-

Monday, August 3, 2009

ISA, tanda rakyak tak puas hati

1 hb ogos hari sabtu yang lepas Negara kita sekali lagi dapat menyaksikan demontrasi bantahan rakyat terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).


Kalau tengok dalam youtube kesian kat budak-budak turut menjadi mangsa gas pemedih mata oleh fru. Bagi golongan dewasa tak de masalah mereka boleh lari kalau pihak polis datang. Akan tetapi yang budak-budak cuba bayangkan apa yang mereka mampu buat.


Menurut menteri pertahanan Datuk Seri Dr.Ahmad Zaid Hamidi, beliau menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan memansuhkan Akta ISA. Kerana dia cakap Akta itu penting bagi zaman sekarang untuk menjaga kestabilan Negara Malaysia.


Bagi saya inilah antara bentuk luahan yang ditunjukkan oleh rakyat kepada kerajaan. Luahan tidak puas hati. Bagi pihak kerajaan pula janganlah pandang negetif. Siapa yang inginkan kekacauan berlaku kalau tidak ada sebabnya mestilah ada sebab rakyat bangkit untuk berdemontrasi.


Kerajaan tak bagi rakyat lesen untuk berdemontrasi malah melarang sama sekali, cuba bagi dan suruh buat secara aman. Tak de masalah la bagi saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...