-

Monday, December 13, 2010

Model berjubah di KLIMS




Malaysia bukan sebuah negara Islam ke. Kenapa kamu cakap macam itu? Kamu tidak lihat pemimpin kita kan seorang penganut agama Islam. Islam dah tu Negara apa lagi.

Mudah nye cakap Negara Islam selagi undang-undang Islam tidak terlaksana di Negara ini selama itulah Negara kita bukan Negara Islam jangan harap.

Satu lagi saya cukup-cukup terkilan apa yang berlaku di KLIMS baru-baru ini yang diadakan di PWTC. Ye la nak tunjuk kereta yg hebat kepada masyarakat. Saya tidak nafikan perkara ini baik dan berfaedah.

Walhal bukan setakat kereta yang hebat penganjur tonjolkan, buah dada betis perempuan cantik pun mereka turut tonjolkan.Sampai anak mata yang melihat mahu tertonjol keluar. Nasib baik tidak terkeluar terus biji mata.

Ini perkara yang tersangat-sangat mengecewakan saya sebagai salah seorang penduduk yang menetap di sebuah Negara yang di dakwa sebagai Negara Islam oleh para pemimpin negara.

Pak Haji pun bergetar serban kalau melihatnya. Tidak ingat dah makcik kat rumah dok sorang-sorang menanti abang balik. Ntah ntah tak balik terus kenapa tidak nye asyik melekat je kat kereta.

Heii ini satu hal, hal satu lagi anak kita. Anak dah pandai tengok situ sini. Bawak tu gak kita nak tunjuk kereta sampai ke sana lain pulak jadinya.

Rosak mata budak tu, otak dia pun akan jadi kotor jikalau melihat benda tidak senonoh macam ni. Ada setengah tu siap bergambar lagi. Eeee malu la sikit.

Setengah tu siap tunduk lagi. “Kenapa abg tunduk je ni abg nak tengok apa” Tanya si isteri kepada si suami yg asyik tunduk.

“Apa la syg ni abg nak tengok enjin kereta ni nampak macam tak de je..” Balas suami.

“Ye ke abg ni nak tengok enjin kereta ke nak tunduk intai betis model..”

Pesan saya kepada panganjur, setakat kereta yang hebat baik untuk kita tonjolkan. Cukup dengan kereta yg hebat tersebut jadi tarikan tidak perlu kita mengeksploitasi wanita seksi. Kita boleh laksanakan jangan bimbang jika orang tidak datang, kalau bab-bab show kereta motor ni orang ramai pasti akan datang.

3 comments:

Insyirah said...

Dari apa yang dapat dalam kuliah Ustaz Malek di Surau Islah sungai buloh, dia berkata :

"MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM TETAPI DIPIMPIN OLEH ORANG ISLAM. SAYA TEGASKAN, MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM..."

Uhuk uhuks.

Khairi Mohd said...

malaysia guna parlimen berpelembagaan British. Mahkamah civil british. Dan sistem ekonomi mirip kapitalism, dgn riba berleluasa.

tang mana islam pun tak tahu.

p/s: comel jubah dia huhuhu.

Mhamdan said...

Syirah:Yo doh tu wak ust malek royak

Khairi:meme comel pom, tu pun jahit cpat2 jubah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...