Semalam pada tarikh 8/8/09 pukul 9.18 malam,nak jadi satu kisah yang tak rasmi. Adik aku kurang sihat. Dah 3 hari dia batuk dan demam. Ha bunyi demam tu lain macam dah ni..kot kot. Minta dijauhkan Allah. Aminn...
Dia call aku “Abg nak datang rumah ni tolong mai ambik”
Tanpa banyak cakap aku terus je pegi ambik dia. Kat UM. Kesian adik aku demam. So keesokkan paginya dia pergi check kat klinik Dr Lina. Kliniknya di tingkat bawah. Apartment Taman Medan ok la layanan dan perkhidmatan yang di beri boleh bagi markah 85%.
Tapi, ha ni crite nak bagitau nye. Masa aku pi ambik adik kat UM. Waktu tu dalam jam 9.30 malam. Terus je aku drive. Sampai kat pintu masuk ada 2 pengawal yang dok berdiri tepi jalan masuk. Masing-masing pegang telefon selular atau orang panggil ape tu...emm lupa lak.Ha! walkie-talkie. Ye ye betulla tu.
Sebaik saja aku break kat pintu dan dia kat tepi kete.
“Nak g mana bang” Dia tanya aku. Muka biasa je.
“Nak ambik adik” Selamba aku jawab. “Ok abg sila parking kat tepi tu..dan ambik kedatangan” Dia arah aku.
“Orait...no hal”Aku jalan dan parking kete sebagaimana yang disuruh.
Lepah sign apa sume. Aku belah....
Sebaik sampai kat depan pintu pagar asrama adik aku. Dalam gelap ni, dah jam 9 lebih mestilah gelap lagipun kat situ lampu jalan tak cukup elektrik.
Malap semacam..alamak!! mamat ngan minah dok buat ape ni gelap-gelap. Ternampak aku si mamat dok berborak ngan si minah(nama samaran). Si mamat tu dok atah motor dan yang si minah tu tercegak kat tepi dia.
Asyik sungguh diorang berborak. Macam tak nampak yang aku ni sedang menuju ke tempat yang sama.
Hai...aku mengeluh. Kat depan pintu tapi nampak ada pengawal. Tapi apa yang dikawalnya. Kat dalam ni sedap diorang dok berasmara.....
Moral;Kesian kat dua orang tua kalau dapat anak perangai macam ni.
No comments:
Post a Comment