-

Saturday, October 31, 2009

Eratkan persaudaraan




Apabila tiba musim beraya aku sempat beraya ke rumah sanak saudara yg berdekatan rumah kat kg.

Aku dok fikir dan aku dok renung sorang kalau tak hari raya kita nak pergi jalan rumah saudara memang berat sikit rasanya.

Lebih-lebih lagi kita ni hanya anak-anak (bukan orang tua sendiri dalam keluarga) eeee...memang malas rasanya.

Tapi saya terbaca dalam kitab riadussolihin yg mana terjemahan hadisnya berbunyi:

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan - yang dilaluinya.

Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: "Ke mana engkau hendak pergi?" Orang itu menjawab:

"Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi: "Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau perolehi dari saudaramu itu?" Ia menjawab: "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah.

" Malaikat lalu berkata: "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu - guna memberitahukan - bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)

Alangkah hebatnya pengertian yg dapat kita faham daripada pengertian hadis di atas.

Tapi kan saya memang boleh katakan yg 100% budak-budak muda macam kita ni kalau nak g jalan rumah ayah saudara ke mak saudara ke memang kalau tak bersama-sama dengan orang tua memang ....goodbye la.

Ma selalu pesan “ De g la jale umah-umah saudara-saudara kite, kalu de tak g bila nak kenal”.
Itu masalahnya.

Kemudian saya telah cuba dan buat tak layan sifat malas yg ada hampir nak berceding( nak tumbuh) dalam jiwa saya ni, saya kuatkan utk peri jalan rumah saudara mara.

Ada satu kali tu saya pergi la ke rumah mak sepupu saya. Dia dah uzur dan tinggal bersama anaknya kat kota bharu kat jalan cemerlang.

Masa saya pergi... saya sempat bertanya khabar. Dia nampak gembira dan dia cakap kat saya kalau kita tak datang rumah orang tua ni siapa yg akan kenal anak beranak dan anak kita akan datang lebih-lebih lagi tak akan kenal.

Dia juga sempat luahkan perasaannya yg ada anak beranak dia memang tak pernah datang jenguk. Dia sedar yg dia orang susah rumah pun buruk macam ni takkan dia nak datang kan.

Sedih pulak saya dengar.

1 comment:

Khairi Mohd said...

nnt balik raya haji kena gi jalan byk2 nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...