-

Friday, July 31, 2009

Kuliah untuk staf yayasan restu

Alhamdulillah minggu lepas aku sempat membuat persediaan untuk menyampaikan kuliah pagi jumaat yang dihadiri oleh pengerusi Yayasan itu sendiri iaitu Datuk Latif Mirasa dan staf-staf yang bertugas. Ternyata aku yakin pada hari itu, aku pegang erat-erat buku nota aku agar segala keketaran yang akan mengganggu lutut aku ni akan hilang tak pun kurang la sikit :) Minggu lepas tajuk melingkari surah Al Kahfi bermula ayat 54-56 3 ayat je. Bunyinye 3 ayat je..kau bayangkan kalau orang baru, baru jadi staf kat sini akan menyampaikan kuliah agama. Memang dah biasa cakap. Cakap ngan orang. Kalau tak cakap tu namanye 'bisu'. Us Fadhli Ismail ketua jabatan aku yang handel sume ni.

Apa yang ditakutkan..hentam aje tapi nak main hentam je ke, tak tau ke yang duduk kat depan tu sape? Ha ha Datuk wei...

Pada malam sebelum tu, aku buatlah persedian dengan membaca tafsir Al Azhar dan tengok sikit buku-buku agama yang boleh memberi kepada aku input yang berguna untuk esok paginye. Secara ringkas, untuk berkongsi dengan para sahabat, ayat dalam surah al kahfi itu menerangkan masalah manusia yang tak mahu beriman kepada Allah malah mereka memang tak mahu beriman. Lantak mereka lah!! Walaupun Allah dah bagi banyak perumpamaan agar mereka faham. Agar otak mereka dapat mengerti apa sebenarnya Iman. Apa sebenarnya Islam.

Banyak perumpamaan dalam AL-Quran, antaranya Allah datangkan perumpamaan dalam bentuk binatang. Seperti labah-labah, sang lebah, burung-burung dan banyak lagi. Labah-labah mereka bina rumahnya di merata-rata tempat. Apabila datang aje angin bertiup. Puihhh....bertempiaran mereka lari meninggalkan rumah masing-masing. Nak buat macam mana rumah koman sangat.

Lebah setiap hari keje. Kalau tak keje jawabnya labah-labah yang nak mampus la tu. Mereka terbang ke sana dan ke sini. Puas dah terbang ke sana dan ke sini mereka pun hinggap di permukaan bunga untuk mendapatkan manisan. Kemudian mereka kembali terbang ke sarang untuk menyimpan bekalan manisan. Manisan itulah yang kita panggil madu.

Akan tetapi manusia tidak mahu menerima semua itu, datanglah perumpamaan jenis mana sekalipun mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah s.w.t. 'Mereka' mereka yang aku dok sebut dari awal lagi tu sapa? Sapa lagi kalau bukan puak jahiliyyah. Puak yang suka hidup dalam kegelapan. Puak yang suka membuat kerosakkan atas muka bumi.

Kemudian Allah s.w.t beritahu lagi, bahawa rasul sudah diutuskan. Tanda-tanda kebesaran Allah dah nampak jelas. Allah perincikan lagi. Rasul datang kepada manusia untuk menjalankan tugas. Tugas membawa berita gembira dan juga berita sengsara. Namun, itu hanyalah gurauan dan menjadi bahan ejekan bagi mereka. Mereka cakap kamu sama ngan kita buat apa kita nak turut!
sambung.....
..

Thursday, July 30, 2009

projek sir reza (Iranian) 'gereh'



kertas berwarna tebal tapi tak lah tebal sangat di potong mengikut bentuk yang telah disetkan





kemudian di tampal ke kertas tebal lagi dan keras




ini antara hasilnya





ha perhati molek ni







tekun sungguh member sume ni nak tau jam berapa diorang wak keje ni...adalah dalam jam
3 pagi....



sambung lagi pahni..

KARYA KU LAGI




telah ku hasilkan dengan menggunakan batang kayu yang di panggil 'batang resam'




Tulisan besar tu, khat dewani projek yang kena aku buat la ni....




bukan main nak boleh ke siap ni beb, tulih lagi kaler lagi. Tapi nasib baik aku cekall..hehe





Satu surah Ar Rahman complete aku tulis...Alhamdulillah siap jugak. Lama dah ni tulih tahun lepas!

Dah tanggungjawab mesti kerja

Nak kata penat kerja ni tak lah penat sangat, tapi ada jugak tapinye...mata yang penat!
Masuk pagi terus mengadap demo nih, pahtu sampai petang dok mengadap lagi demo nih
Apa ceritanye ni.....

Teringat pada kisah seorang sahabat Baginda s.a.w. Beliau ni miskin orangnya. Satu kali datanglah beliau untuk berjumpa dengan Baginda semata-mata meluahkan apa yang terbenam dalam hati. Kalau tak luahkan kepada baginda nak luhkan pada siapa lagi?

Kemudian, berjumpalah dengan baginda tanpa melengahkan masa dia bertanyakan Baginda: " Wahai, Rasulullah sesungguhnya aku seorang miskin nak makan makanan tiada nak beli makanan duitnye takde, Apa yang perlu aku buat wahai Rasulullah".

Lalu Baginda menjawab dengan lemah lembut: " Wahai saudara pergilah engkau mencari kerja, ambik kapak ku ini kemudian pergilah kamu ke hutan dengan membelah kayu yang terdapat di sana. Kayu yang kau dapat itu jualkannya ke pasar"

Begitulah secara ringkas, kerja jangan dok malas kena rajin-rajin!

Sakit mata ni pedih-pedih rase dia kalau lama dok depan demo tu dah la kepala otak ni dok berpusing je..dok fikir benda-benda yang perlu aku fikir( pasal kerja).

Persahabatan apakah adabnya?


Ulasan dari kitab tulisan Imam Ahmad Bin Muhamad Bin Abd Rahman Bin Qudamah Al Muqdisy tajuk kitabnya ialah Mukhtasar Minhajul Qosyidin.

Suka aku nak berkongsi dengan sahabat sekalian, cuba kita tengok apakah yang di tulis Imam Ahmad ini. Beliau cuba menghuraikan secara terperinci masalah persahabatan, bagaimana dan apakah yang perlu kita laksanakan sekiranya kita ingin menjadikan hubungan persahabatan kita kekal dan bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t.

Mai kita baca sama-sama…..

Ketahuilah wahai pembaca sekelian sifat toleransi akan memancarkan keindahan akhlak, manakala yang berlawanan dengannya akan memancarkan akhlak yang buruk. Sifat yang baik sudah pasti melahirkan kasih sayang dan tolong menolong.Begitulah sifat yang jahat akan menyuburkan benih permusuhan dan pentingkan diri sendiri.

Tentulah di sana ada banyak kelebihan, ini di sokong dengan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Antaranya diriwayatkan oleh Abi Darda’ r.a, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda maksudnya: “ Tidak terdapat satu benda yang tersangat berat timbangan orang mukmin pada hari Qiamat kalau nak dibandingkan dengan akhlak yang baik”.( Riwayat Tirmizi)
Dalam hadis yang lain: “ Golongan yang aku kasihi dan yang paling hamper kedudukan mereka denganku pada hari Qiamat mereka ialah yang baik akhlaknya, manakala golongan yang paling aku marah dan benci malah kedudukan mereka sangat jauh denganku mereka ialah golongan yang buruk akhlaknya”. Kemudian Baginda s.a.w di Tanya oleh para sahabat jenis golongan yang paling ramai masuk syurga. Lalu Baginda menjawab: “ golongan yang bertaqwa kepada Allah dan yang baik akhlaknya”.(Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majjah)

Seterusnya kasih sayang semata-mata kerana Allah, hadis riwayat Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda maksudnya: “ Tujuh golongan manusia yang mendapat bayangan Allah s.w.t pada hari yang tiada bayangan kecuali bayangannya”. Maka Baginda menyebut antaranya ialah: “ Dua orang lelaki yang berkawan dengan kasih sayang antara mereka kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah adalah kerana Allah. Dalam hadis yang lain: Allah s.w.t berkata( hadis Qudsi): “ Patut kasihku bagi golongan yang berkasih sayang keranaKu, patut bagiKu golongan yang bersusah payah untukKu dan patut kasihKu bagi golongan yang ziarah menzirahi keranaKu” ( riwayat Imam Ahmad). Dalam hadis yang lain lagi : “ Kukuh ikatan Iman, kasih dan marah kerana Allah”( riwayat Imam sayuti dalam kitab Jami’ Soghir). Banyak lagi hadis-hadis Baginda s.a.w yang menceritakan kelebihan kasih sayang semata-mata kerana Allah.

Ketahuilah, sekiranya kita kasihkan seseorang mestilah kerana Allah begitulah sebaliknya. Kerana apa, kerana perasaan kasih satu hal perasaan marah satu hal yang masing-masing berlawanan antaranya. Kesimpulannya, satu tahap berada di bawah dan satu tahap lagi berada di atas. Jadi kedua-dua tahap tersebut perlu ada keseimbangan yang sederhana di antara sifat kasih dan marah. Tahap yang sederhana itu merupakan kawasan yang luas kosong, waktu marah seolah-olah kawasan tersebut marah akan memenuhi kawasanya dan begitulah waktu kasih. Tindakan kita ialah menjadikan kawasan tersebut selamat untuk di lalui pada waktu mana sekalipun yang kita kehendaki.

Beliau telah membahagikan pelanggaran arahan Allah ada beberapa bahagian antaranya:
Bersambung……..

Sempat berkarya


Tahun lepas bulan 4 aku diterima oleh pihak IQT untuk mengikuti kursus jangka pendek. Kursus tersebut berlansung di Yayasan restu,Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Kalau engkau nak datang, tempat tu berhampiran dengan masjid besar shah alam.

Tu nasib baik aku kerana di terima selepas 5 orang yang di reject. Semua yang hadir pada hari tersebut seramai 10 orang. Kemudian, selang 3 minggu aku di telefon oleh pihak IQT untuk megambil tindakan selanjutnya. Awak perlu datang pada sekian hari sekian masa.

Lastly…aku tiba di shah alam. Waktu kami sampai di shah alam lebih kurang jam 6 petang, kami datang dengan menaiki van yang boleh muat 8 orang penumpang dalam satu masa. Selesa la juga dengan tempat duduk ada yang kosong sebab kami hanya 5 orang 2 lelaki dan yang lebih tu perempuan. Akan tetapi, tak boleh nak selesa mana sebab barang banyak!

Hari-hari yang berlalu cepat sekali. Dalam kelas aku didedahkan dengan subjek yang kebanyakkan berkaitan dengan art. Pak sahih, pensyarah yang bertanggungjawab mengajar aku subjek seni kraf. Muka dia garang, tapi hatinya baik. Oleh kerana muka dia yang garang itu pelajar perempuan memang takut sangat kalau dia datang dekat ngan diorang dalam kelas.

Secara ringkasnya, seni merupakan sesuatu yang indah mempunyai nilai estetika yang tinggi dan sangat tinggi pengaruhnya dalam memberi mesej kepada sesiapa yang melihatnya. Dalam kumpulan seni antaranya seni suara, tulisan, bunyi, graf, tari dan banyak lagi.


Sempatlah aku tampilkan hasil tak banyak mana kat blog ni…..

Karya ni aku lukis kemudian warna dengan menggunakan warna acrylic.

Seronok jugak belajar. Lagipun aku ditaja oleh kerajaan negeri Terengganu kalau nak harap aku datang belajar sendiri dengan duit sendiri memang tak merasalah jawabnya.

Kenapa tidaknya yuran pengajiannya mahal, semesta yuran mencapai rm 4000.00. Tempoh aku belajar 2 semesta bayanglah berapa duit yang perlu aku kena bayar sepanjang aku kursus. Alhamdulillah aku dapat belajar dengan baik walaupun terpaksa aku tinggalkan isteri yang tersayang kat kampong.

Makan free tempat tinggal free, pergi dan balik dari rumah ke Kolej itu lebih kurang 20 minit je jalan kaki. Tapi setiap kali aku jalan kaki untuk ke kolej sampai sane memang berpeluh. Kurus sikit rasa.

Ni lagi hasil kraf yang sempat aku tunjukkan….




cuba teka apa yang ditulis dalam tu........kalau dah tau alhamdulillah, tapi kalau tak tau tanya lah
saya....

projek sir reza (Iranian) 'GEREH'

projek sir reza (Iranian) 'gereh'

projek sir reza (Iranian) 'gereh'-Siri 2

projek sir reza (Iranian) 'gereh'-Siri 2












Baru varnis...berkilat nampak!



















Tukang jahit yang tak bertauliah sedang menjahit birai




frame daripada kain baldu







Bahan2 dipindahkan ke Galeri.....







Wednesday, July 29, 2009

Sekolah(dqwh) p.pekan ada harapan untuk terus maju



gambaran bilik air kat tingkat 3



maktabah ni, sentiasa bersih




pada waktu malam....





bilik tidur, pandaila jaga kebersihan k.




Ulasan buku karangan Abu fida' "ubati dirimu dengan ayat Al-Quran"

Lebih kurang seminggu dah, buku abu Fida' aku translate ke bahasa kita. Bahasa melayu.
Buku ni bagus sngat kalau sahabat yang rajin membaca dapatnye seberapa segera. Secara ringkasnya ia mengisahkan pasal nak berubat penyakit dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Banyak doa-doa dan surah-surah yang boleh kita amalkan untuk diri kita sendiri, keluarga kita dan kalau orang mintak tolong bantulah.

Biasalah kita manusia ni banyak sangat pancaroba nya. Kalau tak manusia itu sendiri, ni puak-puak yang tak nampak ni 'Syaitan' laknatullah!

Diorang tak de keje lain. Kejenye asyik nak kacau anak adam.Ha! tu lah kejenye...hai..susah susah.

Antara tajuk yang penting dalam buku ni:

1. Allah s.w.t sahaja yang dapat menjauhkan kemudharatan terhadap manusia.
2.Apakah dalil berubat dengan Al-Quran?
3.Mencegah lebih baik dari beubat( sekarang H1N1 pandai-pandailah jaga).
4.Berubat dengan Al-Quran adalah syarat untuk kita.

Lupa nak kabo awal tadi buku ni dalam bahasa arab, bagi yang dapat faham bhs arab tu Alhamdulillah kalau bagi yang tak berapa nak faham tu..mudah je guna kamus bhs arab!

Kesimpulan, masa nak tidur cuba kita amalkan membaca surah Al Muawwizataini surah pelindung. Tu la surah yang akhir sekali dalam Al-Quran apa orang kg sebut surah 3 qul.

ok lah salam.

Anak saudara baru



hai kuat tidur ni....nurun sapo ni eh



cikku cak!!!

Bosan, bosan…. Dan bosan!


Keluhan mulut yang mengaturkan bibir untuk melafazkan “ Aku sudah bosannnn…”
Mengapa aku sejak akhir-akhir ini mudah sangat terasa ‘ bosan’ aku pun tidak dapat merumuskan dengan tepat.Hati aku bergoncang jiwa aku terumbang ambing bagaikan nakhoda sedang di tawan badai yang ganas.
Aku merenung kearah syiling,mataku bergerak perlahan kiri dan kanan.Kederangan sayup libasan daun kipas yang agak perlahan terasa bulu romaku kian meremang dek angin kipas.
Aghh!! Sakit kepala laaa….kenapa ni! Aku merungut sendirian. Eh..kau kan tau yang aku ini seorang je dalam rumah ni. Dahla rumah besar duduk sorang pulak macam mana boleh aku tahan dengan keadaan yang sangat ganjil bagi aku.
Krekk….krekk!!..pintu sedikit bersuara.Dengan pantas kepala aku berpaling kearah pintu tersebut. Mata aku tajam merenung. Dada aku tiba menjadi seolah-olah lemas..arr.Jangan kau nak mainkan aku ok. “Kalau kau berani keluarlah” jerit aku seorang diri.Puas rasanya.Ahhh…..
Lalu aku capai gelas yang sudah berisi air diatas meja sofa depan aku. Lantas aku medeguknya…Agggg…aggg….ekk dada aku mengeluarkan angin, sendawa la maknanya tu. Mama..ooo mama kemana mama pergi puas dah along duduk sorang kat rumah mama ni. Along tau mama sakit hati ngan along tapi takkan sampai hati mama sanggup tinggalkan along sendirian. Along takut mama along takut.Rintihan hati along yang sudah seminggu sekian lama ditinggalkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...