Begitulah adat hidup kita ni…Aghhh(mengeluh). Cabaran demi cabaran kalau nak mengelak hah cubalah kalau boleh. Jawabnya memang tak boleh! tak boleh!
Pada hari jumaat yang lepas tak silap aku 3 july, aku dikehendaki pergi ke shah alam pada hari tersebut. So, pagi hari khamis aku dan zaujah kena bertolak dah petang sampailah kat pj. Kira tak jauh la ngan shah alam tu. Alhamdulillah perjalanan hari tu agak baik tapi…ada sikit ujian yang Allah swt kenakan keatas aku dan zaujah. Apa dia?
U all sume nak tau. Gini nak crite sikit dekat nak sampai aku kat bandar Raub alaaa lebih kurang 9 km lagi. Tiba-tiba aku dengar suara yang tek pernah aku dengar sebelum ni. Terkejut la aku sekejap. Zaujah aku kat sebelah memang dah berubah dah muka dia. Takutla tu. Prekk preekk..bunyinye. Aku pun slow kan kete. Kemudian aku parking kat tepi jalan nasib baiklah hari ok cuaca pun ok tak la panas sangat.
Aku bergegas kuar kete dan Aduihhh..tayar kete pecah la beb!! tepuk dahi kelepak!!.
Aku pun tak perasan masa nak bertolak pagi tu lupa nak check up kete. Nasib baik tak kena kat atas bukit sane nun yang tak de orang. Kalau ada orang pun takkan mereka nak berhenti kot2 orang yang tahan kete nak mintak tolong kan2 orang nak rompak kita. Tu la alhamdulillah lega aku.
Aku pun apa lagi terus je aku menuju ke 3 orang budak muda yang nampak asyik dok sembang kat meja makan. Kedai makan dekat ngan kete aku parking. “Dik, dik” sapa aku salah seorang budak tu.”Ada pe bang” dia jawab sambil hisap rokok. “Dik kat mana kedai tayar dekat2 sini”..aku tanya. “Alamak bang jauh lagi bang kat bandar raub sane nun baru ada kedai tayar” bersungguh dia jawab.
Teruk la alu sekali ni. Apa nak jadi apa nak jadi….
Pendek kan crita. Nasi aku memang baik berkat doa yang aku baca semasa nak bertolak tadi. Allah swt tolong kalau kita sentiasa ingat akannya. Pakcik kat kedai makan datang tolong aku. Tak smapai 20 minit aku kat kedai tu sambil2 tunggu member abg kedai tu datang hujan turun renyai2. Abg tu pula pesan kat aku adik jangan risau abg akan tolong ye.Mujur syukur aku. Selepas nak sampai 1 jam aku dok bercongok ngan zaujah aku kat meja makan tu, lalu datangla sebuah kete kancil polis. Tuannya kuar terus je datang kat aku.
” Dik tanya kete bocor ke” tanya nya kat aku. ” ye ye” sambil aku menganguk kan kepala.
lain kali kita sambung…..
Ha lepas tu kan abg polis sempatlah bertanya khabar kat aku. Tinggal mana dan nak kemana ni dua orang. Aku jawab la yang aku ni nak ke shah alam. Ada interviu esok pagi….
pendek lagi punya crite. Selesailah setelah aku bersetuju nak tukar tayar spare kete dia tu si abg polis tu ngan duit aku hahaha….rm115. Nasib baik la. Klau diorg cakap lebih lagi terpaksala aku kena bayar kan..ke guane?
Aku teruskan perjalanan..sampailah kat pj lebih kurang jam 7 ptg. Terus aku melentang betulkan urat saraf yang sekian lama tersipul ni. Pap!! tamat dah.
No comments:
Post a Comment