Monday, January 4, 2010

Bernasib baik

Hari jumaat yang lepas adik ipar aku telah berkujung ke rumah aku di klang.

Namum, semasa dia dalam perjalanan ke sini ada perkara baru yang dia telah pelajari.

Kena pastikan apabila kita hendak ke satu tempat, adakah memang benar tempat yang kita hendak tuju itu memang tempatnya atau tampat yang lain.

Di tambah pula kita baru pertama kali ingin datang ke sesuatu itu tentulah keadaan tempatnya tiada lagi dalam gambaran pemikiran.

Ceritanya beginila lebih kurang....

Tut tut tut..tepon aku berbunyi. Aku dah agak ni dah mesti mat jemim yang tepon. “Mat jemim” nama glamour adik ipar aku nama ic nya ialah Mohd Suhaimi.

Waktu tu lebih kurang jam 6 petang.

Setengah jam sebelum itu si mat jemim ni dah tepon wife aku kakak dia yang dia sudah sampai di greenwood.

Aik pelik. Takkan dah sampai klang sentral baru setengah jam dari greenwood. Naik bas ke naik kapal terbang budak ni. Fikir aku.

Ye ke. Aku beritahu wife aku itu tak mungkin. Tersilap turun dah ni. Lebih-lebih lagi mat jemim ada cakap yang tempat dia turun itu ada nampak bangunan tinggi-tinggi kat kawasan luar stesyen bas berkenaan.

Aku makin pelik. Memang hakikat kat klang mana la ada bangunan yang tinggi-tinggi kalau tangki air syabas ada la yang nampak sedikit tinggi.

Beberapa saat ketika bunyi tepon. Aku terus jawab “hah mim kat ner”.

Dia jawab “ Silap turun dah ni abg de”.

“Ooo..ye ke tak pe relaks je, gini mim pergi dekat kaunter sani express tanya dia kot2 ada lagi bas yang akan ke klang, mim minta tumpang kerana tersilap turun” Aku terangkan dia supaya tidak gelabah. Dah sah memang dia silap turun di hentian putra.

Kalau aku kena pergi ambik alahai jauh la pulak.:(

“Ok apa2 nanti mim tepon semula” Dia terus matikan tepon.

Minta2 bas tu ada. Kepingin aku nih sih...

Selang 10 minit dia tepon semula bas ada. Alhamdulillah lega hati aku apabila dengar dia dah dapat naik bas untuk ke sini.

Itu lah pengajaran untuk adik ipar aku. Jangan takut untuk bertanya kalau dah bertanya tu pastikan betul2 orang yang ditanya itu ok ke tak pendengaran dia.

2 comments:

Khairi said...

mat jemim saloh turun mano tuh tok royak pung hahaha.

bhai said...

dah edit dah, dio silap turun di hentian putra

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...