“Apa dia seekor binatang baca dari depan bunyinya sama, baca dari belakang pun bunyinya sama” ha ha ha jawab jawab sambil tergelak. Teringat kepada dialog dalam cerita ali setan. Ringkasnya semua pasal katak.
Semalam pulak dalam paper ‘kosmo’ ada keluar berita pasal katak. Bukan katak biasa tapi katak luar biasa. Menggemparkan penduduk kampung, riuh rendah dengan penemuannya yg bersaiz agak besar, berat lebih kurang 1.3 kg. Besar tu!, kalau ayam seberat tu dah 6 ringgit lebih.
Saya sendiri selama hidup 30 tahun lebih tak pernah lagi jumpa katak sebesar itu. Mengikut berita, ia ditemui di Pasir Mas, Kelantan oleh seorang peniaga buah, Ramli Jaafar 53 tahun.
Tak semena-mena katak menjadi famous dan terkenal oleh kerana badannya besar. Katak-katak lain mesti cemburu agaknya dengan berita itu sebab dia kecik tak boleh masuk paper.
Dengan bertemunya katak besar rata-rata penduduk kg sekitar khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhan beranggapan bahawa itu satu petanda banjir besar akan berlaku.
Serius ni bukan main-main soalnya berkaitan dengan akidah, kepercayaan kepada benda karut.
Cuba kita paling kebelakang lihat sejarah Islam yang lampau bagaimana dan berapa banyak peristiwa2 pelik yang sengaja Allah swt turunkan kepada manusia untuk menguji ataupun sebagai peringatan.
Sebagai contoh satu kisah berkaitan katak jugak bukan setakat dalam kosmo dalam Quran pun dah ada, surah Al-A’raf ayat yang ke 133.
Allah menyebut maksudnya :
“Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.”
Bukan setakat katak Allah sebut dalam Al-Quran malah banyak lagi binantang-binatang lain seperti lebah, monyet, lembu, kekatu, apa lagi belalang, ikan, anjing, keldai, unta, burung dan lai-lain. Semua ada cerita masing-masing, nak dengar cerita kalau nak sila rujuk dalam tafsir Al-Quran.
Perseolan mengapa Allah turunkan tu semua seperti banjir dan lain2 mesti ada sbb. Sebab utama ialah kerana keengganan atau keras kepala firaun dan pengikut-pengikutnya menolak kebenaran yang di bawa oleh Nabi Allah Musa as. Panjang ceritanya kalau nak cerita.
Bani Israel bersama Nabi Musa as selamat. Sebagaimana Allah swt sebut jugak dalam surah mukmin ayat 88 “Yang demikian kami selamatkan orang-orang mukmin”.
Melalui kisah Nabi Allah ini boleh kita jadikan iktibar bala Allah turun kerana Allah marah kerana mereka menolak kebenaran dakwah Nabi Allah. Tapi bagaimana halnya pulak si katak besar ni.
Kita tidak boleh buat andaian sesuka hati atau keputusan kepada benda yang belum berlaku. Semuanya serah kepada Allah swt.
Jangan memandai-mandai. Mungkin Allah mahu menguji kita semua supaya beringat dan berjaga-jaga. Bukan letak 100% bahawa itu petanda bala iaitu banjir besar akan berlaku.
Itu macam dah yakin. Mana kita boleh yakin bahawa itu petanda banjir besar. Entah-entah katak tu dah lama menginap di situ. Kebetulan ia keluar nak cari makan kantoi jumpa dengan pakcik tu.
Pakcik tu pulak apa lagi terkejut beruk la sebab katak tu besar.
Jaga betul-betul soal aqidah kita, tapi saya rasa lain pulak halnya dengan pakcik Jiang Musheng. Berumur 66 tahun berasal dari Jiangxi, China. Kenapa tak nye kalau dia jumpa dengan katak besar ni pasti melompat gembira.
Gembira ler sebab katak dia makan, anak tikus pun dimakannya. Katanya dia makan katak semata-mata untuk berubat sakit perut. Dah masak sup, gulai kari tak nampak katak dah. Sapa yang tak tahu mesti dibalunnya gulai tu.
Eee tengok katak mengeliat uweekk nak muntah aku meloyakan.
Cuma pesan saya secara ringkas alamat kiamat sudah kelihatan merata-rata. Di Indonesia baik di China baik dan seluruh dunia sekarang ini di landa bermacam-macam bala daripada Allah. Dengan tanah runtuh, banjir besar, taufan dan bermacam-macam lagi.
Kita yang beriman jadikan iktibar, berdoa selalu kepada Allah agar dilindungi daripada setiap bala.
Kerana bala Allah turun tidak memilih. Ha aku nak pilih orang ni orang ni baru nak turun bala tidak. Tapi ia merangkumi semua pihak. Sebab itulah kita semua bertanggungjawab melaksanakan tugas nahyi mungkar.
Jangan serah kepada pihak yang di beri gaji semata-mata. Mereka kerja cegah maksiat kerana kerja atau laksanakan tugas. Kalau ikut hati siapa sanggup keluar pagi-pagi pergi kejar orang buat maksiat. Tidur dengan bini lagi baik.
Kita semua buat, cegah baru Allah swt akan tangguhkan bala.
No comments:
Post a Comment