-

Friday, July 31, 2009

Kuliah untuk staf yayasan restu

Alhamdulillah minggu lepas aku sempat membuat persediaan untuk menyampaikan kuliah pagi jumaat yang dihadiri oleh pengerusi Yayasan itu sendiri iaitu Datuk Latif Mirasa dan staf-staf yang bertugas. Ternyata aku yakin pada hari itu, aku pegang erat-erat buku nota aku agar segala keketaran yang akan mengganggu lutut aku ni akan hilang tak pun kurang la sikit :) Minggu lepas tajuk melingkari surah Al Kahfi bermula ayat 54-56 3 ayat je. Bunyinye 3 ayat je..kau bayangkan kalau orang baru, baru jadi staf kat sini akan menyampaikan kuliah agama. Memang dah biasa cakap. Cakap ngan orang. Kalau tak cakap tu namanye 'bisu'. Us Fadhli Ismail ketua jabatan aku yang handel sume ni.

Apa yang ditakutkan..hentam aje tapi nak main hentam je ke, tak tau ke yang duduk kat depan tu sape? Ha ha Datuk wei...

Pada malam sebelum tu, aku buatlah persedian dengan membaca tafsir Al Azhar dan tengok sikit buku-buku agama yang boleh memberi kepada aku input yang berguna untuk esok paginye. Secara ringkas, untuk berkongsi dengan para sahabat, ayat dalam surah al kahfi itu menerangkan masalah manusia yang tak mahu beriman kepada Allah malah mereka memang tak mahu beriman. Lantak mereka lah!! Walaupun Allah dah bagi banyak perumpamaan agar mereka faham. Agar otak mereka dapat mengerti apa sebenarnya Iman. Apa sebenarnya Islam.

Banyak perumpamaan dalam AL-Quran, antaranya Allah datangkan perumpamaan dalam bentuk binatang. Seperti labah-labah, sang lebah, burung-burung dan banyak lagi. Labah-labah mereka bina rumahnya di merata-rata tempat. Apabila datang aje angin bertiup. Puihhh....bertempiaran mereka lari meninggalkan rumah masing-masing. Nak buat macam mana rumah koman sangat.

Lebah setiap hari keje. Kalau tak keje jawabnya labah-labah yang nak mampus la tu. Mereka terbang ke sana dan ke sini. Puas dah terbang ke sana dan ke sini mereka pun hinggap di permukaan bunga untuk mendapatkan manisan. Kemudian mereka kembali terbang ke sarang untuk menyimpan bekalan manisan. Manisan itulah yang kita panggil madu.

Akan tetapi manusia tidak mahu menerima semua itu, datanglah perumpamaan jenis mana sekalipun mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah s.w.t. 'Mereka' mereka yang aku dok sebut dari awal lagi tu sapa? Sapa lagi kalau bukan puak jahiliyyah. Puak yang suka hidup dalam kegelapan. Puak yang suka membuat kerosakkan atas muka bumi.

Kemudian Allah s.w.t beritahu lagi, bahawa rasul sudah diutuskan. Tanda-tanda kebesaran Allah dah nampak jelas. Allah perincikan lagi. Rasul datang kepada manusia untuk menjalankan tugas. Tugas membawa berita gembira dan juga berita sengsara. Namun, itu hanyalah gurauan dan menjadi bahan ejekan bagi mereka. Mereka cakap kamu sama ngan kita buat apa kita nak turut!
sambung.....
..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...