Friday, May 7, 2010

Rumitnya keje ini

Allahuakbar! Allah Maha Besar yg menurunkan kitab yakni kitab Al-Quran sebagai panduan hidup manusia menuju kebenaran. Namun, dalam keadaan manusia yg sempurna pancaindera dan waras pemikiran masih terdapat golongan yg tidak mampu atau memang tidak mahu untuk menerima panduan kebenaran tersebut.

Akibatnya kehidupan yg bakal dihadapi kelak mereka sendiri akan mengetahui dan menanggungnya. Baik atau buruk.

Saudara sekelian, kitab Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Baginda s.a.w. melalui malaikat Jibril a.s. berperingkat berdasarkan peristiwa yg berlaku pada zaman kehidupan Baginda s.a.w.

Di sana tidak dapat dinafikan pelbagai usaha para penentang Allah untuk menghapuskan mukjizat Al-Quran tetapi gagal. Ini janji Allah!. Al-Quran akan kekal terjaga sampai hari qiamat.

Di samping itu, sehingga kini penelitian terhadap usaha utk menjaga Al-Quran diteruskan oleh pelbagai pihak. Pihak kerajaan Islam baik dan pihak swasta Islam baik. Tidak ketinggalan juga Negara kita sendiri.

Ruang waktu yg seciput ini mari kita berkongsi waktu ketika saya ditugaskan oleh majikan saya utk melaksanakan tugas di kilang percetakan untuk mencetak Al-Quran.

Dengar pergi ke kilang memang mudah tapi perlaksanaan tugas tersebut hanya Allah yg tahu betapa besarnya tanggungjawab yg perlu di pikul. Kenapa tidaknya…nak cetak berpuluh2 ribu Al-Quran. Satu kesilapan pada ayat Al-Quran akan terbit berpuluh2 ribu kesilapan cuba bayangkan…



peringkat checkup ozalid




Kemudian kena pastikan tiada kesalahan pada plate Quran tersebut.



Ni dalam bilik control mesin....

Sekali mesin cetak beroperasi...berpuluh2 ribu cetakan akan dihasilkan.


p/s: Semoga usaha kami ini Allah tidak sia2kan.Aminnn.

3 comments:

Lepat Pisang said...

Salam singgah
Thannz sudi lawat blog lepat..
Hm,sungguh besar pengorbanan dan tugasan saudara dalam menegakkan Islam di Malaysia ini.Bukan tugas yg mudah bila nak terbitkan dan cetakkan alquran ni..Semoga saudara terus tekun melaksanakan tanggungjwb dengan ikhlas dan sabar..

Mhamdan said...

time kasih bebanyak lepat...

oyenks said...

wah, pengalaman yang amat menarik! hope to get that experience one day :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...