Sekali imbas kata-kata adat perpatih dahulu kala ‘Biar mati anak jangan mati adat’ memang benar-benar terlaksana sekarang ini.
Jika diselitkan asal usul adat perpatih yang berasal dari Minangkabau, Sumatera. Diasaskan oleh pemimpin minang yang bernama Sultan balun akan tetapi gelarannya ialah Dato’ Perpatih Nan Sebatang.
Inilah adat yang masih terjaga, di jaga dan di gengam kuat seolah takkan biarkan ia terlepas walaupun sedikit lebih lagi dikalangan warga yang menetap di ceruk kampung.
Adat dianggap menjadi sebahagian daripada hidup mereka lebih malang lagi adat di ambil berat lebih daripada yang sepatutnya iaitu ‘Agama Islam’. Seandainya adat tidak dilaksanakan maka akan turun mala petaka. Itu kepercayaan mereka.
Sebagai contoh:
1) Anak perempuan tidak dibenarkan kahwin sekiranya kakaknya belum berkahwin.Ini adat. Sedangkan dalam agama sekiranya sudah cukup syarat maratnya maka boleh berkahwin tidak timbul soal adik tak boleh kahwin sekiranya kakak belum kahwin.
2) Pengalaman aku sendiri. Semasa aku adakan sedikit kenduri bercukur anak pertama. Sebelum majlis bapa mertua aku mengarahkan aku supaya dapatkan pasir masjid. Maknanya aku kena pergi ke masjid dan ambik pasir.
Dalam kepala otak aku nak buat apa pula dengan pasir tu. Lalu aku pun bertanyalah kepada isteri aku dia jawab.
Apabila masa nak bercukur nanti letakkan kaki anak ke atas pasir tersebut biar anak kita jadi seorang yang rajin ke masjid. Ooo..macam tu.
Masa tu aku no komen. Lepas majlis tersebut baru aku komen kepada isteri ku apa yang sebenarnya.
3) ‘Pelepas’ untuk orang perempuan yang baru lepas pantang. Ni anak kau dah buat ‘pelapas’ ke belum. Maknanya si pulan kena panggil mak bidan dan adakan sedikit acara ‘pelapas’.
Kalau nak terangkan apa maknanya ‘pelepas’ ni. Orang kampung memahaminya dengan kita melapaskan semacam satu ikatan antara si ibu dengan alam ketika pantang. Entahlah apa benda yang ingin dilepaskan itu.
Antara contoh yang ringkas.
Kembali kepada point yang aku ingin utarakan di ketika ini ialah ramai anak-anak kecil sudah menjadi mangsa si ibu yang muka manusia akan tetapi sebenarnya mukanya ialah syaitan.
Penat dah buat projek mega dengan pasangannya kemudian didapati mengandung. Hah sudah mana aku nak buat dengan ‘baby’ dalam kandungan ku ini. Mula naik bengong dah.
Otak semakin senget di tendang dek nafsu yang gila. Buang ajelah!!
Anak yang dia dok kandung 9 bulan tu nak dibuangnya. Tak ke gila namanya tu.
Itu lah adat kaum kerabat masing-masing berpakat ingin jaga akan tetapi anak dara mereka tak ambik hirau.
2 comments:
tu adat pelepas ke? buang anak yg dikandung 9 bulan? :D
bukan adat ni bagi yng sudah melahirkan baby
Post a Comment