-

Monday, May 9, 2011

Anak menjadi mangsa

Dia datang dah. Di sebalik dinding sebelah pintu pagar untuk masuk ke rumah kelihatan sebelah wajah seorang anak kecil berumur lebih kurang 3 tahun. Sedang mengintai kami di dalam rumah. Saya terperasan. Mukanya comot sekali jelas menunjukkan keadaan tidak terurus.

Dengan perut sedikit terkehadapan jelas nampak buncit. Kulitnya sedikit gelap.

Lalu saya bertanyakan zaujah. “Anak sapa tu dok mengintai-ngintai dari tadi”.

“Tu anak jiran sebelah sana tu” sambil tangan zaujah menunjukkan arahnya.

Kesian sungguh setelah mendengar cerita oleh zaujah. Tentang budak 2 orang tu adik beradik. Berjalan kawasan perumahan tidak dipakainya selipar. Cuaca panas ke jalan je. Dah biasa.

“Mengapa dengan budak tu abg nampak pelik je” saya bertanyakan zaujah.

Zaujah menjawab.

"Mak ayah dia dua2 kerja. Anaknya semua 6 orang. Yang paling bongsu perempuan setahun umurnya dan baki semua lelaki".

Mengikut cerita zaujah lg, ayah dan emaknya merupakan pengidap AIDS. Kemudian 3 daripada anaknya turut terkena penyakit tersebut. Ya Allah kesian betul.

Ayah mereka kerjanya kutip tin2 kosong, besi2 buruk dan menjualnya. Emaknya pula entah kerja apa katanya mengambil upah cucuk satay di kedai menjual satay.

Manalah sempat kalau dicongak dengan pendapatan mereka berdua untuk menyara 6 orang anak. Rumah pula sewa. RM200 sebulan. Penat tu!.

Sebab itulah kelihatan keadaan anak2 mereka tidak terurus. Kita turut bersimpati dengan keadaan mereka. Nanti kalau ada peluang saya mahu shot gambar anak dia yg selalu datang rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...