Sedang memandu kete pergi keje pagi tadi entah kenapa kepala saya tak lekang dek peristiwa yg berlaku lebih kurang 3 tahun yg lepas.
Asyik teringat dan bermain di kepala. Mata dah statik kehadapan akan tetapi otak 360 darjah berpusing-pusing kiri ke kanan depan ke belakang atas dan bawah. Dok berpusing tentang kisah tersebut laksana tali kaset yang di putarkan lagu.
Apa kisahnya asyik teringat je ni mesti menarik, menarik tak la menarik mana kisahnya lebih kurang begini, semasa saya ingin pergi melawat seorang kawan yg di tahan…di tahan polis ke. Eh baca dulu… bukan di tahan polis tapi doktor kerana dia suspek denggi, tak pun malaria ingat-ingat lupa dah saya.
Dengar beritanya daripada member-member yg lain dia ditempatkan di wad hospital Tengku Anis Kota Bharu. Kebetulan ketika itu saya masih berada di Kota Bharu. Kemudian wadnya kalau tak silap wad yang lama bukan wad baru kalau wad baru sudah pasti yang bertingkat-tingkat. Kalau masuk ikut pintu utama kawasan hospital ia terletak paling hujung sekali.
Tapi bangunan yang lama satu tingkat je dan lokasinya sebelah pintu masuk utama dan berdekatan dengan stadium Kota Bahru. Kemudian, nak jadi cerita semasa saya pergi melawat, kebetulan wad kawan saya bertempat di sebelah wad pesakit aids.
Jadi nak masuk ke wad tersebut terlebih dahulu mesti melintasi wad pesakit aids. Sampai je saya buat selamba jalan terus hanya mata tengok kiri kanan sambil mengintai manala tempat kawan saya ni.
Dalam dok melangkah kelihatan pesakit-pesakit aids masing-masing dok berehat di atas katil, yg tidur ade, berbaring saje pun ade sambil mata terkebil-kebil, berborak dan yg paling geli dan gerun ada di antara mereka yg sudah menggerutu dan menggelupas kulit.
Dasyat dan nampak kotor, kita yang melihat seram sejuk rasenya tuan punya badan pula bagaimana la agaknya rasa. Oleh yang demikian, saya pun mempercepatkan sedikit langkah. Dalam lebih kurang 3 minit dok jenguk setiap katil Alhamdulillah jumpa juga akhirnya dengan kawan saya.
Dia nampak ok tak la nampak sakit sangat, tetiba je saya kami pun sembang bla bla bla..dalam dok menyembang dia ada cakap “rimasla aku dok sini hari-hari dok dengar feel buruk puak2 tu je(puak aids)”.
“Buruk guane tu?” Saya pun terasa ingin tahu apa yg buruknya.
“Memang diri diorang kita tengok teruk dengan kulit menggelupas, rambut gugur…”
“Ya ya betul betul…” Saya mengangguk perlahan-lahan.
Penyakit aids kita semua sedari setakat ni ubat untuk menyembuhkannya memang belum ditemui. Dah gatal sangat buat benda jahat tanggungla sendiri. Pendek kata hidup diorang tunggu masa je untuk berpindah. Berpindah ke alam akhirat.
Kawan saya ada bagitau pagi tadi ada seorang nurse datang, biasa kije dia datang untuk periksa tahap kesihatan setiap pesakit. Bertambah ok ke atau bertambah tak ok.
Ketika buat cheking tu nurse entah mengapa tiba-tiba dia mengeluh kepada kawan saya.
Dia cakap “apa la punya jahat deme tu, padan dah Allah kenakan mereka dengan penyakit seperti itu”.
“Kenapa makcik” Kawan saya ingin kepastian.
“Eee geram betul makcik tau ngan budak sorang tu, dah la nak jalan pun tak larat terhegeh-hegeh lagi, terketar-keter hanya tunggu masa nak ‘outstation’ je, badan tak yah cakap la memang dah teruk menggelupas tapi mulut dia bukan main suka lepas cakap je. Ada ke dia cakap nurse kat sini, tak de yang muda ke semua tua-tua buat keje pun lambat. Muka lagi la hodoh!”
Kalau kita yang kena memang sepak terajang baru dia tau ngan orang lagu ni, sapa yang tak terasa hati. Makan minum kita jaga, bagi ubat lagi kalau ada yang terberak kita juga yang basuh harap kan ahli keluarga tak usah. Keluarga mana mahu terima kalau dah jadi macam ni.
Kemudian, asyik dok sembang datang seorang makcik menghampiri saya. Mungkin dia tengok saya berjubah masa tu, jadi hasratnya semoga saya dapat tolong melafazkan syahadah di telinga anaknya yang sudah nazak mata masih lagi celik.
Kesian kat makcik dia cakap penyakit aids telah menyerang ke dalam otak anaknya. Keadaan badan ok cuma otak dah rosak. Memang virus ini akan memusnahkan sel pertahan badan secara total. Walhal orangnya masih muda baru berumur 25 tahun. Mulutnya pun dah mengeluarkan buih bewarna putih.
Nasib malang sungguh pemuda itu makcik tu cakap bahawa dia telah dikhianati oleh sahabat ketika pergi bekerja di KL.
Gambar hiasan: Contoh kulit Menggelupas
No comments:
Post a Comment