-

Thursday, November 12, 2009

pergi tengok2 tempat nak buat Kem Smart Hafiz

Petang semalam saya dengan 2 orang member satu jabatan kena buat kunjungan tak rasmi kat tapak kem di kuang, Sungai Buloh.

Maka dengan rela hati ( bukan dipaksa!) kami bertiga pun pergilah.

Kawasan menarik. Dikelilingi hutan, tenang tak sibuk. Dilengkapi dengan kolam ikan, kebun durian, rambutan dan buah naga.

Sedang kami ronda2 tu. Adelah sorang pekerja bagi salam. Kami jawab sambil tersenyum.

Sempat kami berborak dengan pekerja tu. Orang panggil dia pak Mahmood. Dialah orang yg bertanggungjawab handel sume projek nak buat tapak kem.

Di sini, saya sempat postkan beberapa keping gambar.....




Ha.. nampak kat belakang tu salah sebuah rumah. Pak mahmood kate rumah tu di bawa dari palembang.




Tapi masalahnya tanah kat depan tu nampak becak!! Orang kelantan sebut 'Lencos'. Apabila tanah lencos akan menyukarkan aktiviti bersukan nanti. Don't worry ah..jalan je tampat yg depan sana boleh.




Ambik gambar ni dari arah salah satu tangga surau yg sedang dalam pembinaan 80% agaknya dah siap....

Rasanya ok la tempat ni kalau nak buat program. Sebagai contoh program yg akan kami buat nanti.

1 comment:

hamdan said...

nak mai ni malah sebenarnya tapi kena mai jugak hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...