Mungkin ada yang sudah biasa mendengar satu jenis makanan ‘ketupat sotong’. Bunyinya macam sedap je. Memang sedap kalau di makan, orang timur pula yang makan mesti kena dengan selera diorang. Sebab masakan tersebut manis sedikit.
Jikalau sebelah utara lain pula cara masakannya. Nama sama mungkin ‘ketupat sotong’ tapi rasa berbeza. Zaujah saya cakap ketupat sotong sebelah utara dia masak di campur dengan rempah kari.
Maka berbeza dengan ketupat sotong pantai timur punya. Yelah kalau tak manis maka tak sedap. Hari ini zaujah saya entah mengapa mengidam ke apa dia cakap nak masak ketupat sotong. Apa lagi saya pun turut mengidam sama tak sabar pulak tunggu dia masak.
Malahan kalau nak cari orang jual ketupat sotong sekarang ini memang sukar jikalau bukan pada masanya. Biasanya pada bulan Ramadan memang akan ada penjual ketupat sotong di pasar ramadan. Harganya pun boleh tahan la jugak RM2 seekor tu pun kecil tak besar.
Sekali ngap dah habis. Tidak sempat nak kunyah. Untuk pengetahuan sahabat sekelian cara memasaknya ringkas tidak susah dan mudah masak tidak perlu tunggu lama.
Di bawah adalah cara memasaknya, ok jom kita tengok bagaimana nak masak ketupat sotong timur.
Terlebih dahulu sediakan bahan-bahan seperti sotong semestinya berapa banyak bergantung kepada anda, beras pulut, santan, gula Melaka, bawang merah, serai, sedikit garam dan gula. Semua bahan banyak banyak mana bergantung kapada banyak mana tuan/puan mahu masak.
Saya bagitau ni sekadar sotong 700 gram je. Jadi bahan-bahan bergantung kepada banyak mana sotong.
Kemudian, kita mula masak.
-Terlebih dahulu basuh sotong, beras pulut dan sediakan santan. Basuh la apa benda yg patut di basuh.
-Rendam lebih kurang setengah jam beras pulut yang dibasuh tadi agar dia mudah masak.
-Selepas itu, agak-agak dah sampai setengah jam rendaman tersebut kemudian masukkan sedikit santan yg sudah di campur dengan sedikit garam ke dalam beras pulut dan gaulnya sehingga sebati.
-Dan ambik beras pulut isikan ke dalam perut sotong lebih kurang 70% kuantitinya. Jangan penuh sebab mahu taruk kepala sotong pula nanti.
-Kemudian ambik lidi yg telah di kerat pendek lebih kurang 1 inci setengah lalu cucuk di depan dekat dengan kepala sotong. Cucuk sekali dengan kepalanya agar pulut tidak terkeluar semasa memasak.
- Selepas selesai semua mencucuk sotong masukkan ke dalam periuk dan masukkan santan sehingga hampir menenggelamkan sotong tersebut.
-Tudungkan periuk jangan biarkan ia terdedah. Berwaspada nanti cicak yg ingin bunuh diri akan terjun ke dalam periuk tersebut jikalau periuk tidak di tutup.
-Apabila menggelegak masukkan sekeping gula Melaka yg ori. Pandai-pandaila banyak mana bagi memastikan ia manis atau sederhana manis. Mengikut citarasa masing-masing.
- Selepas itu masukkan 2 batang serai dan masukkan pula bawang merah yang telah dihiris. Gaul perlahan jangan kuat nanti pecah sotong.
-Ok selesai sudah dan tunggu sampai masak lebih kurang 20 minit.
-Akhirnya siap untuk di hidang!
-Sila rujuk gambar di bawah.
1 comment:
Sapo2 nak make ko mai jale umah atau nak tempah boleh jugok..
Post a Comment