Thursday, September 30, 2010

Hari-hari seumpama panah

Gambar hiasan

Ada ucapan seorang hukama’ “ Hari-hari adalah panah, manusia sebagai sasarannya. Masa yang berlalu seolah-olah memancarkan kilatan panah di waktu siang maupun malam. Menyebabkan badanmu hancur berkecai. Bagaimana akan kekal lagi keselamatan ke atas dirimu dan tentulah setiap hari kamu akan menjerit-jerit kesakitan. Akan tetapi kelazatan dunia menyebabkan mu tidak merasa apa-apa…Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang benar”.


Di sana kita dapat melihat betapa agungnya Allah s.w.t. mencipta setiap kehidupan dengan penuh teliti tiada cacat dan cela. Manusia ada dua pasang mata boleh melihat. Jika Allah tarik nikmat mata sikit maka bercermin matala kita. Kerana ingin melihat dengan jelas. Sekiranya tidak memakai cermin mata penglihatan kita akan kabur bab kabus di pagi hari.


Allah hadiahkan sepasang telinga maka boleh kita mendengar. Mendengar orang bercakap, muzik, bunyi bising, guruh dan sebagainya. Alhamdulillah kita dapat mendengar!. Pendek kata banyak sungguh nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. Sekiranya kita ingin menghitung tidak akan mampu.


Benar apa yang Allah nyatakan dalam A-Quran yang bermaksud “ Sesungguhnya kami jadikan manusia dalam keadaan yang sempurna”.


Sempurna zahir dan batin. Walaupun begitu, terdapat golongan manusia yang tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka diciptakan oleh Allah dalam keadaan yang sempurna. Mereka ubah ciptaan mereka. Perempuan ubah jadi lelaki. Lelaki pulak ubah jadi perempuan. Sewel habis jadinya. Sampaikan kita sendiri menjadi sewel. Kenapa tidaknya!


Kita pergi solat jumaat. Tok imam angkat takbir “AllahuAkbarr”. Tiba-tiba dihadapan saf kita seorang berambut panjang berwarna merah lagi. Kulit putih melepak. Eh perempuan ke datang solat jumaat ni. Pening sejenak. Kadang-kadang keluar kebandar kuala lumpur. Kelihatan sekelompok perempuan berdekah-dekah ketawa. Riang sungguh nampak. Tertengok betis berbulu macam lelaki. Suaranya pun garau macam bapak harimau. Perempuan ke laki.


Pening kepala kita. Yang kafir lantak diorang la nak buat apapun ni yang beragama islam. Mak ayah islam. Ketika lahir kot-kot ayah mereka tak azankan. Sebab tu anak-anak mereka jadi sewel Nau’zubillah. Semoga Allah jauhkan daripada keluarga kita. Simpati kadang-kdang kita melihat golongan semacam ini. Mereka bukannya nak pilih jalan tersebut akan tetapi tiada didikan dan teguran dari awal kehidupan mereka menyebabkan mereka hanyut oleh ajakan member mereka yang sudah sewel.


Itu satu kerenah manusia yang tak pandai bersyukur terhadap nikmat Allah. Banyak lagi entah apa-apa manusia apabila tidak ada undang-undang kehidupan. Tiada batasan. Mereka hidup ikut suka. Mereka nak toreh telinga bagi panjang sikit jadi macam telingan drakula. Cucuk hidung dengan besi. Bedah situ bedah sini. Sehinggakan muka yg asal dah lenyap.


Kita yg masih waras jaga elok generasi agar menjadi yg berguna kepada agama yg paling penting dan seterusnya kepada masyarakat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...