-

Tuesday, May 10, 2011

Budak sekarang mahu bebas

Entahla nak buat apa hari ni boring nye. Mahu tengok TV menyampah dah, dengar radio aghrr…berita sama stiap hari. Rogol bunuh bunuh rogol. Apa2 hal berlaku sekarang ni.

Habis dok fikir mahu buat apa. Lastly, “makkk kuar jap” Milah capai beg atas meja terus belah tanpa sempat bgitau emaknya mana dia mahu pergi.

Begitulah ringkasan rata2 keadaan muda mudi. Masing2 mahu bebas. Tak mahu dikongkong sedikit pun. Mahu emak ayah membatasi pergerakkan mereka, mereka mengugut mahu lari dari rumah. Maka senyap ler emak ayah. Zip mulut terus!.

Kesian sungguh sekiranya kita mengenangkan nasib yg melanda jiwa remaja leni. Mereka terumbang ambing dalam gelora kerosakkan sosial yg sungguh dasyat.

Jiwa mereka kosong. Sembahyang seminggu sekali je sembahyang jumaat. Sebab ust ada sebut orang islam yg meninggalkan sembahyang jumaat, kufur. Baca Quran oh oh ooo..never never. Mahu bilang berapa kali dah sentuh kulit Quran. Tanya berapa kali sentuh Quran bukan tanya banyak mana dah baca Quran. Boleh ke baca Quran? Itu soalan perlu ditanya awal2 lagi.

Sebagaimana tanah gersang setahun sekali dihujani air hujan. Tanah itu akan berdebu. Merekah sehingga anak pokok mahu mengjengak melihat bumi tidak kesampaian. Mereka lemah kerana tiada sokongan, keadaan sekeliling seolah2 menyebabkan anak2 pokok tidak boleh hidup segar.

Perumpamaan itu cocok sekali dengan anak muda mudi sekarang ini. Di Negara kita kita persoalkan sekarang bukan Negara luar.

Ya Allah amat jauh sekali. Jurang antara mereka jikalau dibandingkan dengan keadaan muda mudi pada zaman kegemilangan Islam dahulu amat jauh. Umpama jauhnya bulan dengan matahari.

Anak gadis, balik sekolah bukan kata mahu mandi. Letak beg sekolah terus terjun atas katil, tidur. Kain tudung lempar merata bukan mahu sangkut dengan baik. Dah tempat sangkut dah ada dilemparnya. Molek le tu. Mak di dapur masak, mahu sediakan makan bimbang nih takut anak lapar nanti baru balik sekolah. Kalau dah tidur, solat konfem entah ke mana, terlepas le jawabnya.

Anak lelaki pulak, balik sekolah bukan terus balik. Merewang dulu. Buat apa balik awal2 bukan ada apa pun kat rumah. Bertenggek di perhentian bas, anak gadis lalu weee weetttt! Sorang ke. Boleh abg hantarkan kan panas ni.

Disebelah malam pulak, lepak beb. Chelsea vs MU malam ni. Jom kedai mamak. Tempat biasa melepak sampai tengah malam. Perihal sekolah terus pupus sama sekali dalam kepala otak. Kerja sekolah lantak la, malas aku nak buat.

Mana la jiwa boleh tenteram jikalau begitu keadaan anak muda mudi kita. Cuba fikir, muda mudi tersebut bakal menjadi salah seorang pemimpin Negara kita nanti. 10 tahun akan datang hah guane gamok?

Sebab itulah rata2 berita ada je pengarah kena tangkap pegawai polis kena tangkap kerana terlibat dengan rasuah. Kalau fikir logik dah menjadi pengarah, gaji dah besar rasuah apa nye. Tak cukup ke gaji kamu kerajaan bagi. Pegawai polis tahan sikit, hakim syariah pun ada juga kena tangkap kes rasuah.

Haiyaaaa! Tepuk dahi.

Apa macam…kenapa boleh berlaku benda2 begini. Pelik kan. Gaji dah besar masih tak cukup duit. Dah duit tak berkat mana ada cukup. Main riba. Ha terima la balasan daripada Allah nanti.

Akhirnya ingatan buat Pemimpin. BAGAIMANA KEADAAN AKHLAK RAKYAT BEGITULAH AKHLAK PEMIMPIN. PEMIMPIN JAHAT RAKYAT DIBAWAHNYA TURUT MENJADI JAHAT!.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...