kite diorang speaking yang boleh speaking kalau yg boleh cakap arab hentam aje la....



...

Kuliah untuk staf yayasan restu siri ke-2

..

Teringat kata-kata Sufian bin U’yainah r.a menyebut mafhumya: “ Sesungguhnya Nabi Adam a.s pernah tersilap langkah lalu membuat salah terhadap Allah s.w.t, Baginda minta ampun kepada Allah s.w.t maka Allah mengampunkannya. Akan tetapi, aku takut terhadap manusia yang ada sifat bongkak kerana puak-puak iblis mereka semua engkar terhadap perintah Allah kerana adanya sifat bongkak yang melampau”.

Hasil daripada sifat bongkak inilah kaum Musyrikin mekah pada masa itu tidak mahu menerima dakwah Baginda s.a.w sebagaimana yang di nyatakan Allah s.w.t dalam surah Al Kahfi rentetan kuliah saya pada minggu lepas.

Malah kedegilan telah mengusai diri. Gajah kan depan mata tak nampak akan tetapi semut yang berada jauh mereka nampak. Pelik kan!!. Lalu puak yang tak mahu menerima dakwah Baginda s.a.w, mereka akan berkata: “ kalau nak suruh kami beriman boleh no hal, mana buktinya, tunjukkan kan kami sekarang azab Allah, bawa datanglah sebagaimana yang kamu nyatakan yang kaum terdahulu daripada kami yang menentang juga telah dimusnahkan oleh Allah, ataupun bawa datang sekarang biar kami semua boleh lihat dengan yakin”!

Ini antara lafaz-lafaz orang-orang bongkak. Itu hanya alasan jahat mereka. Sebenarnya mereka tak mahu terima pun. Telinga mereka telah ditutup oleh Allah s.w.t. Pendengaran mereka seolah-olah dihempap sebutir batu yang besar. Saudara sekelian, telinga mereka ada, mata pun ada tak ada yang rosak. Akan tetapi, Allah telah mengibaratkan mereka semua berada dalam keadaan tuli. ‘Tuli kebenaran’ itu pointnya.

Pengajaran daripada Al-Quran penting untuk kita ambil dan praktikkan. Untuk panduan hidup harian. Hidup sekarang memang kita tak nafikan banyak sangat pancaroba, cubaan dan seumpama dengannya. Juteru itu, hidayah Allah perlu kita berebut untuk dapatkannya. Takkan lah kita asyik nak berebut nak jadi juara AF, bintang RTM, mentor dan banyak lagi. Saudara perasan tak, yang program sedemikian tumbuh macam cendawan. Tapi kalau nak bandingkan ngan cendawan banyak dia lagi kot. Program hiburan telah membelenggu hidup remaja. Remaja hanyut. Terkapai-kapai untuk mencapai apa sahaja yang dapat tangannya capai. Tak kira yang ingin mereka capai itu duri kah, kayu tajam kah, ranting kayu yang mudah patah kah tak kira asalkan sekarang mereka mahu capai. Itu yang penting. Itu sebabnya, ramai tidak mahu terlepas untuk mendaftarkan diri untuk masuk bertanding. Kalau dengarkan cakap mereka semua yang terlibat. “Inyallah, masyallah” macam para-para ustaz dan ustazah. Tapi kalau tengokkan pakaian mereka memang “ masyallah”. Kopiah para ustaz pun saya agak akan turut bergoyang!!

Hai abg, bukan mai sedap cakap kat orang. Kita nak tengok kat orang ni bukan hanya pakaian tapi kita tak tahu macam mana hati budi mereka. Ha, ini ungkapan biasa yang akan terbit dari bibir-bibir mereka seandainya mereka dengar apa yang ustaz tadi komen. Nak buat macam mana kan. Dah Allah sebut dah dalam Al-Quran dalam surah An Nisa’ bagi wanita-wanita hendaklah melabuhkan kain tudung mereka biar dapat melindungi dada-dada mereka. Aurat wanita wajib!! Tutup.

Dalam masa yang sama kita macam tak mahu ikut apa yang Allah sebut. Allah sebut semua ni untuk kita bukan untuk yang berkaki empat kat padang sana nun!!.( malah nak ulas) Kesian, kesian kalau perkara yang remeh macam ni tak boleh nak displin kan diri, macam mana pulak kalau yang melibatkan hal-hal yang besar dalam syariat. Entahlah masing-masing fikir.

Bersambung…….
...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...