Melihat raut wajah ekspresi sedih menyelubungi. Entah mengapa? Sakit mungkin atau kehilangan kucing tersayang. Bukan, bukan kerana itu akan tetapi hakikat perpisahan terpaksa diterima dengan seorang sahabat.
Apakah perjuangan akan tersungkur ditengah jalan tanpa sahabat di sisi?Apakah gelak tawa sebelum ini yang menghiasi pertemuan akan terhenti dengan terhentinya persahabatan. Tidak, tidak sama sekali. Selagi udara dapat disedut dan selagi nafas dapat dihembus selagi itulah perjuangan akan diteruskan.
Itulah sekilas kata hati nukilan seorang sahabat merangkap kepada tuan punya blog ‘hamowins’. Lebih kurang 4 hari yang lepas kami dalam satu majikan walau berbeza department telah menjayakan satu majlis perpisahan yang sangat bermakna buat tuan punya hajat begitu juga kepada semua yang terlibat.
Majlis bermula lepas waktu isyak di sebuah restoran yang terkenal jugak di kaw. kuala Selangor iaitu Aroma ikan bakar yang terletak di pantai Jeram. Restorannya unik dan selesa tepi pantai cuma itulah kali pertama saya dan zaujah dapat berkunjung ke restoran tersebut. Sebelum ini saya dah tahu tentang masakan di restoran itu memang sedap. Akan tetapi, masa nak pergi tu tak kunjung tiba. Mujur kesempatan dan atas jemputan sahabat dapat jugak saya merasa masakan ikan bakar di situ. Apa lagi balun habis-habisan ler.
Ok pasal ikan bakar kita abaikan dulu letak tepi. Tajuk sebenar nak kongsi pada kali ini ialah mengenai perletakan jawatan oleh seorang sahabat yang telah berkhidmat campur tolak tendang terajang lebih kurang 15 tahun dah. Apaaa…lima belass tahunnn! Lama tu 15 tahun. Sudah pasti pengalaman dan kemahiran bekerja sudah mencapai taraf pekerja profesional.
Itulah lumrah, lumrah kehidupan. Tapi perseolan timbul menjadi satu benda yang tak pasti dalam benak kepala saya ialah mengapa tidak diadakan secara esklusif ditempat kerja. Pendek kata semua warga kerja akan turut telibat. Kita nak buat tapi tak dapat persetujuan ceo syarikat. Mengapa ye?diorang tak mahu menyambut majlis perpisahan tersebut di tempat kerja. Mesti ada sebab.
Sebab yang pertama andaian saya saje:
-Ceo tak benarkan. Mengapa?. Bunyi macam pelik kan. Kenapa tak benarkan. Kan bagus kita meraikan di atas jasa yang telah dia lakukan selama ini. Penat lelah dan komitmen terhadap kerjanya.
-Maybe nak jimatkan kos syarikat. Ala apa la sangat kalau nak buat majlis makan sikit2 jangan buat besar2. Ke macam mana rasenye tak logik jugak alasan ni.
-Tak mahu mengheboh-heboh pasal perbehentian staf. Ada kemugkinan. Ceo tak mahu masalah berhenti kerja tidak diheboh-hebohkan. Di tambah lagi dengan majlis keramaian pulak. Apa lagi seolah-olah mahu menggalakkan staf yang lain pulak berhenti.
-Atau tuan punya diri tak mahu diraikan. Mungkin jugak. Dia dah penat dah melayan kerenah staf2 yang lain masa dalam tugas. So, tak yah lah nak sambut2. Aku nak balik rehat dan buat kerja sendiri. Mungkin jugak!.
Apapun tanggapan yang saya buat itulah realiti atau kemungkinan yang berlaku sekiranya mana-mana pekerja yang mahu resign atau berhenti kerja.
Tapi yang penting kami bukan mahu lawan ceo, jangan salah anggap ia puan2 tuan2. Tapi kami merasa atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin secara tidak langsung bekerja di bawah satu bumbung untuk meraikan sahabat yg berkenaan.
Peserta muslimat
No comments:
Post a Comment