-

Tuesday, May 24, 2011

Jadikan ia hasil anda (khat murabba’)

Mohd Hamdan Bin Mohamad (khat Murabba').

Tidaklah rumit sahabat, semua boleh tulis, tulis nama sahabat masing2 dalam bentuk khat murabba’.

Sebagai contoh nama saya MOHD HAMDAN BIN MOHAMAD saya telah hasilkan dalam bentuk khat murabba’.

Sebelum itu sahabat mesti tukar nama rumi kepada nama jawi terlebih dahulu dan pastikan ejaan jawinya betul.

محــمد حمدان بن محــمد

Contoh ejaan jawi nama saya.

Seterusnya, peringkat ini sahabat semua kena kreatif dan berinovasi. Jika tidak utk menghasilkan sesuatu karya akan menyebabkan masa yang lama. Ye la makan masa kerana asyik dok fikir “aku mahu buat macam mana ni…dah la nak eja nama jawi pun tak berapa reti bukan tak tau ye tapi tak reti lain tu”. Benda setengah jam boleh siap ini kan sampai 2 hari, tak pun 2 minggu lamanya alamak....!! Tepuk dahi ler.

Peringkat membuat lakaran ialah menggunakan kertas buku graf.

Tengok contoh dalam gambar saya telah membuat lakaran nama saya, Bismillah dan Assalamualaikum. Semasa buat lakaran yang penting perah otak sikit untuk menyusun setiap huruf di samping syarat menyusun mesti betul dan tepat. Jangan tunggang langgang.




Aksi perah otak biasa le, jeling ke arah syiling. Buat jelingan menggoda. Tengok kipas berpusing, gigit hujung pen silap haribulan pen digigitnya lekat bekas gigiii!! Eee tabiat tak berapa baik. Terasa ke…iya la siapa makan lada akan terasa pedas.



Contohnya lagi saya melakar surah Al-Fatihah. Makan masa juga mahu siapkan jika melibatkan ayat yg panjang.

Okay, siap semua lakaran bukak photoshop. Kita akan pindahkan lakaran tersebut menerusi photoshop. CS5 ke CS4 ke CS3 ke sama boleh buat sume.


Bukak macam biasa. Kemudian size dia dalam 20x25 inches gitu.


Jadi mula lah melakar.


Perhatikan contoh gambar yang saya buat.

Step by step.

Dalam melakar ingat terlebih dahulu syarat yang perlu dipatuhi. Syarat melukis dalam khat murabba’. Pertama pastikan bilangan petak dalam keadaan ganjil.

Kemudian kedua, mulakan lakaran huruf daripada aras tapak. Jangan kut atas atau bawah. Lain kalu sudah siap kita rotate itu lain cerita.

Ambik rectangle tool kemudian buatla ikut arah grid dan bilang petak pada lakaran kertas berapa jumlah setiap petak. Bilangan petak mesti 13, 15,17 iaitu ganjil kalau 12, 14 genap maka salah kena sapu smula.


Akhir buang grid dan lihat hasilnya bagaimana.

Dan letak kaler mengikut sahabat suka kaler apa.

Hasil kreatif sahabat banyak benda sahabat boleh buat, contoh:

1. Letak di blog sebagai tanda itu blog kita yg islamik.
2. Jadikan stiker dan tampal pada cermin kete. Sbb itu nama kita orang lain tak reti nak baca.
3. Design pada t-shirt.
4. Jadikan logo bisnes atau syarikat. Ye maybe planing mahu buka syarikat dan inilah antara contoh logo yg berinovasi.

Atau sahabat ingin saya hasilkan saya boleh cuba, boleh contact fon saya. Bagi nama dan saya buat.

10 comments:

Cik giRang said...

salam..
jenjalan sini..teringin nak blaja khat ni..tp xde kesempatan..

kufi murabba' ni mmg sgt unik kan..boleh kan kalu nak guna as an encryption code utk smpaikan maklumat rahsia..? mesti ramai yg x dpt decrpt balik maklumat tu :)

Mhamdan said...

ye cik girang betul boleh buat..

genghijau said...

Kalu nama soleh bin ramli mcm mn bntuknya

Sadiqah said...

buatkan nama saya boleh?

Nur Sadiqah Mohd Desa

Unknown said...

boleh tlg buatkn nama saya.

Unknown said...

boleh tlg buatkn nama saya.

Unknown said...

Im from group pk niaga

Unknown said...

Teruskan dengan usaha di dalam seni penulisan khat.semoga ianya membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Asmadie Anuar said...

Assalamualaikum tuan..bleh tolong buatkan khufi murabbah utk sy tak.. bleh wassap sy pada no ni 0194776192.. kalau tak keberatan

an-nisa said...

assalamualaikum.....boleh x klu tunjuk ajar skit jarak huruf ke satu huruf tu macam mana...klu main hentam je bentuk atau silap pusing boleh salah atau rosak ke khat ni...??saya mmg minat tp x dek asas......takut jugak nk try buat yg dlm bentuk square punya...takut lain pulak jadinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...