-

Thursday, November 11, 2010

PKR

Perlu Ke Risau. Bagi golongan yang selalu sibuk dengan kerja harian dan kurang cakna terhadap politik Negara pasti mereka akan berkata “perlu ke risau masalah politik buat pening kepala saje”.

Hari ni dia cakap ni, dia masuk parti ni. Esok lusa dia masuk parti lain pulak. Kemudian selang setahun masuk parti lain pulak akhir sekali jadi bebas. Huraiii aku dah bebas, jadi tak de orang nak sabotaj aku lagi. Macam-macam feel…

Memang lihat kepada hal keadaan politik Negara sekarang ni seolah-olah berada di gelanggang gusti. Mana yg berbadan sasa dan pandai bercakap dengan segala kelentongnya dia boleh menang apabila bertanding. Lebih-lebih lagi pihak lawan berbadan kecik. Jentik ngan jari dah tergolek jatuh.

Umno semua orang kenal. Parti pemerintah. Sejak merdeka 53 tahun dahulu sampai sekarang masih memegang tampuk pemerintahan.

Tapi adakah dengan lamanya pemerintahan badan mereka dah menjadi sasa. Sesiapa sahaja tidak akan dapat menggugatnya lagi.

Apakah dengan kesasaan mereka itu, orang lain akan takut untuk menghadapi mereka. Sekiranya jawapan “ya” ternyata itu adalah jawapan yang meleset.

Setiap ada peluang parti pembangkang iaitu parti PAS akan terus memberi tentangan yang hebat. Walaupun parti PAS dianggap berbadan kecik dan hanya dengan sekali jentik dah melambung terjatuh. Tetapi kecik kecik cili padi.

Hakikatnya masyarakat sekarang semakin matang. Hari ke hari gelombang kematangan ini semakin menular lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak muda.

Mereka bukan setakat mendengar, mengkaji malah mereka turut mengikuti setiap perkembangan politik Negara.

Ke mana arah tuju politik Negara. Masing-masing akan menuding jari baik parti UMNO dan jugak PAS.

Cuma, saya nak pesan kita yang mempunyai background pendidikan yang tinggi pandai-pandai la membuat perkiraan secara tepat. Mana yang baik dan mana yang jahat. Tengok muka dah kenal mana Pak Nor dan mana Mek pah. Tak perlu nak berselindung.

Satu lagi kita kena ingat, budaya pemimpin akan mencorakkan budaya masayarat. Ini hakikat. Jatuh bangun nilai moral masyarakat adalah berdasarkan moral pemimpin itu sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...