-

Friday, June 18, 2010

Kenapa pendatang asing ramai?

Pagi tadi tarikh 18/6/10 saya ditugaskan utk pergi ke kilang yg terletak di batu caves saya rasa dekat kg baru kalau tak silap.

Kilang cetak yg terletak di seberang jalan betul2 dengan tempat bertapanya patung puak hindu. Patung besar kaler gold tu.

Di sana saya tiba lebih kurang 40 minit dari tempat kerja kat Shah Alam. Kalau kira perjalanannya tu memang agak lambat. Tapi nak buat macam mana jalan jem.

Kalau pegi ngan motor ok tak de masalah main celah2 je. Cepat la sampai.

Kerja mencetak akan mula apabila puak saya tiba di sana. Pendek kata sekiranya saya lambat maka kerja mencetak akan lambat kerana menanti kehadiran kita dahulu.

Blab bla pendekkan cerita…(kerana hari dah semakin senja. Saya dok menaip lagi staf yg lain ramai dah berundur balik).

Masa proses percekatan tadi, sempat saya berborak dengan seorang abg. Saya gelarkan dia abg kerana lihat pada air mukanya lebih kurang 40 an gitu. Kalau nak panggil pakcik nampak tua sangat.

Berborak la kami berdua sambil tangan si abg tu dok handel mesin. Handal dan mahir mengkontrol mesin. Tak handal macam mana dah lebih 10 tahun keje tempat tu.

Selepas 5 minit kami berborak. Dia semakin naik angin.Tajuknya bukan la hangat mana pun. Tajuk2 biasa je.

Tapi entah macam mana dia naik angin semacam je. Tiba2 je keluar dari mulut dia. “Saya memang tak puas hati dengan kerajaan sekarang ni, biarla die orang nak kata apa katalah saya tak kisah…”

“Cuba abg(saya) tengok” dia sambung cakap muka memang serius betul.

“Lihat contoh tempat saya kerja sekarang ni, dulu ramai orang2 kita yg keje. Tapi sekarang tengok semua tinggal mat2 gelap je yg keje”

“Emm…ye ye abg” saya angguk je.

“Ramai mat gelap sekarang ye bangle la puak Myanmar le dan pelbagai jenis mat2 gelap lagi” saya tambah dan tunjukkan rasa bersalah juga kepada kerajaan.

“Mana nak pegi anak2 kita akan datang ni tengok tahun lepas berapa ramai pelajar lepasan SPM yg keluar, lebih kurang 50 ribu ke mana semua mereka lepas ni. Dah tamat belajar nak cari keje pun susah dah tempat semua di sapu mat gelap” Dia mengeluh!

“Entah la bang..memang kita tak nafikan benda ni”

Blab bla…kita orang asyik berborak datang la seorang mamat cakap perlahan kat saya. “ Eh keje keje..nanti bos tengok”

“Eh ye tak ye jugak…”

Sebenarnya waktu rehat dah dekat pun. Kita orang sambung sikit lagi saya pun blah beredar dari tempat abg tu keje.

Memang benar apa yg abg kat kilang tadi luahkan. Kita tak nafikan kelonggaran terhadap orang asing datang ke negara kita sedikit sebanyak memberi kesan yg negatif kepada kaum kita sendiri iaitu kaum melayu.

Masalah yg die orang buat bermacam2. Pening kepala juga kita di buatnya walaupun kita bukan orang kerajaan tapi kita melihat perkara ni. Kita sedar amat sedar apa yg berlaku dalam Negara kita. Bersama2 kita fikirkan apa yg terbaik buat anak2 kita akan datang!

2 comments:

salmanfasiri said...

nak buat mcmana, dah anak2 remaja dh jarg nk keje, gaji kecik..hehe tekanan idup, asyik duk berangan nak makan gaji besar je :p

Mhamdan said...

Meme doh ore melayu...gitu la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...