Semenjak dua tiga menjak ni fokus saya hilang. Fokus untuk menulis blog. Kemana hilangnya saya sendiri pun tidak tahu.
Kenapa kehilangan ini berlaku? Apakah ini memusibahkan diri saya. Tidak sampai ke tahap itu lagi. Biasala manusia ada waktu dia bersemangat dan ada juga waktu dia kurang bermaya. Sebagaimana air laut ada pasang surutnya begitu juga diibaratkan diri saya.
Jadi, di sana mesti ada sebab kalau tidak banyak pun paling kurang satu sebab.
Bukan apa, mahu nyatakan saya malas berblog memang tidak kena atau mungkin iya juga. Tambahan pula, berblog hanya aktiviti sampingan bukan kerja rasmi. Sambil boring belek2 buku update blog. Sambil minum teh petang bersama keluarga update blog. Setakat itu sahaja. Bukannya 24 jam masa sehari blog blog blog.
Kadang-kadang ada yang berblog sampai bini bermasam muka. Tidak pun dia sendiri seolah-olah menjadikan blog sebagai pasangan hidup. Time makan teringat blog, time tidur teringat blog sampai dalam jamban pun teringatkan blog. Kalau mahu berblog pun jangan sampai tahap itu nantikan lain pula jadinya.
Tiba-tiba kuat sangat berblog tidak sedar rambut dah jadi macam vokalis alleycats. Nak potong tak sempat dah blog ni sapa mahu update. Lain la kalau dah memang kerja dia 100% seorang blogger.
Untuk ruangan secubit ini ingin saya kongikan perkara yang berkaitan dengan hal kehidupan seharian. Iaitu berkenaan dengan mata pencarian hidup. Ya mata pencarian. Setiap hari kita mesti ada tugas atau kerja. Tidak kira apa jua tugas, yang pasti itu tugas kita? Sebagai driver datuk kah? tukang masak hotel 5 bintang kah? Penjaga tandas awam kah? Juru bilang bulu beruang kah? atau bermacam-macam lagi.
Pendek kata semua tugasan adalah berkait rapat dengan hal kehidupan. Tidak boleh dipisahkan. Nak cari makan. Kalau tidak kerja sapa nak tanggung anak bini makan. Jikalau jenis anak bini makan pasir no hal setiap kali mahu makan pergi pantai je. Berlambak pasir. Tapi bukan jenis itu.
Bagi pengetahuan saudara sekelian, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang perniagaan. Ya antara kerjaya yg penuh dengan cabaran dan perlukan komitmen yang tinggi. Iaitu bidang bisnes. Kerjaya yang tidak boleh buat main-main. Bab kata orang tua-tua “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”.
Maksudnya kalau dah memang mahu buat bisnes buat betul-betul dan biar sampai berjaya bisnes tersebut jangan hanya hangat-hangat tahik ayam. Panas sekejap dan tidak lama. Baru mula dah mahu kaya. Mana boleh. Buat bersungguh-sungguh dulu mahu kaya fikir kemudian.
Saya 2 minggu yg lepas ada membeli satu buku karangan Ann Wan Seng. Saya beli di masjid negeri Shah Alam.
Buku ringkas padat, tidak terlalu tebal dan di muka kulit ada tertulis “National Bestseller” kalau gitu bukan calang-calang buku ini. Kalau dah memang ramai orang beli pastinya buku itu menarik dan banyak perkara yang boleh dikongsi.
Tajuk buku yang dimaksudkan ialah “Rahsia bisnes orang cina”. Baca saje tajuk buku terdetik dalam fikiran kenapa ye, jika cakap pasal bisnes mesti dikaitkan dengan orang cina bukan orang melayu. Apa orang melayu tidak pandai berbisnes ke?
Jikalau begitu sangkaan kebanyakkan orang ramai termasuk kita sendiri jadi orang cina mesti ada kelebihan dan kepandaian tertentu yg tidak ada pada orang melayu tentang bisnes. Apa yang dibincangkan dalam buku ini menarik. Mari cuba kita tengok apa dia yang menariknya.
Lebih-lebih bagi mereka yang minat dengan bisnes. Apa yang dibincangkan? Secara ringkas saya utarakan pasal tips bisnes orang cina. Kalau kita belek buku ia terdapat di perenggang yang akhir sekali.
Tak mahu la saya mengulas dengan panjang lebar cukup sekadar berkongsi apa yang perlu di nyatakan.
Antara tips ialah:
1. Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urus niaga.
2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan tetap ataupun pelanggan baru.
3. Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.
4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan dan kehendak sendiri.
5. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.
6. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.
7. Peniaga tidak boleh marah dan menengkin pelanggan.
8. Peniaga bukan tauke kerana bos sebenar adalah pelanggan.
9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.
10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.
2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan tetap ataupun pelanggan baru.
3. Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.
4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan dan kehendak sendiri.
5. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.
6. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.
7. Peniaga tidak boleh marah dan menengkin pelanggan.
8. Peniaga bukan tauke kerana bos sebenar adalah pelanggan.
9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.
10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.
Itu antara tips-tips yang dapat saya nyatakan di sini kalau diikutkan dalam buku terdapat lebih kurang 50 tips semuanya. Ok setakat itu dulu, kita jumpa di lain post.
No comments:
Post a Comment