Teringat aku kepada kata-kata Allah swt yg menggambarkan perihal keadaan manusia ketika menetap dalam syurga.
3 point utama yg Allah war-warkan:
1. Air yg jernih sebagai minuman.
2. Buah-buahan yg banyak dan pelbagai jenis.
3. Tempat yg teduh akan menyamankan keadaan.
Maknanya 3 perkara ni lah yg menjadi keinginan bagi setiap individu baik muslim atau yg non muslim.
Terjemahan ayat berbunyi begini:
“Perumpamaan gambaran syurga yg dijanjikan Allah swt kepada org yg bertaqwa, sentiasa mengalir di sisinya air sungai, makanan yg tidak putus-putus dan naungan bebayang”
Selepas itu; Allah bagi tanda siapakah yg layak menempah tempat tersebut.
Mereka yg bertaqwa!.
Perseolan tak boleh ke kita menjadi org yg bertaqwa, susah ke ingin menjadi org yg bertaqwa.
Saidiana Umar r.a pernah berkata: Orang yang bertaqwa ialah org yg melaksanakan segala tanggungjawab kepada Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Jadi, hakikatnya masalah taqwa bukan bermasalah buat kita dapatkannya. Tapi kita yg bermasalah utk mendapatkannya.
Sebagai contoh kita nak makan nasi;dua pilihan nak makan dengan tangan ke atau nak makan dengan menggunakan sudu dan garpu.
Kita yg tentukan!.
So, masalah nak ke tak nak taqwa ni kita yg tentukan.
Satu lagi kalau kita pernah ziarah rumah org kenamaan, rumah datuk ke org kaya tauke-tauke ke yg pasti rumah mereka mesti ada kolam renang, petang2 bibik bawa datang buah-buahan dan letak sekali dengan fresh oren. Best kan!
Itulah keinginan mereka dan kehendak kita.
No comments:
Post a Comment