-

Wednesday, August 10, 2011

Cerita di Qaryah Ramadhan KB.

Urusetia Qaryah Ramadhan bercakap lebih kurang 15 minit sebelum waktu berbuka puasa semalam “Wahai pakcik makcik dan anak2 sekelian saya sungguh terkilan dan dukacita yang amat sangat apa yang telah berlaku kelmarin sungguh saya tidak sangka ia berlaku. Kerana setiap hari saya pesan sebelum waktu berbuka jangan sesekali kita ambik nasik lebih daripada satu seorang. Maknanya untuk seorang sebungkus nasik. Tapi lain halnya berlaku kelmarin ada unit amal Qaryah Ramadhan memberitahu seorang makcik dengan dia saja 7 bungkus nasik. Kita Tanya kenapa makcik ambik banyak nasik ni. Dia jawab makcik mahu bawa balik untuk anak-anak bersahur.” Ya Allah makcik.

Kita terkilan kenapa, kerana ada di antara unit amal kita hanya berbuka puasa dengan makan kuih saja kerana nasik tidak cukup. Padahal jika di bahagi nasik dengan betul InsyaAllah semua yg hadir dapat makan nasik.

Ini alkisah yang berlaku sebagai iktibar. Mahu berbuka biar berpada-pada. Saya Alhamdulillah semenjak mula berpuasa di sinilah tempat saya berbuka puasa. Iaitu di Qaryah Ramadhan. Suasana owhh memang tak yah cerita nyaman sangat2 memang seronok jika berterawih tambahan imam solat terawih dijemput khusus daripada Mesir. Seolah memang berada di Mekah Mukarramah. Seronok saudara!.

Ada saya ambik beberapa keping gambar.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...