Maaf sekiranya tajuk post ini terlalu ekstrim bunyinya. Tapi hakikat disebalik tajuk ini ada perkara yang besar, penting dan patut sama-sama kita tatap dan bincang sekadar yang kita mampu.
Ramai tidak mahu menerima serta tidak mahu mengakuinya bahawa dia berpakaian tidak elok. Terutama para anak-anak remaja perempuan. Setengah anak kita usia baru setahun jagung boleh dikatakan masih mentah lagi tetapi lagak berpakaian seolah-olah sudah baligh atau sudah dewasa.
Hakikat seorang anak perempuan di ibaratkan sebutir mutiara yang perlu di jaga, di beri perlindungan dan pengawasan yang sebaik mungkin. Jikalau terlalai ia pasti akan di khianati atau akan di pengaruhi oleh penduduk sekeliling yang mempunyai tahap akhlak yang terlalu rendah.
Jadi masalah kejatuhan moral para muda mudi dewasa ini menular sehingga membimbangkan semua pihak. Pihak tertinggi dalam kerajaan baik dan pihak orang awam. Kesan tempias keruntuhannya menyebabkan para ahli kerajaan lebih-lebih lagi bahagian hal ehwal agama Islam menggeleng kepala memikirkan masalah remaja bersosial saban hari menunjukkan peningkatan yang agak serius.
Kita kecilkan skop ini kepada mereka yang tertentu sahaja iaitu para remaja perempuan, sebagai contoh ada satu kisah:
Pernah satu ketika saya berkesempatan mendengar masalah daripada seorang remaja ketika berkursus sebelum ini. Remaja perempuan. Namanya Ina (bukan nama sebenar). Dia menceritakan bagaimana keinginannya terhadap ‘belaian’ daripada seorang lelaki. Dia tak seksi. Berpakaian elok dengan berjubah setiap hari kalau tak berjubah pun berbaju kurung. Memang patut dia berpakaian sedemikian sebab dia lepasan pelajar tahfiz di salah satu sekolah tahfiz ( sekolah mana rahsia) di Malaysia ini.
Semuanya bermula apabila tiada batasan pergaulan di dalam keluarga. Terlalu bebas sehinggakan pergaulan dengan sepupu sepupi juga bebas. Aurat tidak di jaga dengan sewajarnya. Manalah seorang manusia biasa mampu untuk menahan maksiat. Di tambah godaan syaitan berganda-ganda. Terlalu kuat godaan syaitan. Sehinggalah pada satu saat dia di cabul oleh sepupunya sendiri.
Kemudian bermula daripada saat itu Ina sudah berani untuk membuat benda yang di haramkan oleh agama. Oleh kerana nafsu sudah melonjak mengatasi kewarasan akal menyebabkan larangan agama tidak diendahkan lagi.
Sehinggalah Ina sendiri dikhianati oleh seorang yang bergelar ustaz. Ustaz yang mengajar di sekolahnya. Sanggup dia menipu anak murid dengan alasan isterinya memerlukan bantuan sesiapa sahaja yang sanggup padahal isterinya tiada di rumah pada ketika itu. Selepas Ina di beri minum air oleh ustaz, entah air apa menyebabkan dia terus tidak sedarkan diri. Maka berlaku lah…..
Jahat betul dan bengong ustaz gapo dio nih kalau nak cakap Kelantan memang jahat sekiranya seorang lelaki yang bergelar ustaz sanggup menodai anak murid sendiri.
Pendekkan cerita, kemudiannya dia di sahkan mengandung. Sampai bulan yang ke-3 dia pergi berjumpa dengan seorang doktor swasta untuk menggugurkan kandungannya. Punyalah sakit hanya Allah swt sahaja yang tahu.
Walaupun begitu, beberapa tahun kemudian kelakuannya ibarat mencincang air takkan putus. Ketagihan terhadap seks menjadi-jadi. Sehingga Ina sanggup menghipokrikkan bertudung semata-mata untuk memuskan nafsu.
Tapi sekarang dengan berkat kesungguhan untuk melupai segala kejahatan dan bertaubat nasuha dia telah kembali ke jalan yang Allah swt redhai.
Sebuah contoh kisah bagaimana anak pasangan guru yang sentiasa sibuk sehingga terlalu syok mengajar anak orang sampai anak sendiri terabai.
Saya kadang-kadang kesian melihat budak-budak muda berkeliaran dan melepak sana sini. Seolah tiada bertempat. Lebih teruk lagi budak perempuan sama naik lepak dengan geng lelaki.
Tuan puan cuba fikir apabila budak jate dan budak betina dok sekali apa yang akan berlaku. Segala benda boleh berlaku. Sehingga sampai satu tahap lahir anak luar nikah. Sapa nak jaga kalau orang luar tahu malu kita. Akibatnya anak yang tak berdosa di buang tanpa rasa bersalah.
Inilah antara tanda akhir zaman sebagaimana Nabi Muhamad saw ada menyebut dengan mafhum hadis mengenai alamat atau tanda yang akan berlaku di akhir zaman antaranya wanita-wanita berpakaian seperti TIDAK BERPAKAIAN atau bertelanjang.
Orang lelaki mana ada yang tak mahu melihat wanita tak berpakaian. Dah jalan depan mata kita sapa yang tak mahu tengok pun terpaksa kena tengok. Bukan main ketat pakaian kan betul apa yang Baginda sebut perihal tanda akhir zaman.
Berbincang masalah ini ada point penting dalam sebuah buku terjemahan yang bertajuk “Hak & kewajipan wanita menurut Islam”. Pengarang asal ialah Abdullah Bin Jarullah dan penterjemahnya Ustaz Ismail Tuan Haji Syafei Al-Bakabi.
Mengenai kenyataan oleh Al- Kurtubi terhadap ayat Allah swt yang bermaksud “Tinggalah di rumah-rumah kamu”. Ayat di tujukan kepada para wanita agar mereka kena kerap duduk di rumah sahaja. Itu terlebih baik. Biar suami je yang bekerja dah memang tanggungjawab dia mencari nafqah menyara keluarga.
1 comment:
Salam. Tahniah layout baru. em oghe loni tok puah telanje masa kecik..tu ya narak sapa besar.
Post a Comment