-

Saturday, May 22, 2010

Filem hantu telah meningkat di Malaysia


Apakah faktor nye ni. Hari2 tengok hantu hari2 tengok hantu. Dah macam hantu kat Negara kita semakin bertambah.

Daripada filem sumpah pontianak 1958 seingat saya hinggalah drama yg baru sahaja menutup tirainya, Penunggu gunung raya.

Kalau list dengan terperinci bermula daripada tahun 50 an lagi memang banyak filem hantu yg dihasilkan.

Suka benar ye tengok filem hantu. Kenapa ye…Ke kerana si hantu dalam cerita penunggu gunung raya sebagai contoh dia bercakap macam robot. “ Sembah aku” hantu cakap ke tok awang.

Ke kerana muka hantu tu yg hodoh sangat.

Sampai menarik minat kita utk menyaksikannya. Nak cerita pasal hantu ni, budak2 sekarang kat Negara kita dah semakin terpengaruh.

Sebagai contoh berlaku kepada anak saudara saya sendiri ketika dia berada dalam bilik asrama sekolah.

Nak jadi cerita maklumla anak saudara saya ni lurus sikit orangnya. Tak lah nakal dan buas. Dia baru di tingkatan 1.

Rasanya waktu pagi ‘ Kenakalan’ member2 dia ini berlaku 3 minggu lepas. Ada seorang kawan dia bagitau kat Izhan(nama anak saudara) “ Izhan..izhan… kau pegi mana ha dari tadi aku cari kau” Tanya si kawan nya.

“Kenapa apa sal cari aku”

“Tak lah..ada hal la tu” Jawab kawannya selamba, yg member2 lain ada dok menanti dengan penuh debaran kat beranda luar apa reaksi izhan lepas ni.

“ Kunci kau jatuh kat bawah katil, aku tengok” Dia terus bagitau.
Ye ke” Izhan dengan muka serius.

“ Kat mana?”

“ Bawah tu ambik la sendiri”

Kawan2 yg lain nampak dah air muka nak gelak. Tapi mereka tahan.

Izhan apa lagi terus je dia turunkan mukanye untuk jengok ke bawah katil. Sebaik sahaja penglihatan anak mata sampai ke bawah katil, Mak Oii terperanjat dia melihat sekujur badan berbalut putih macam mayat.

Izhan pun terus meloncat sambil menjerit HAAANNTUUUU!!!

Gelak kawan2nya…hahaa….

Keesokkan harinya Izhan demam. Emaknya terus pegi ambik kat sekolah untuk di hantar ke klinik.

Ha tengokla betapa terpengaruh budak2 sekarang akibat terlalu melayan kerenah hantu Malaysia kat TV.

p/s: kawan dia menyamar hantu dia ambik kain cadar yg warna putih dan dibalutnya tubuh. Diaorang berpakat kau hantu pocong dok diam2 bawah katil. Eeee teruk betul perangai budak2 leni.

3 comments:

ardinihumaira said...

apa yang kat bawah katil tu sebenarnya.. huhu.. 4 5x dni baca. kawan dia nyamar eh?


budak skang memang terpengaruh ngan hantu je.. bukan sebab nak temgok sangat pon. kadang2 sebab iklan cite hantu terselit kat antara cite2 atau katun diorang duk tonton... terus la asik terbayang hantu je.. kain batik pon disangka hantu merangkak. hehe

hamdan said...

ye kawan dia menyamar...ooo ye kena edit ni nati pmbaca tak faham

uj said...

hmmm itulah kan...budak budak nanti takutkan hantu setan lebih dari takutkan tuhan....hmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...