-

Tuesday, August 4, 2009

Sebagai renungan dan perkongsian(Amalan memagar diri dengan Al-Quran)

Baginda s.a.w menjadikan memagar diri sebagai amalan harian dengan menggunakan Ayat Al-Quran. Bertujuan agar Allah akan menjauhkan diri dari segala kejahatan hasil daripada perbuatan syaitan.

Aishah r.a ada berkata maksudnya: “ Apabila Baginda ingin ke tempat tidurnya pada malam hari Baginda akan menadah kedua tanganya lalu meniup ke arah tangannya itu seraya membaca Surah 3 Qul iaitu Suratul Ikhlas, Suratul Falaq dan Suratul Nas lalu Baginda menyapu keseluruh badannya bermula dari kepala kemudian muka dan akhir sekali belakangnya sebanyak 3 kali”.

Abu U’baid Bin Tolhah berkata yang makudnya berbunyi: “ Apabila Al-Quran dibacakan kepada orang yang sedang sakit maka sakitnya akan berkurangan”.

Hasil penelitian terhadap amalan Nabi s.a.w, memagar diri kita keluarga kita menjadi perkara penting sebagai seorang muslim. Bertujuan menjaga keselamatan mereka. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Negara kita yang semakin tidak selamat sekarang ini. Setiap hari, kita dapat dengar berita mengenai pembunuhan, kecurian, merogol dan seumpamanya malah ia bertambah dari masa ke semasa.

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah bersabda maksudnya: “ Tidaklah berkumpul satu-satu kaum di dalam rumah Allah dengan membaca Al-Quran kecuali akan diturunkan kepada mereka keamanan dilingkungi dengan rahmat dan para malaikat akan mengembangkan sayap ke atas mereka dan Allah akan sentiasa ingat kepada mereka”.

Rata-rata dalam hidup berkelurga sekarang ini dapat saya perhatikan berapa ramai berapa peratuskah mereka yang meluangkan sedikit masa untuk membaca Al-Quran. Baik masa kerja maupun masa cuti. Kalau nak bagi alasan masa kerja memang tak sempat nak baca Al-Quran tak apelah tapi masa yang tak keje tu, tidak jugak mereka berbuat demikian.

Kesannya, rumah kita akan mati, lesu para syaitan berleluasa menguasai setiap sudut dalam rumah. Mereka ketawa, bergembira dan menari-nari. Asyik sungguh mereka! Apakah itu yang kita mahukan? Anak-anak jadi mangsa, malas solat asyik tengok tv keje sekolah tak buat, nak tolong ibu bapa buat keje rumah ah…jauh sekali. Cuba kita amalkan membaca 3 Qul setiap kali mahu tidur Insyallah berkesan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...