-

Monday, April 12, 2010

Cinta antara buta dan tuli

حبك للشيء يعمي ويصم

“ Kecintaanmu kepada sesuatu akan membuat kamu buta dan tuli” (Riwayat Imam Ahmad).

Dengan cinta lautan api bisa direnangi, gunung-ganang sanggup didaki apa lagi. Semua perkara yang mustahil pada akal cinta mampu menafikannya. Ehmm…kalau tak percaya tanyalah insan yang sedang mengalami virus ‘cinta’ ini.

Kembali kepada kata-kata Imam Ahmad di atas, yes!! memang benar kan. Orang yang bercinta sampai satu tahap terlampau sangat seperti kisah laila dan majnun cinta mereka akan menyebabkan mereka buta dan tuli. Akhirnya membawa kepada kematian! Dasyatkan cinta mereka.

Apapun mari sama2 kita terokai makna cinta dengan seringkas-ringkasnya. Cinta atau ‘Al-Mahabbah’ dalam bahasa arab bererti gelojak hati ketika mengalami saat yang sangat mendesak untuk bertemu dengan kekasih.

Atau mudah difahami perasaan cinta yang meluap-luap. Seperti meluap-meluap asap yang terhasil dari makanan yang baru dimasak.

Kemudian, mari cuba kita terjun ke lautan makna cinta dengan lebih mendalam. Ada pendapat mengatakan ‘Al-Mahabbah’ makna inti sesuatu atau biji tanaman.

So, secara logik apa kaitan yang dapat kita simpulkan di sini. Cuba sahabat masing2 renung sejenak. Renung dengan mata tu cuba tengok atas, bawah kiri dan kanan. Apa yang sahabat nampak?

Dah nampak ke. Nanti dulu ada lagi pengertian lain yang berkaitan dengan cinta. Para pakar bahasa membawa makna tenang dan teguh. Maksudnya tetap. Tidak berganjak.

Namun, di sana terdapat seorang penyair arab mengumpamakan makna cinta itu dengan seekot unta yang duduk tanpa berganjak. Itulah cinta tanpa sedar atau tidak ia akan menetapkan hati pencinta kepada orang yang dicintai.

Lagi, ehmmm…pelik pelik ada juga pendapat menyatakan makna yang berlawanan. Iaitu tidak tetap. Mana pulak tadi kata makna cinta ialah tetap ini tidak tetap pulak. Haiii pening pening.

Diorang ni kaji makna. So, diorang cakap perkataan cinta ialah berasal dari perkataan ‘Hiba’ dalam bahasa arab membawa maksud anting-anting. Jadi, anting-anting kan tak suka duduk diam. Suka gerak je. Tapi dia tetap kat telinga.

Apapun, jom kita pergi kepada makna apa kaitannya yang di atas tadi. Kalau nak bahas lagi berjela-jelalah jawabnya post saya nanti.

The important, point sampai kepada target. Targetnya mesti sama2 kita fahami. Ok, kaitannya ialah perkataan ‘Cinta’ dan kita letak kat sebelah perkataan cinta itu ‘Biji benih’. Jauh rasenya kaitan antara dua perkataan ni.

Cinta biji benih cinta biji benih. Cinta kita nak pegang tak boleh. Tapi biji benih kita boleh pegang. Boleh rasa ngan jari. Bagaimana rasanya kulit benih itu. Dapat kita rasai mulus ke kasat ke dan sebagainya.

Jadi bagaimana sahabat. Begini secara padat dan ringkasnya. Saya ingin perjelaskan kepada sahabat sekelian supaya kita terus melihat kepada impak di sebalik cinta dan biji benih. Sebagai contoh apabila seorang lelaki mencintai seorang wanita.

Maka, hasil cinta suci mereka berdua membawa ke jinjang pelamin. Mereka berkahwin. So, kahwinnya mereka berdua itu akan mencambahkan zuriat. Mereka akan mendapat anak. Kemudian cucu kemudian cicit dan seterusnya. Hah..nampak dah ke kaitannya.

Begitu jugalah biji benih apabila ditanam di tanah yang subur akan mencambahkan anak pokok. Kemudian anak pokok tersebut akan tumbuh dengan subur lalu menghasilkan buah. Kemudian buah itu masak. Lalu menjadi buruk dan gugur ke bumi. Maka tumbuhlah pokok yang seterusnya dari biji benih buah yang gugur tadi. Begitulah seterusnya…
Sebelum akhir jadikanlah cinta kita celik dan dengar.

Akhirnya, cuba perhatikan kepada maksud ayat Allah s.w.t.:

“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu yang dijanjikan Allah itu pasti akan datang”. Surah Al-Ankabut: 5.


P/S: Sedikit penambahan; Point yang ingin saya utarakan di atas ialah kaitan antara lafaz ‘cinta’ dan ‘biji benih’. Yang mana dalam bahasa arab kedua-dua perkataan tersebut lahir dari huruf asal yang sama. Iaitu huruf “ha” dan “ba”. Dalam ilmu bahasa dalam bahasa arab apabila sesuatu perkataan lahir dari huruf asal yang sama maka di sana terdapat persamaan dari segi makna dan konsep perkataan tersebut. Sebab itulah antara lafaz ‘cinta’ dan ‘biji benih’ kedua-dua perkataan itu membawa konsep “Percambahan” atau “Penyebaran” dalam erti kata dari seorang menjadi ramai dan dari satu biji benih menumbuhkan pokok dan seterusnya.

2 comments:

Khairi Mohd said...

tak faham sgt ni. Kalau cinta sama duit? hehe.

hamdan said...

OOO NI NAK OYAK MAKNA CINTA SAJE. CINTA DAN BIJI BENIH TU BERKAITAN MAKNA PADA PERCAMBAHAN ZURIAT.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...