-

Wednesday, May 11, 2011

Abg anak kerak datang lagi!

Gambar hiasan: bukan rupa anak kerak sebenar ni ye!

Ada seseorang bercerita kepada saya mengenai anak kerak 3 hari lepas. Dengar cerita takut jugak sampai meremang bulu roma.

“Abg dia datang lagi…aduihhh abg tolong(sambil menangis)dia gigit kaki ni…sakit abg” isteri si tukang cerita menjerit.

Sebaik tiba waktu tidur ketika itulah dia akan nampak 3 orang budak adik beradik barangkali kerana masing-masing ada bertubuh rendah tinggi dan tinggi sedikit. Budak 3 orang itu datang lalu menggigit anak jari kakinya.

Dia akan meraung kesakitan. Kerana tidak tahan dengan gigitan budak2 itu. Si Dolah(nama samaran) yg dok bercerita kepada saya “anak kerak la tu datang dok gigit kaki dia malam malam, sapa lagi”

ANAK KERAK!!

Terkejut saya apabila terdengar pasal anak kerak. Kerana lama dah saya tidak dengar cerita pasal hantu.

“Eeee mengapa benda tu dok ganggu dia” saya Tanya si Dolah.

“Entahla mungkin benda tu adalah benda peliharaan ayah dia dulu tak pun dia masa muda2 dulu sendiri yg mengambil benda tu, apa tujuan pakcik pun tak tau”

Pakcik Dolah tak tau perkara ini sebelum kerana dia merupakan suami kedua kpd makcik tu setelah suami dia meninggal dunia beberapa tahun yg lalu.

Itu sebab pakcik Dolah buat tidak kisah sebelum ini walaupun dia menangis tapi tidak seteruk sekarang.

Jadi langkah yg diambil pakcik Dolah ialah membawa isterinya pergi berubat dengan ustaz dan juga bomoh. Boleh dikatakan sudah ramai dia pergi jumpa, atas tujuan untuk menghalau dan supaya tidak menggangu lagi isterinya.

Anak kerak ni sapa pernah lihat.

Saya sendiri pun tak pernah lihat. Mainan syaitan semua ni. Anak kerak geng2 syaitan la tu.

Orang dulu-dulu memang biasa dengan permainan hantu atau syaitan. Maknanya mereka mendapatkan bantuan benda2 ni. Minta jauh la benda ni daripada diri kita.

Orang dulu yg berharta banyak ye la kebun luas berekar ekar, rumah sewa banyak macam2 lagi la mahu upah orang jaga kurang kepercayaan.

Lalu mereka mengambil langkah dengan mendapatkan bantuan hantu jembalang atau anak kerak untuk menjaga harta mereka.

Itu antara sebabnya. Eh anak kerak dengan toyol ni sama ke?

1 comment:

Anonymous said...

klu tuan yg ambik anak kerak nie meninggal dunia...anak kerak nie akan turun ke kat keturunan seterusnye??????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...