Friday, May 21, 2010

Penangan Si ‘TUA’.

Apa khabar cu semua. Atuk memang dah tua sangat. Kulit muka dulunye tegang sekarang dah kerempok berkedut seribu. Kalau si semut sesat di muka atuk pasti lelah dia naik turun naik turun di kedutan. Puihh…kesian si semut.

Atuk sehari-hari termenung mengenangkan masa lampau seolah-olah begitu cepat berlalu.

Kini atuk tak larat sudah. Aduihh…ingin ke toilet padahal kat bilik sebelah pun tak larat.

Kecuali ada bantuan.

Kepala pula asyik berdenyut nyut nyuutt..Alam kelihatan terhuyung-hayan berpusing-pusing tidak keruan atuk dibuatnya.

Cu, atuk ingin solat biar penuh lima waktu setiap hari tapi dalam keadaan berlunjur. Tidak bisa solat berdiri.

Cu, atuk teringin sangat berpuasa penuh sebulan. Tanpa cacat walaupun sehari.

Setiap detik, hati atuk terkenangkan nasib atuk nanti. Bagaimanakah keadaan atuk di saat kematian. Atuk takut sangat. Takuuuttt.

Atuk terlalai dengan dunia. Atuk dulu cu:

1. Memang suka sangat ber Facebook sampai lalai melaksanakan tugas di pejabat dengan baik. Bos marah!. Atuk tidak amanah.

2. Main bola boleh tapi atuk suka sangat sehingga waktu mahgrib asyik lewat je solat. Kadang-kadang tinggal solat.

3. Suka kacau anak dara orang…sampai satu tahap %*&^*$## ..Ya Allah atuk menyesal sangat.

4. Apabila makan lantak apa yg ada tak kira halal atau haram. Atuk tak pedulikan itu semua cu. Mengapa atuk jadi begini cu MENGAPAAA!!!.

5. Atuk merokok..Ha perkara ni cu kena dengar betul-betul. Sepanjang atuk merokok atuk rasa satu faedah pun tak dapat dilahirkan daripada MEROKOK. Membazir ada la…

6. Mak ayah atuk tak kisah nasihat mereka. Atuk tak dengar…

7. Atuk cuaikan tanggungjawab sebagai suami. Atuk pernah melempang isteri atuk. Atuk sepak terajang. Anak-anak atuk hiraukan. Sbb itulah atuk keseorangan sekarang. Tapi dalam lubuk hati atuk terasa sangat. Pengorbanan isteri atuk. Dia yg kandungkan anak-anak atuk. Dia jaga dan didik. Tapi atuk tidak menghargai pengorbanannya.

Bolehkah atuk ingin kembali kepangkal jalan…dah terlambat kan atuk. Atuk menyesal sangat-sangat…cu jangan lah jadi macam atuk ni.. Ye cu.


Inilah atuk (gambar hiasan)

p/s: cerita rekaan semata-mata

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...