Biasa pagi saya akan keluar keje jam 7.45 am. Dalam 15 minit selepas itu sampaila tempat keje. Pagi tadi semasa tengah drive sempat saya dengar radio IKIM pada gelombang 102.70 kalau tak silap area PJ. Memang setiap hari saya cuba ikuti program radio ini. Menariknya pagi tadi, sekmen cara berbelanja dengan betul. Di taja oleh Permodalan BSN Bhd. Pembentang saya lupa namanya. Sangat menarik isi kandungnya. Dengan ringkas dia menyatakan bagaimana cara kita untuk membeli kenderaan contohnya kereta. Perseolan yang akan timbul di sini antaranya:
- Apakah kereta menjadi keperluan atau tidak buat masa sekarang.
- Seandainya kereta sudah di beli apa kegunaannya, tujuan ke tempat keje kah atau menjual kah atau hanya kegunaan balik kampung.
-Berapakah bajet yang kita ada mencukupi kah atau tidak.
-Berapa harga kereta yang kita inginkan. Memadai dengan gaji kita atau tidak.
-Berapa peratus keuntungan yang di ambil oleh pihak bank apabila kereta akan kita beli nanti.
Di atas antara perseolan yang akan bermain di kepala kita apabila keputusan untuk membeli kereta akan kita ambil. Jadi dalam hal ini, sangat penting kita kembali kepada tajuk ‘ kemampuan diri’. Sebagai contoh kalau kita ingin tempah baju maka kita kena ukur saiz badan kita.
Besar kita maka besar jugalah baju kita nanti dan begitulah sebaliknya. Maknanya di sini saudara sekelian, kereta yang ingin kita beli pastikan terlebih dahulu ia menjadi keperluan bukan tujuan keselesaan semata-mata.
Buat masa sekarang sebagai contoh pihak Bank akan mengenakan 3 % keuntungan pada pembelian kereta. Jadi, sebagai contoh kereta yang ingin kita beli harga dalam lingkungan rm30,000.00. Kita kena bayar muka sebanyak rm3000.00. Baki sebanyak rm27,000.00 Bank akan bagi pinjaman.
So, bayaran ansuran kita bulanan rm517.00 untuk lima tahun. Maknanya pihak Bank akan mendapat untung daripada 3% tu lebih kurang rm4300.00. Sekiranya ansuran kita 5 tahun kalau 9 tahun lagi banyak interest yang perlu kita bayar.
Lebih baik, langkah yang perlu kita ambil biar bayar lebih untuk 5 tahun. Kerana kita tidak akan berhutang dalam tempoh yang lama pada pihak Bank. Sekalipun 9 tahun bayar ansurannya sikit. Tapi hakikatnya jika di hitung lebih tinggi keuntungan pihak Bank dapat selepas tempoh 9 tahun tersebut.
Untuk menjadi orang yang bijak berbelanja ialah orang yang memahami kemampuan buget diri sendiri. Bukan untuk memuaskan nafsu dan membuat mata orang sekeliling membutang. Berkereta besarr!!! Fuiii alamak!!
4 comments:
meme ore biaso tok kaba pasa ni
bolik3 hahaha
salam
salam
Post a Comment