Hari Raya ku sambut dengan penuh gembira bersama keluarga mertua dan juga kelurga ku sdiri.
Lebih bermakna lagi kegembiraanku pada kali ini di tambah dengan keberadaan puteraku yg pertama di sisi.
Jadi, aku banyakkan dok kat rumah saja. Tapi, kunjungan ke rumah saudara mara tetap ku laksanakan.
Pendek kata, aku merasakan masa aku sangat berharga untuk terus aku bersama dengan puteraku Mohd Harraz.
Hai..sekarang dah bergelar ‘ Ayah’. Baru aku tau dengan jadi ayah dan anak kecil sentiasa bersama.
Masa tidur pun bersama-sama. Segala kemungkinan yang berlaku semasa dia tidur aku dah ready awal-awal.
Biasalah baby kecil. Banyak jugak ragamnya. Masa buang air besar kekadang aku sdiri yang bersihkannya. Tapi banyak ummi dia lah yang buat.
Yang tak tahannya dia sekarang ni dah pandai nak tidur dengan beriba atau berdukung. Alahai..penatlah ummi ngan abi kalau macam tu dik.
Ni baru nak masuk sebulan.....
Segala ragam dia aku buat tak de hal. Walaupun aku terpaksa bangun pada waktu malam untuk tidurkan dia. Aku senang. Tidak sedikitpun aku mengeluh.
Saat inilah baru kita mengetahui betapa susahnya ibu bapa membesarkan kita semua.
Sekarang aku sendiri mengalaminya.
Dan satu lagi puteraku memang banyak suka sangat ‘mengepoh’. Bahasa zaujah aku guna. Maknanya isap susu banyak.
Sebab tu lah timbangan badannya dia cepat meningkat. Masa lahir hari tu beratnya 2.7 kg sekarang masuk 23 hari beratnya dah bertambah kepada 3.4 kg. Hah.. bertambah 7 kg.
Memang aku tidak dapat lupa di saat dia merenung mataku. Seolah dia mengetahui aku ini yg sedang melihatnya adalah abinya.
Jerlingan matanya yg sedikit bulat (lebih sama dengan mata umminya) sangat memikat hatiku.
Kemudian, kalau time mandi mesti kena pakai air suam kalau tak....uwaa....la jawabnya.
Monday, September 28, 2009
Monday, September 14, 2009
Pautan kasih
di
3:13 PM

Setiap malam datang menjengok, saat itu hati aku pasti akan mengeluarkan isyarat bayang-bayangan kelabu orang yang tersayang.
Melingkari dalam linkungan otakku yg seciput.
Berbelit-belit saling melingkari, semacam aku terpaksa mengingatinya.
Sebuah lingkaran kasih. Nyata, aku menanggungnya seorang diri. Tanpa dokongan. Dokongan lafaz atau sentuhan di sisi.
Bayangan si comel kerap kali hadir. Labuhan langsir wajahnya sering menutupi jendela mataku yg sememangnya berlapik.
Barisan bulu mata, mengakuinya.
Apakah tautan kasih ini tumbuh pada setiap lapangan tanah?. Tanah yang mendatar dalam kebun jiwa setiap insan. Menyiraminya air mata. Membajainya ingatan tulus.
Namun, terkadang racun masa telah mencemburuinya. Masa telah menjarakkan aku dengan kenangan. Masa telah melunturkan sinaran yg ada pada langsir kasihku.
Menjadi kelam. Berkabut dek gerombolan awan hujan. Masing-masing saling memberati.
Pilu...aku sedih.
Ke mana perginya suara tangisanmu. Setiap kali waktu rehatmu datang. Muzik tangisan akan terus berkumandang.
Muzik itu kini menjadi igauanku. Benarkah aku sudah menjadi seorang ‘ Abun’.
Realiti atau fantasi.
Hakiki atau maknawi.
As Sidq atau Al Kizbu.
Ya Allah....!!!
Semua ini benar.
Aku telah menjadi seorang ‘Abun’. Tapi, tanggungjawab aku. Terlalu berkuasa. Dia telah memisahkan aku dengan ‘cintaku’.
Tapi untuk sekadar waktu.
Laksana beburung keriangan kerana anaknya ingin belajar terbang.
Laksana seekor ibu ayam mengais bijian keriangan kerana anaknya ingin makan.
Laksana bulan tidak keruan saat anaknya diterobos.
Laksana aku berjauhan dengan Harraz. Apakah makhluk itu semua tahu?Riangkah aku atau sebaliknya....
Friday, September 11, 2009
Kuliah utk Staf Yayasan restu
di
10:00 AM
Pagi ni aku cakap pasal nak beraya. Menanti saat melangkah ke gerbang lembaran Aidilfitri semakin hampir.
Sebab itulah tajuk kuliah aku pada pagi ni ‘Bagaimana menyambut Aidilfitri mengikut ajaran Baginda s.a.w.’
Secara ringkas aku huraikan bagaimana perlaksanaan Takbir hari raya,lafaz selamat Hari raya, memakai pakaian yang indah, berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri, mandi dan makan sebelum solat Aidilfitri.
Kita sudah maklum, rata-rata umat Islam akan merasa sangat bahagia apabila tiba saat menyambut Hari Raya.
Perseolannya apakah kebahagian itu terpancar dengan dendangan artis2 kat tv atau melalui putaran lagu-lagu raya dan seumpamanya.
Telinga yang mendengar akan menjadi sayu dan sedih. Lebih-lebih bagi mereka yang menetap di rantauan.
Itu bukan kebahagian yang sebenar. Hari raya Aidilfitri adalah milik Allah. Allah sediakan kepada umat yang melaksanakan segala tuntutan agama.
Mereka berjuang menahan lapar, dahaga dan perangai tidak baik diabaikan. Pendek kata anugerah ini sememangnya bagi mereka yang taat kepada suruhan Allah.
Maka kita dapat faham, perlaksanaannya juga mestilah bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t.
Kebahagian yang sebenar lahir dari hati orang yang berpuasa. Di tambah dengan persiapan hari raya dengan pakaian baru, kuih muih beraneka jenis dan ziarah sanak saudara.
Apabila tiba 1 Syawal kita disunatkan bertakbir. Takbir sendiri. Jangan hanya harapkan tv je yg dok takbir.
Kemudian mandi. Penting ni bersihkan diri. Sebagaimana Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi.
Adakah diharukan mandi setiap hari? Beliau menjawab: “Tidak harus melakukannya. Namum, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”
Itu secara ringkas.
Tapi bagi aku Raya tahun ini sangat bahagia dengan ahli keluarga yang baru. Dengan lahirnya Mohd Harraz.
Apapun apa yang kita laksanakan ganjaran yang kita idamkan daripada Allah s.w.t. Semoga puasa dan amalan soleh yang kita buat tidak sia-sia.
Ops..mengenai tajuk kecil selepas takbir dan mandi tu kita cakap lain kali lak.
Tuesday, September 8, 2009
Selamat Datang Md Harraz.
di
2:40 PM
Syukur bebanyak kepada yang Maha Esa. Tiada lafaz tiada kata yang mampu untuk diucapkan betapa besarnya NikmatMu.
Setelah 9 bulan, dia menetap dalam perut ibunya. Sekarang waktu untuk dia masuk ke alam baru sudah pun tiba.
Tepat jam 1.24 am di wad bersalin Hospital Jertih Terengganu bermulalah kehidupan baru bagi MHarraz. Berat 2.7 kg tahap kesihatan ok.
Aku berdebar-debar ketika tu. Jantung ni macam faham keadaan aku sekarang ni. Menanti saat kelahiran baby sulong. Tidak keruan. Jadi aku selawat banyak2 dan berdoa agar semuanya selamat.
Inilah saat paling berharga dalam hidupku. Menerima anugerah yang sangat bernilai daripada Yang Maha Esa. Lebih daripada emas dan perak nilainya.
Alhamdulillah zaujah tiada apa2 masalah yang serius cuma sakit nak bersalin. Itu je.Dah jadi lumrah bagi setiap ibu.
Tapi setiap kesakitan yang ditanggung dengan serta-merta hilang apabila melihat buat kali pertama cahayamata.
Subscribe to:
Posts (Atom)



