Bercakap pasal bas maka dengan sendiri akan mengimbau kembali beberapa kenangan yg tak berapa manis dan manis ketika belajar dan ketika menetap di kota bharu.
Maklumla bas tergolong dalam list pengangkutan yg penting bagi golongan sederhana seperti kami ketika belajar jika dibandingkan dengan pengangkutan lain seperti kereta sewa.
Lagipun, kereta sewa tambangnye mahal bas murah sikit.
Pada tahun 2007 dahulu ketika belajar di Maahad Muhammadi pengkalan Chepa pernah saya berulang alik menggunakan perkhidmatan bas.
Letihnya kena naik dua buah bas baru sampai ke rumah. Kalau directly bas, jangan harap menang tak de.
Tapi sekarang kadang2 je naik bas. Maklumla kenderaan sendiri dah ada so naik bas jadi kurang dan tak berangin mana di tambah pula waktu tamat kerja saya tengok petang hari berduyun-duyun orang akan berebut utk naik bas.
Walhal terkadang tu tidak mahu penat baik naik bas balik kg save sikit duit. Naik kete minyak lagi tol lagi ha sakit jugak time2 akhir bulan. Relaks pun relaks kerana orang lain jadi driver.
Kenangan tak manis pasal omongan bas. Biarla dah tak de rezeki. Duit saya kena kebas dek orang tak reti bahse. Dah la kita student belajar tempat orang. Mak ayah jauh kesian memang kesian kalau berlaku begini.
Masa tu ketika saya perjalanan balik dari Saddar ke Waterpalm. Cerita ni semasa belajar di Karachi Pakistan.
Mula2 sampai ke sana tengok rupa bas pun tergelak…
Masa belajar boleh dikatakan tiap2 minggu tak pun 3 hari sekali kena naik bas. Petang jumaat naik bas balik ke Jamiah dan ptg Khamis naik bas pulak balik ke rumah sewa.
Pendekkan cerita sekali fikir kalau kita perhatikan keadaan bas mana2 negeri atau Negara dengan sendirinya akan menggambarkan status sesebuah negeri. Tengok bas buruk tapi negeri bukan main hebat dengan pembangunan. Tak kan kerajaan negeri tak mau ambik kisah pasal pengangkutan sederhana ni.
Sebagai contoh bas kuantan. Kesian kat anak kuantan naik bas sampai ke destinasi memang sampai tapi kurang keselesaannya. Ekon tak de kerusi bergoyang. Mana selesanya.
Tapi saya respect kepada kerajaan negeri Kelantan. Walaupun di mata akhbar dan rakyat keseluruhan nampak negeri ini miskin tapi cuba pergi dan naik bas. Selesa!
Tapi apa pun kita patut bersyukur kerana negara kita masih boleh memberi perkhidmatan yg baik bagi warga negara yg hidup di sini. Tak kira mana2 negeri.
Insyallah tak lama maybe keselesaan bas akan menyeluruh terutama bagi pengguna tegar.
Contoh bas yang kita harapkan...
No comments:
Post a Comment