-

Friday, January 22, 2010

Adobe Kedaigambar




Adobe photoshop, nak kata susah tak la susah sangat nak guna software ini. Akan tetapi semalam jadual tetap untuk aku memang dan tak akan atau dapat diubahkan lagi. Aku kena present tazkirah pada hari khamis kelmarin.

So, perkara pokok membaca sudah semestinya tetapi satu perkara lagi iaitu powerpoint aku macam mana don.

Aku mesti buat yang terbaik...ehmm! Setakat yang aku mampu, ke guane kalau dah tak mampu apa nak di ‘tonyoh’ lagi tak yah la. Rileks je. Minta bantuan -rescues 911- bantuan orang lain ler dah tau tak leh buat.

Powerpoint boleh aku geladah sikit2 nak kata pandai sangat tu jauh sekali tapi faham la macam mana nak mengeksploitasi software itu.

Pendekkan cerita....

Aku nak edit imej menggunakan photoshop untuk muatkan dalam powerpoint. Tapi untuk hilangkan background imej tersebut tak boleh. Aik!..nak buat guane nie, garu kepala semetar aku.

Memangla kat photoshop tu aku dah delete ‘sampai licin’ dah background imej dia tapi masa aku drag imej tu masuk dalam powerpoint background tetap ada.

Haii... ini tak boleh jadi aku kena cari jalan penyelesaiannya kalu tak memang tak jadi molek la powerpoint aku maknanya apa yg aku dah rangka kan tak akan jadi.

Kalau background tak boleh nak delete ketika copy imej ke powerpoint dan kaler background pula tak sama. So, untuk seting animasi maka tak akan jadi cantik dan menarik.

Tanpa melengahkan masa, aku pun call member aku yg kerja bhg design. Aku pun pergi jumpa dia.

Aku pun bla2 la kat dia cerita pasal masalah aku nie. Aku rasa dia faham walaupun kadang2 nampak muka dia sedikit menyengit.

“Ooo..pasal tu! Eh tak boleh ke tapi aku cuba dulu k. Jangan sedih la ye”. Dia cakap kat aku.

Tengah dia dok settlekan masalah aku rupa2nya dia tak boleh jugak hehehe...dia cakap “ Eh Dan ( Dan panggilan nama samaran aku) aku tak ingat dah macam mana nak buat”

Pendek kan cerita lagi..

Akhirnya aku jumpa Along. Nama samaran. Orangnya suka gelak dan sentiasa ceria. Kerja bhg design jugak . Alhamdulillah Along boleh settlekan my problem.

Dia cakap caranya begini.

Lepas kau bukak imej dalam photoshop macam biasa kau buang background dia dulu kemudian kau jadikan imej tu biar dia berklip2 orang panggil apa ah aku pun tak tau bahasanye apa dia.
Maknanya kita pilih imej kita tu untuk membuang backgroundnye.

Pastu bukak path kat window dan bukak ‘make work path’.

Dan save path tu last sekali clipping path.

Then, masa nak save as imej tu pastikan programnye ialahphotoshop EPS’

Maka dapatla aku settlekan masalah aku. Sukanya aku:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...