-

Wednesday, July 14, 2010

Forum Isra’ mikraj

Ucap syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya dapat sama2 para hadirin dan hadirat berkumpul dalam majlis forum pada pagi ini.

Saya sebagai moderator sangat2 mengalu-alukan kedatangan dua tokoh ilmuan yg tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Ust Muhamad Abdullah Al-Amin dan juga Ust Kamal Ashaari.

Majlis forum yg diadakan pg tadi Alhamdulillah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Seperti biasa saya ditanggungjawabkan sebagai moderator membuat sedikit persiapan dari segi soalan dan teknikal kerusi meja dan jamuan lepas majlis berkenaan. Semuanya dibantu oleh sahabat2.

Perbincangan oleh ahli panel sangat2 menarik minat para hadirin. Sehingga ada diantara mereka yg terbahak2 gelak. Makcik2 pulak tu kerana puak dia yg ramai datang kalau nak dibandingkan dengan pakcik2.

Secara ringkas soalan yg disediakan kepada saya oleh sahabat ada 4 soalan 2 soalan utk Ust Muhamad dan 2 lagi untuk Ust Kamal.

Soalan pertama saya tujukan kepada Ust Muhamad lebih kurang begini bunyinya:

1.Secara umum cuba Ust terangkan definisi tentang ‘Isra’ dan Mikraj’ dan apakah kesan terhadap aqidah umat Islam sekiranya masih terdapat dalam pemikiran mereka bahwa peristiwa ini adalah ‘tidak masuk aqal’?

Jadi Ust Muhamad banyak sentuh berkaitan dengan sains dan juga dalil AlQuran dan hadis.
Satu lagi perkara ini merupakan kehendak Allah apabila Allah kata ‘Kun maka fayakun…’
Soalan kedua Ust Kamal:

2.Ust apabila masuk bulan Rejab sebagai contoh yg mana bulan rejab adalah sinonim dengan bulan ibadah seperti puasa sunat dan juga majlis sambutan Isra’ dan Mikraj. Jadi ust di sana terdapat golongan yg menganggap sambutan sebegini adalah ‘Bid’ah’, apa komen Ust?

Ust Kamal memang selamba je dia berceramah. Siap dengan lawak2 lagi tu ramai hadirin hadirat suka mendengar syarahan beliau.

Mengenai soalan ini dia menyatakan bahawa harus kerana tiada tegahan daripada Nabi s.a.w. secara putus.

Round kedua.

Soalan kepada Ust Muhamad.

1. Ketika mana baginda s.a.w. dibawa oleh Allah dalam peristiwa tersebut baginda telah melalui beberapa tempat penting. Antaranya mula2 baginda dari masjidil Haram kemudian Thursina, baitul Laham, maqam nabi Musa a.s. kemudian masjidil Aqsa.

Soalannya ust apakah kaitan tempat2 tersebut dari segi sejarah utk kita hayati sila ust…

Banyak ust muhamad sentuh hal2 yg berkaitan dengan sifat kemanusiaan itu sendiri. Kita perlu sedari bahwa kita tidak berseorangan kita berteman. Disekeliling keluarga kawan2 saudara mara masing2 bersatu dalam satu aqidah kepada Allah s.w.t..

Soalan kepada Ust Kamal.

1. Masjidil Aqsa telah disebut oleh Allah dalam surah Isra’ pada ayat pertama. So di sana kita melihat keistimewaan masjid tersebut sehingga saat ini para yahudi masih berusaha ingin menawan masjidil Aqsa. Sekiranya kembali kepada sejarah kegemilangan Islam dulu Ust terdapat 2 tokoh agung iaitu Khalifah Umar Al-Khattab dan juga Solahuddin Al-Ayyubi dapat mengekalkan kegemilangan masjid tersebut daripada dirampas oleh puak yahudi. Apakah faktor ataupun rahsia mereka ust? Sila jelaskan….

Melalui soalan ini Ust Kamal menyentuh soal keyakinan dalam hati. Antaranya keimanan. Keimanan antara cara menguatkannya adalah melalui ibadat solat. Begitulah para khalifah dapat mengekalkan zaman kegemilangan mereka dalam keadaan berterusan bukan sekerat jalan.

2 comments:

salmanfasiri said...

forum mano tu dan?

Mhamdan said...

kat tepak kijo ana pu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...