-

Saturday, August 28, 2010

Dah hari ke 18 Ramadhan

Cepat sungguh hari berlalu. Hari ni dah hari ke 18 maknanya tinggal 12 hari je lagi kite berpuasa. Sedih terasa bagi golongan yg sentiasa mengejar bonus daripada Allah. Namun, gembira sangat bagi golongan satu lagi. Lebih2 lagi pening dek promosi raya sana dan sini. Tak ambik kisah dah ibadah macam mana.

Teringat saya kepada pengertian hadis Nabi yg mashyur yg membicarakan tentang puak syaitan diikat setiap kali tibanya ramadhan.

Walhal, ramai jugak yg masih berperangai macam syaitan. Puasa tidak! Main judi, zina, pergi kelab dangdut dan bla2....kan syaitan dah diikat.

Ini yg sesetengah individu pening memikirkan hal demikian. Nak buat macam mana beb ini bukan suruhan syaitan dah. Syaitan memang clear pada bulan ni tak boleh buat apa2 yg jahat2 memang dia jahat betul2.

Tak faham eh macam mana ni?

Gini mudahnya kita masak nasik guna periuk sebagai contoh. Kemudian periuk tu mestilah panas kerana terkena api.

Sebaik saje nasik masak. Lalu api kita tutup api dan angkat periuk. Apakah periuk nasik tu lepas diangkat dari dapur terus jadi sejuk. Tentu tidak kan metilah masih panas.

Itulah perumpamaan orang yang buat jahat pada bulan2 selain ramadhan dan apabila masuk bulan ramadhan mereka masih tidak meninggalkan perbuatan jahat. Kerana dah jadi tabiat bagi mereka.

Kita sama2 berdoa kepada yg maha Esa agar golongan sedemikian diberi hidayah oleh Allah. Kesian memang kesian kalau mati tidak sempat bertaubat.

Sampai bila nak buat jahat. Sampai bila nak bagi Allah marah. Ke sampai Allah turun bala dasyat baru nak sedar dan taubat.

Apabila bala turun semua sekali akan menghadapinya. Nau'zubillah! minta jauh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...