-

Thursday, November 12, 2009

Menangis

Harraz menangis....

Sukala abi tengok harraz menangis. Menangis la harraz kerana tak de lagi kerja yg sesuai buat harraz utk masa ini.

Menangis, hisap susu,tidur dan bangun dengan melihat alam maya yg belum di set up lagi apakah natijah hasil dari penglihatan terebut.

Menangis dikala ibu dan bapa ketawa. Manakala akan tiba satu saat di mana kami menangis dan pastikan engkau ketawa.




Umur 2 hari....




2 minggu...




sebulan dah...

Abi suka sangat kalau melihat harraz menangis.......tu dia tidur.

Kita yg ada perasaan dan hati perut ni memang tak boleh sikit pun anak kita dalam keadaan tak selesa. Tapi yg pelik mengapa ada manusia yg tak de hati dan perut ni!!! malahan ada yg sanggup membunuh anak sendiri. Aiii..

Kenapa anak2 kecil yg masih berkulit mulus, merah dan lembut mereka sanggup letak dalam tong sampah dan tempat yg memang tidak sepatutnya bagi insan baru.

Ya Allah, zaman jahiliah mereka tak mahu menerima anak perempuan dengan tanam hidup2.

Akan tetapi zaman sekarang lebih daripada itu lagi! Tidak kira anak lelaki maupun perempuan semua dibuangnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...