-

Saturday, November 6, 2010

Pernah ke tengok syaitan

Tertarik dengar ulasan dari Dr Zulkifli mursyid jemputan di radio ikim. Sambil pandu kereta petang tadi ketika menuju ke Selayang sempat menadah telinga walaupun sedikit sebanyak terganggu antara konsentrasi memandu dengan mendengar radio.

Tajuk perbincangan menarik. Ulasan demi ulasan slow je dia cakap tapi bahasa yang digunakan mudah difahami serta padat dengan dalil-dalil dan hujjah.

Pasal syaitan, nafsu dan apakah perbezaan keduanya?

Nak bincang pasal syaitan ada ke antara kita yang pernah melihat syaitan? Ye ke ada. Ala takkan kau tak ingat dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ‘orang minyak’ kan ada watak syaitan.

Berwajah hitam legam dan begitu juga dengan seluruh tubuhya. Ada tanduk lagi. Sebijik macam muka orang utan cuma bulu je tak de. Tak cukup dengan itu mukanya juga di buat celoren-celoren biar nampak bengis dan menakutkan.

Eeee… dasyat memang dasyat jikalau kita di anugerahkan ilmu melihat alam ghaib dapat melihat syaitan. Dalam filem arahan P.Ramlee, dia nak jadikan watak syaitan satu lagi mana agaknya dia lihat muka syaitan, yang pasti dia kena lihat dulu rupa syaitan. Kalau tidak mana ada gambarannya. Sah itu hanya rekaan atau khayalan semata-mata.

Kembali kepada point perbincangan di radio ikim tadi, saya dengar satu persatu apa yg mursyid cakap. Apa beza padahal kedua-duanya jahat. Syaitan jahat nafsu pun jahat. Mana agaknya ada perbezaan. Fikir sekali fikir ye juga. Tapi ada perbezaannya. Kita teruskan.

Cuba kita lihat antaranya ialah:
Antara point penting yang saya ingat mursyid bilang sebagaimana firman Allah swt di dalam surah An-Nur, ayat 21 maksudnya:

“ Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengikut jejak langkah syaitan dan barangsiapa yang mengikut jejak langkah syaitan maka dia akan menyuruh melakukan kejahatan serta kemungkaran”

Ayat ni mempersoalkan pasal syaitan.

Ayat yang kedua pula dalam surah Yusof, ayat 53, Allah swt berfirman yang bermaksud:

“ Sesungguhnya nafsu mendorong untuk melakukan kejahatan kecuali bagi mereka yang mendapat rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha pengampun dan mengasihani”.

Ok ayat ni pasal nafsu.

Syeikh Ibnu Taimiyah ada menulis di dalam kitab yang berjudul‘majmuk fatawa’ bahawa Ibnu Hazam berkata mengenai perbezaan godaan syaitan dengan was-was nafsu.

Beliau berkata bunyinya begini:
“ Apa yang dibenci oleh nafsu terhadap diri engkau ia adalah daripada syaitan maka minta la perlindungan daripada Allah, kemudian apa yang disukai oleh nafsu engkau terhadap diri engkau itulah nafsu maka cegahlah ia”.

Justeru itu, kejahatan syaitan dalam erti kata yang mudah ialah bersifat menyeluruh. Maknanya dapat kita fahami di sini syaitan itu menggalakkan berbuat jahat semua terlibat kafir baik muslim baik. Dia menyuruh berzina, mencuri, membunuh dan seumpamanya.

Cuba kita lihat kepada ayat yang pertama saya nyatakan tadi, syaitan menyuruh melakukan kejahatan, jadi tak kira sapa-sapa jika dia mengikut jejak langkah syaitan maka dia juga tergolong dalam golongan orang yang melakukan kejahatan. Sesiapa sahaja.

Kemudian ayat yang kedua pula kita ambil satu perkataan “Ammarah” yang bermaksud mendorong dalam bahasa melayu. Apa yang kita faham dengan istilah mendorong. Pertama, ia melibatkan perasaan dan hati seseorang. Jadi ia berperanan mendorong orang tertentu yakni suspek utama supaya melakukan kejahatan. Ini bermakna konteksnya lebih terhad kepada setiap individu.

Nafsu ni kerja dia setiap masa setiap saat membodek kita berhempas pulas orang Kelantan cakap sapa cawat kote sehingga kita berbuat jahat. Kembali kepada masalah syaitan tadi cuba kita lihat sejarah mula-mula syaitan bertemu dengan Allah swt, zaman sebelum kehidupan manusia di muka bumi lagi, dia telah berjanji dengan Allah akan menyesatkan anak adam keseluruhannya. Allah izinkan sehingga hari qiamat. Saya yakin kita semua sudah maklumi kisah itu.

Jadi kita boleh buat kesimpulan, puak-puak syaitan mahu menyesatkan semua sekali anak adam. Bukan tertumpu kepada pihak yang tertentu atau kepada seseorang yang di pilih sahaja.

Kemudian lagi bezanya, syaitan lemah jika dibandingkan dengan nafsu. Maksud lemah di sini sebagai contohnya di saat kita mahu sembahyang. Sebaik sahaja kita mengangkat takbir ‘Allahuakbar’ dalam masa yang sama terus je syaitan mari kacau sembahyang kita. Angkat takbir, mulut baca fatihah tapi hati entah ke mana terbangnya. Teringat promosi di Tesco la di giant la bla bla.

Lainla pulak dengan kaedah yang digunakan oleh nafsu. Melalui jarum halus ia suntik racun was-was, dia suntik perlahan-perlahan terus ke dalam hati sanubari manusia. Dari awal ketika ambik air sembahyang lagi dia dah mula menyuntik perasaan was-was.

“Eh, aku dah ambik air sembahyang tapi” dia melangkah masuk ke dalam masjid lalu berhenti seketika. Dilihatnya lantai masjid yang berkapet. Ternampak tahik cicak. Apa lagi serta merta dia patah balik pergi ambik air sembahyang semula.

Ambik la smula air sembahyang, tengah dok syok ambik air sembahyang terbersin la pulak aashommm!!…Apa ke hal bersin ni, lalu dia lap lubang hidung yang terkeluar sedikit hingus dengan tangan. Sudah ambik air sembahyang, eh tangan aku tadi kan kena hingus. Ha..sudah, hingus kan najis.

Pulak dah ambik ler air sembahyang semula. Begitulah seterusnya agak-agak dekat nak kering air tangki masjid tu baru selesai agaknya ambik wuduk, ini tak masuk lagi bab sembahyang.
Punyala dasyat kan penyakit was-was.

Itulah contoh ringkas agar kita semua dapat memahaminya dengan jelas.

Perseolan saya dari awal lagi rasanya masih belum terjawab ada ke individu yang mendakwa dia pernah melihat syaitan.

Aku pernah aku pernah. Satu kali ketika aku tidur aku bermimpi melihat satu lembaga yang berbadan besar, bengis mukanya melihat ke arah aku. Aku takut lalu aku lari. Dia mengejar aku, aku lari sekuat hati. Lalu aku toleh ke belakang dia semakin hampir denganku. Aku takut..tiba-tiba aduhhh…aku terjatuh.

Bukak mata terjatuh dari katil rupanya.

Boleh ke kita mahu mendakwa bahawa mimpi budak itu dengan melihat lembaga bermuka bengis itu adalah syaitan.

Kita tanya dia, “bila kau tidur dan bermimpi ni”

“Tidur pagi tadi lepas sembahyang subuh”
Sah dia bermimpi di siang hari dan mimpi di siang hari sememang rejected tidak boleh di pakai. Jadi mimpi tersebut karut.

Jadi,sebenarnya saya nak upload gambar syaitan yang di lukis oleh seseorang tapi internet very2 slow.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...