Seksa jugak kalau dah berkeluarga tetapi keluarga tinggal berjauhan. Kenapa tidaknya, sedang siapkan tugasan kerja wajah anak kesayangan terpapar di pandangan mata. Sampai rumah selepas habis waktu kerja, melangkah je kaki ke dalam rumah terpapar wajah anak menanti kepulangan ayahandanya.
Dengan muka tersenyum dan mengangkat kedua belah tangan. Seakan dia memahami abinya sudah pulang. Ingin berdukung la tu angkat tangan!!
Mohd Harraz memang suka sangat senyum….sampai waktu tinggal kat kg 2 minggu baruni sebaik saje abi ngan ummi mandikannya taruk bedak apa sume dan pakaikan baju seluar terus je ada yang ambik lalu mendukungnya. Kerana dia asyik tersenyum je. Sape yang tak geram!! tambahan baby lagi kalau abi ye tersenyum tak de pun orang yang geram hehehe….
Hari jumaat lepas…
Selepas kerja petang tu aku dan adik bergegas bersiap. Usai solat mahgrib tanpa melengahkan masa bertolak balik kg.
Alahai kalau nak ikutkan penat keje seharian kat ofis, rehat lagi patut. Tapi memang aku dah plan bahawa hari jumaat ni aku kena balik kampung. Balik untuk ambik anak dan isteri.
Mereka dah 2 minggu tinggal kat kg atas urusan keluarga. Abang ipar kahwin….
Aku sempat pada waktu angkat nikah. Sedangkan pada majlis menyambut menantu kat kg aku tak sempat sbb tak dapat cuti. Tapi ketiadaanku telah diganti dengan kehadiran isteri dan anak.
Abang ipar aku mahu berkongsi sedikit pasal semangat untuk berkahwin. Aii.. cakapnye terasa mengelabah jugak hati. Ingatkan apabila ingin berhadapan ngan pak Imam sape yg tak menggelabah hanya kita sendiri kena pandai cover dan banyakkan berselawat. Agar jiwa menjadi tenang. Aku syarah la serba sedikit tips bagi tenangkan jiwa. Bla bla…
Sewaktu Pak Imam mengangkat nikah. Dia sedikit tersenyum ke arah abang ipar aku. Kenapa tidaknye dia memegang tangan pak Imam kuat sangat sampai pak Imam terkejut.
“Eh.. kenapa kau pegang tangan aku ni kuat sangat, biasa je..pegang slow2” jelas pak Imam kepada abg ipar aku dengan muka tersenyum.
Abg ipar aku cakap. Waktu tu memang jantung ni berdengup kencang. Tangan sejuk pucat. Kenapa ntah! tengok je muka pak Imam terus je menggelabah.
Tapi Alhamdulillah semua urusan angkat nikah berjalan dengan lancar. Sekali angkat je:).
Selepas 2 minggu kemudian. Kembalilah keluarga ku tinggal bersama. Harraz dah kembali bersama abi.
Alhamdulillah ku panjatkan kalimah syukur kepada Yang Maha Esa. Bibir ku ucapkan dengan hati yang kosong ku penuhkan dengan kalimah tersebut. Betapa hebatnya apabila seorang bapa dengan seorang anak. Erat hubungan tidak dapat ku nafikan. Sepasang matanya yang bulat merenung tepat ke arah mataku.
Tidak dapat ku gambarkan betapa cinta dan sayangnye ku kepada…..
7 comments:
Salam.
Ana pernah mendengar ungkapan "Kalau rasa sedih/nak marah dan seumpamanya, pandang muka baby. Insya Allah hilang semua rasa yan negatif."
Sebab bayi ni takda dosa... Rasa seronok je berdampingan dengan makhluk bernama BAYI.
Wallahua'lam.
Info yang baik.
time kasih insyirah.
Ana biase menulis cpat2 sampai ada ayat yg silap..
Kalau ada ayat yg silap harap tegur.
langkahla ke gerbang perkahwinan dengan syariat dan sunnah baginda. Agar keberkatan turun dari Allah bukan dari manusia.
Zaman leni, banyak syubahat dlam majlis perkahwinan. Patut dan tak patut kita yg tentukan. Jangan bagi orang yg tak mengetahui yg menntukannya.
Salam.
Apa yang cuba ustaz sampaikan pada ana:
"langkahla ke gerbang perkahwinan dengan syariat dan sunnah baginda. Agar keberkatan turun dari Allah bukan dari manusia.
Zaman leni, banyak syubahat dlam majlis perkahwinan. Patut dan tak patut kita yg tentukan. Jangan bagi orang yg tak mengetahui yg menntukannya."
p/s: Kurang faham.
salam insyirah:
Sebagai contoh dalam perkahwinan terdapat adat2 yg tidak ada nas masyarakat laksanakan, seperti bersanding. Kalau kita kaji amalan bersanding adalah berasal dari amalan agama hindu. Patut ke kita buat?
Kadang2 kita faham masalah bersanding memang tak dibolehkan dalam islam tapi oleh kerana masyarakat sekeliling atau keluarga kita yang mahukan majlis seumpama itu dilaksankan.Kita go on saje....
Tapi ana tahu insyirah tentu dah arif tentang perkara ni.
Itu antaranya. Satu lagi ana yakin dengan sahabat ana ust saiful;dia akan membimbing insyirah nanti tentang perkara ini.
Assalamualaikum...woi2, alamak ada nama ana lak dalam komen ni
kepok lekor ada bawak ke?
senyap je..mesti xbeli la tu ...hayya
hayya pu ana beli doh ke anta keropokk tu.tapii....eee ade tapi pulok!!! kerropok tu tak bertahan lama...so apa lagi:)
Post a Comment