-

Sunday, August 29, 2010

Lontaran soalan: Mandi junub

Pernah satu kali zaujah saya melontarkan soalan “Bang macam mana kalau kita berjunub pada waktu subuh kemudian kita ingin bersahur ntah-ntah tak sempat nak mandi junub kerana waktu subuh dah nak masuk sah ke puasa kita”

Mengenai masalah ini bukan zaujah saya saja yg masih terkeliru malah di luar sana masih kedapatan masyarakat setengahnya tu masih teraba-teraba tidak mendapat jawapan yg jelas terhadap masalah ini.

Memang kalau kita perhatikan “Berjunub” seolah-olah kita melihat diri kita berada dalam keadaan kotor lagi tidak suci. Jadi, dengan keadaan tubuh tidak suci macam mana kita ingin bersahur bagi melaksanakan ibadah puasa yg penuh barakah. Kan tak logik tu.

Itu yg kita terkadang berpusing-pusing difikirkan.

Perkara ini bukan lah rumit sangat kerana dalam emel box saya pun ramai sahabat-sahabat yg membuka ruang untuk berbincang tentang masalah yg sama agar perseolan ini mendapat jawapan yg jelas daripada golongan yg bijak pandai dalam soal agama.

Sebagai contoh emel:

[sim] INFO : Hukum Mandi Junub setelah Shubuh pada Bulan Ramadhan.

Contoh soalan:

Saya ingin menanyakan bagaimana hukumnya jika pasangan suami isteri yang melakukan mandi junub setelah masuk waktu sholat subuh, padahal sebelumnya sudah sahur dan berniat melakukan ibadah puasa Ramadhan. karena jika mandi sebelum sahur, kami merasa malu karena akan ketahuan oleh anggota keluarga yang lain. mohon penjelasan dari ustaz.

Soalan lebih kurang dengan soalan yg dikemukakan oleh zaujah saya pada awal posting tadi. Point sama.

Mari kita lihat kepada tulisan Ibnu Qudamah dalam kitab “Al Mughni”. Beliau menyatakan bahawa: Tidak mengapa bagi mana-mana muslim yg tengah puasa mandi (mandi angkat hadas besar). Berliau bersandar kepada hadis riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Aisyah dan Ummu Salamah pernah mengkhabarkan bahawa Rasulullah telah berada dalam waktu subuh sedangkan baginda masih lagi dalam keadaan berjunub. Kemudian bagainda mandi dan sembahyang subuh.

Daripada pengertian hadis tersebut maka dapatlah kita fahami walau berada dalam keadaan junub sekalipun kita dibolehkan bersahur kemudian mandi dalam masa yg sama waktu subuh sudah pun masuk.

Disamping mandi wajib bagaimana pula dengan mandi tak wajib iaitu sunat dalam keadaan sedang berpuasa, kerana ada orang cakap lepas je waktu asar mandi adalah makruh?

Abu Daud ada meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi pernah melihat baginda saw menuangkan air ke atas kepalanya kerana terlalu panas. Walhal baginda dalam keadaan berpuasa. Jadi, menerusi kitab “ Aunul Ma’bub” menjelaskan melalui hadis tersebut menjadi dalil kepada kita tentang perkara menuangkan air kerana terasa terlalu panas adalah dibolehkanpada bulan puasa. Tiada masalah.

Begitu juga berkumur. Kerana Al Hasan berkata tidak mengapa kita berkumur untuk menghilangkan rasa panas dan haus.

Tapi pandai-pandailah jaga jangan sampai tertelan air pulak. Takpun berkumur dengan air tembikai. Ehmm..tu bukan ingin berkumur dah tu.

Kesimpulan yg dapat kita simpulkan di sini bahawa apabila bangun sahur dalam keadaan kita berhadas besar tak kira lah macam mana kita boleh berhadas besar. Bagi yg bujang maybe dia termimpi perkara-perkara yg menyeronokkan sampai berhadas bagi yg tak bujang pulak tak payah soal ada la tu keje nye. Tak mengapa kita bersahur kemudian baru mandi tapi jangan pulak sampai terlajak sehingga terbitnya matahari. Takkan tak sembahyang subuh pulak!

Post tambahan:

Semalam saya dan adik berserta dengan keluarga masing-masing sempat menunaikan hajat merealisasikan undangan sahabat karib untuk berbuka puasa di rumahnya di kg baru sungai buluh.

Sebelum pergi sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang kemungkinan yg boleh berlaku faham-faham je la apadia saya terlebih dahulu pastikan map ke rumah baliau.
2 benda yg saya pastikan jarak paling dekat dan risiko jem kurang. Kalau tersilap masuk jalan ditambah dengan “kepekatan” jem bukan jem buah ni ye tapi jem kereta yg melampau silap-silap berbuka atas kete la jawabnya.

Search punya search perhati punya perhati berpandukan kan alamat yg sudah saya terima melalui sms Ust Saif ada 3 jalan yg boleh kita lalui. Iaitu bertolak dari Taman Datuk Haron PJ.

Pertama melaui Highway Guthrie. Kedua Highway subang-sungai buloh dan atau lagi melalui plus.

Yg pertama reject awal-awal lagi kerana memang jauh gila sekiranya lalu ikut situ. Yg ke 2 dan ke 3 adalah pilihan. Yie adik saya cadangkan kita lalu ikut subang-sungai buloh takpe. Tapi saya fikir kalau ikut jalan tu trafik light pulak banyak melambatkan perjalanan walaupun tidak ada tol.

Fikir punya fikir okey kita akan ikut plus. Muktamad!

Alhamdulillah lebih kurang 40 minit perjalanan kita dari PJ sampai ke Bandar baru sungai buloh. Kena tol Rm2. Tak kesah pasal tol tu yg penting line clear. Sbb tu kitaorang ingat akan sampai ngam-ngam dengan waktu nak berbuka tapi awal pulak sampai. Bukannye ape kalau awal sangat nanti mengganggu pulak tuan rumah untuk memasak. Kalau lewat sangat lagi tak boleh.

Segalanya berjalan dengan lancer jem pun kurang. Syukur!

Sampai je sana cari alamat rumah tak la rumit sangat. So lastly, dapat berbuka dengan mmber lama dan baru dalam keadaan yg penuh barakah.

Okey sampai di sini dulu ada keje lain pulak. See u all at the next post.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...