-

Monday, August 3, 2009

Kuliah untuk staf yayasan restu siri ke-2

..

Teringat kata-kata Sufian bin U’yainah r.a menyebut mafhumya: “ Sesungguhnya Nabi Adam a.s pernah tersilap langkah lalu membuat salah terhadap Allah s.w.t, Baginda minta ampun kepada Allah s.w.t maka Allah mengampunkannya. Akan tetapi, aku takut terhadap manusia yang ada sifat bongkak kerana puak-puak iblis mereka semua engkar terhadap perintah Allah kerana adanya sifat bongkak yang melampau”.

Hasil daripada sifat bongkak inilah kaum Musyrikin mekah pada masa itu tidak mahu menerima dakwah Baginda s.a.w sebagaimana yang di nyatakan Allah s.w.t dalam surah Al Kahfi rentetan kuliah saya pada minggu lepas.

Malah kedegilan telah mengusai diri. Gajah kan depan mata tak nampak akan tetapi semut yang berada jauh mereka nampak. Pelik kan!!. Lalu puak yang tak mahu menerima dakwah Baginda s.a.w, mereka akan berkata: “ kalau nak suruh kami beriman boleh no hal, mana buktinya, tunjukkan kan kami sekarang azab Allah, bawa datanglah sebagaimana yang kamu nyatakan yang kaum terdahulu daripada kami yang menentang juga telah dimusnahkan oleh Allah, ataupun bawa datang sekarang biar kami semua boleh lihat dengan yakin”!

Ini antara lafaz-lafaz orang-orang bongkak. Itu hanya alasan jahat mereka. Sebenarnya mereka tak mahu terima pun. Telinga mereka telah ditutup oleh Allah s.w.t. Pendengaran mereka seolah-olah dihempap sebutir batu yang besar. Saudara sekelian, telinga mereka ada, mata pun ada tak ada yang rosak. Akan tetapi, Allah telah mengibaratkan mereka semua berada dalam keadaan tuli. ‘Tuli kebenaran’ itu pointnya.

Pengajaran daripada Al-Quran penting untuk kita ambil dan praktikkan. Untuk panduan hidup harian. Hidup sekarang memang kita tak nafikan banyak sangat pancaroba, cubaan dan seumpama dengannya. Juteru itu, hidayah Allah perlu kita berebut untuk dapatkannya. Takkan lah kita asyik nak berebut nak jadi juara AF, bintang RTM, mentor dan banyak lagi. Saudara perasan tak, yang program sedemikian tumbuh macam cendawan. Tapi kalau nak bandingkan ngan cendawan banyak dia lagi kot. Program hiburan telah membelenggu hidup remaja. Remaja hanyut. Terkapai-kapai untuk mencapai apa sahaja yang dapat tangannya capai. Tak kira yang ingin mereka capai itu duri kah, kayu tajam kah, ranting kayu yang mudah patah kah tak kira asalkan sekarang mereka mahu capai. Itu yang penting. Itu sebabnya, ramai tidak mahu terlepas untuk mendaftarkan diri untuk masuk bertanding. Kalau dengarkan cakap mereka semua yang terlibat. “Inyallah, masyallah” macam para-para ustaz dan ustazah. Tapi kalau tengokkan pakaian mereka memang “ masyallah”. Kopiah para ustaz pun saya agak akan turut bergoyang!!

Hai abg, bukan mai sedap cakap kat orang. Kita nak tengok kat orang ni bukan hanya pakaian tapi kita tak tahu macam mana hati budi mereka. Ha, ini ungkapan biasa yang akan terbit dari bibir-bibir mereka seandainya mereka dengar apa yang ustaz tadi komen. Nak buat macam mana kan. Dah Allah sebut dah dalam Al-Quran dalam surah An Nisa’ bagi wanita-wanita hendaklah melabuhkan kain tudung mereka biar dapat melindungi dada-dada mereka. Aurat wanita wajib!! Tutup.

Dalam masa yang sama kita macam tak mahu ikut apa yang Allah sebut. Allah sebut semua ni untuk kita bukan untuk yang berkaki empat kat padang sana nun!!.( malah nak ulas) Kesian, kesian kalau perkara yang remeh macam ni tak boleh nak displin kan diri, macam mana pulak kalau yang melibatkan hal-hal yang besar dalam syariat. Entahlah masing-masing fikir.

Bersambung…….
...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...