“Eh kuatnye api ust” kelihatan api membakar lemang semakin menjulang. “Kuat sungguh api tak hangit/hangus ke lemang” fikir saya yg memang kali pertama dapat menyaksikan bakar lemang bersama kawan2. Kalau setakat bakar saja lemang tu dah banyak kali dah tengok. Kat tepi jalan setiap kali balik kg lalu melalui highway bentong kan banyak gerai lemang. Tapi kali ni kita tengok sendiri daripada proses awal hingga akhir cara nak buat lemang.
ust zul sedang tengok-tengokkan lemang
Ust Hanan bahagian asisten bakar lemang
Sebab tu lah baru saya tahu kenapa harga sebatang lemang mahal sampai rm10. Lebih harga rm10 pun ada bergantung kepada panjang batang lemang tersebut. Nak masak dia pun bukan main susah bercampur rumit. Kayu api mesti kena spent banyak. Kalau setakat 30 batang lemang agaknya kayu api mesti 30-40 kilo. Kalau tak jangan haraplah nak merasa lemang buatan sendiri.
Ust Hanan bahagian asisten bakar lemang
Pengalaman ber ‘open house’ di kampung member seofis 2 3 hari lepas memang menyeronokkan. Jamuan makan pun best best belaka. Hampir 70% makanan yg dihidangkan yg tak pernah saya makan sebelum ni dan yg tak pernah saya lihat. Sedap sungguh!. Sampai menjilat siku. Kalau nak jilat saya tak mau….hehe.
Mak ayah member berketurunan jawa. So, makanan nye ala jawa. Saya pulak berketurunan india ke bajau ntah saya pun tak pasti. Mana la nak jumpa masakan yg berketurunan jawa ni. Tempeyek goreng celup tepung, kerang masak berlada dan macam-macam lagi. Saya kalau beli kerang buat balik biasa masak rebus je.
Letak serai dan bawan putih sikit ok siap go on boleh makan. Tak pernah la pulak makan kerang masak berlada. Kering tak berair. Nak makan kena kulum kerang tu dulu kalau tidak tak merasa la menu dia. Lepas kulum baru kopek kerang. Eeee…meleleh air liur mendengarnya tak makan lagi tu.
Letak serai dan bawan putih sikit ok siap go on boleh makan. Tak pernah la pulak makan kerang masak berlada. Kering tak berair. Nak makan kena kulum kerang tu dulu kalau tidak tak merasa la menu dia. Lepas kulum baru kopek kerang. Eeee…meleleh air liur mendengarnya tak makan lagi tu.
Program yg dianjurkan oleh member kalau tak de sifat ringan tulang daripada pihak kawan-kawan memang confirm tak akan berjaya. Kenapa taknye malam bakar lemang, masak rendang ayam, bbq ayam dan ikan, rebus kacang kuda. Bakar lemang pulak sblum tu kena sediakan buluh lemang, daun pisang pula nak kena layur dengan api bagi dia tak pecah apabila kita masukkan dalam batang buluh nanti.
Beras pulut nak kena rendam dulu dan santan pulak lebih sikit kena kasi lemak. Kauw punya lemang!. Pendek kata wuihhh… memang memenatkan. Tapi walaupun memenatkan dengan kerjasama yg diberikan kawan2 kerja menjadi ringan. Ringan bak kapas kapas ditiup angin sepoi-sepoi. Puuuu…kapas terbang ia.
Tu bahagian malam. Pagi keesokkan pula nak kena bangun pagi. Pagi-pagi nak ke mana ni. Nak pancing ikan!.
Puu…seronoknye dapat pancing ikan. Kat depan rumah je lokasi pancing. Tak perlu pergi jauh-jauh cari pantai cari sungai. Tali air agak 20 meter lebar sudah cukup untuk melepaskan gian si pancing yg ada. Termasuk saya hehe. Lagak aje kalau pancing confirm dapat ikan…haha.Riak la tu nau’zubillah!.
Banyak la ikan walaupun tali air. Ikan puyu semestinya ada ikan haruan, ikan tilapia pun ada!. Ikan keli rasenye ada tapi pagi tu tak ada seorang pun yang dapat menewaskannya. Ikan puyu ikan haruan dan tilapia memang telah dapat kami tewaskan. Eah!
Saya pula walau masih berkain pelikat berjaya menaikkan 4 ekor ikan. “Wowww…hebatla ust, ust baca ayat apa asyik dapat ikan je ni” Member yg cuba mengorek rahsia saya. “Eee rahsia apanye. Tak dela…hehe” Kembang sejenak hidung!!.
Berumpangkan cacing dan cengkerik. Aiii..bukan setakat kaum lelaki yg wanita pun turut serta mancing . Si abang bagi apa lagi peluang la tu.
Kawasan kampung memang nampak tenang dan damai. Kampung yang saya maksudkan ialah Tanjung Karang. Nama kampung pulak kampung Haji Razali. Biasala program sebegini memang dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara member sepejabat dan memang patut kita alu-alukan. Kita sokong bagi siapa sahaja yang ingin menganjurkannya.
Sikit sebanyak ada yg terpalit perasaan tak puas hati tu hilang terus 100% clear. Apabila kerjasama dan tolong-menolong dan makan sedap pulak apa lagi tak puas hatinyeee…. . Cerita nye pulak pasal pancing ni. Pagi hari tersebut kami semua bersiap la nak g pancing. Ada yg dah keluarkan batang jorang dari but kereta. Saya pulak yg kata handal memancing jorang pun tak de . Huhuhu. No hal. Bisa diatur!.
Saya pergi dapatkan parang pinjam ngan abg Yazid tuan puan program kerana lokasi program buat kat rumahnya. Apa lagi saya ambil sebatang pelepah kelapa sawit. Lalu saya racuh daun satu persatu sampai licin. Tinggal batalnye saje. Lebih kurang 5 kaki panjang setelah yg paling hadapan saya potong. Ha dah dapat dah joran!.
Joran berbatang sawit pun jadi. Ala sekadar nak taruk tali tasi dan mata kali apa susah tak perlu kena sediakan joran yg mahal. Ke guane?. Hal ni tak kisah tak de yg menarik mana utk dikongsikan. Satu kisah, member daripada aceh. Dia berdiri sedang siapkan ikatan tali tasi pada joran dekat beranda rumah. Bersandar perutnya dengan batang joran. Saya rasa dia buat sendiri dengan batang bulu yg barsaiz kecil.
Asyik siapkan joran utk pancing lalu anak abang Yazid zubair namanya. Dia lalu betul-betul sebelah budak aceh tadi di sepaknya tali tasi. Apa lagi tali tasi tersakut di kaki lalu tertarik hingga mata kail tersangkut dibetis. Aduhhhh!. Tercangkut mata kali.
Nak buang macam mana dah masuk ke dalam daging betis. Mesti susah dan sakit lagi. Dah cangkutan mata kail tersebut memang menyakitkan. Tengok kepada riak mukanya yg menyengit. Sakit la tu. Dah jalan tu tengok-tengok la orang dok buat ape. Dok main hentam je. Budak nama dah budak.
Anak abg Yazid
Keluar neneknya… “Alaaa zubair kenapa dengan kaki kau tu..” Dah member masing-masing datang utk tolong. Tolong tengok pun ada dan tolong nak buang mata kail tersebut pun ada.
Aduihhh…sekali nak tarik keluar mata kail tersebut daripada betisnya. Kena bawa pergi klinik ni. Kita tak boleh nak buat. Biar doktor yg setelkan.
Lebih kurang setengah jam bawa pergi klinik zubair balik. Apa sampai je rumah dia ambik joran terus ke tali air nak mancing. Tak serik baru je kena mata kail. Tu kata budak!. Macam-macam riuh rendah dibuatnya.
Memancing ni seronok sangat syaratnya dapat ikan kalau tak dapat aduhhh..malas serta merta!.
No comments:
Post a Comment