Monday, October 25, 2010

Fahami isteri

Kadang-kadang kita memandang remeh, jelek atau rendah memang terlalu rendah terhadap perasaan seorang isteri. Sekiranya kita dah berumah tangga. Isteri kita le jangan dok kait isteri orang lain pulak. Sekadar ingin bercakap atau berbincang soal ini seolah-olah tiada faedah atau membuang masa sahaja. Lebih dasyat lagi tak de mood langsung. Akan tetapi, di sana kita mungkin tidak menyedari hakikat sebenar menjaga perasaan isteri amatlah besar tugas bagi kita sebagai suami.

Isteri pulak setinggi mana pun level pelajaran isteri tetap isteri. Ada tanggungjawab terhadap suami. Pendek kata, apakah dengan level si isteri yang berpelajaran yang tinggi itu boleh menghalalkan dia untuk tidak taat kepada suami. Mana boleh jauh sama sekali!. Syariat Islam menegaskan isteri mesti taat kepada suami selama mana dia tidak menyuruh membuat maksiat kepada Allah. Ini masalah isteri.

Sebagaimana mafhum hadis Nabi s.a.w. “Tidak ada ketaatan bagi suruhan maksiat kepada Allah s.w.t.”

Manakala suami pulak kena faham bukan bermakna kita sebagai ketua keluarga kita boleh membuat apa saja. Kita ketua kan ada “power”. Nak marah isteri tak tentu masa, tak tentu ketika, main hentam je. Isteri mana tak sedih. Mestilah dia merasa tersangat sedih. Hatinya hancur lebur berkecai. Hilang terus memori lafaz “ I love u sayang…” yang mungkin diucapkan dahulu yang terpahat sekian lama. Kita mungkin menganggap masalah ini perkara biasa atau itu masalah kecil. Itu kita punya tanggapan.

Teringat saya satu peristiwa bagaimana Nabi s.a.w. ketika baginda bersiar-siar dengan siti Aisyah pada waktu petang. Semasa berjalan pulang Siti Aisyah terdengar suara muzik pancaragam kedengaran dari satu tempat yang dilingkungi pagar yang agak tinggi. Sebagai seorang yang masih remaja dia teringin sangat untuk melihat apakah yang sedang berlaku di dalam kawasan tersebut.

Dia cuba melompat untuk melihat di tepi pagar acara apakah yang sedang berlangsung. Pada masa tersebut Nabi sama sekali tidak melarang Siti Aisyah. “Tak usah tengoklah” Nabi tak kata begitu. Malah Baginda sendiri tolong mengangkat dengan memegang badan Aisyah agar beliau dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku. Hanya untuk melihat bukan pergi masuk sekali dalam pancaragam tersebut. Itu cara yang terbaik untuk menjaga hati si isteri supaya tidak mudah merajuk.

Lihat bagaimana sifat seorang manusia yang agung seorang Nabi pandai menjaga hati isteri yang masih berjiwa keanak-anakkan. Kita cuba ambil contoh dan praktikkan. Jangan terus mengahalang apa saja kemahuan jiwa isteri. Fikir dahulu kesannya.

Kadang-kadang kita rasa berat sangat untuk mempraktikkannya. Bukan kita tak tau. Kita tau tapi entah mengapa mungkin disebabkan perangai ego kita terlalu tebal. Ditambah lagi perangai pulak macam budak-budak. Kena marah sikit merajuk. Tak ikut apa yang dia nak merajuk. Asyik merajuk je yang dia pandai.Suami mana yang tahan dengan kerenah isteri macam ni. Walaupun demikian kita positifkan fikiran kita. Kita layan je setakat yang mampu. Isteri kita sejenis manusia kan kalau jenis orang bunian ke lain ler ceritanya pulak.

Ada satu majlis ilmu teringat saya kepada ucapan seorang ustaz yang mengajar dia membahaskan mengenai makna sebenar “Hikmah”. Sebab hikmah berkait rapat dengan uslub untuk bercakap atau memberitahu sesuatu kepada seseorang. Dia membawa pandangan ulama’ antaranya:

1. Sayyid Qutb :Hikmah adalah kesan pendidikan daripada Al-Quran iaitu kemampuan meletakkan segala urusan hidup di tempat yang benar.

2. Luqman Al Hakim: Hikmah merupakan sesuatu yang diperolehi dengan duduk bersama-sama orang yang saleh. Sebagaimana dia mewasiatkan anaknya “ Wahai anakku duduklah bersama orang yang saleh dengan bersila di depan mereka. Kerana Allah menghidupkan hati kamu dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi yg tandus”.

3. Imam Bukhari: Ilmu merupakan wasilah dan HIKMAH adalah kesan daripada wasilah tersebut.

4. Ibnu Hajar Rahimahullah: Segala yang menghalangi daripada kebodohan dan mencegah daripada sifat keji.

Kesimpulan yang dapat kita ambil yang paling penting sekali kita kena menghikmahkan diri kita. Anggap isteri sebagai “King of the world’ tapi jangan lebih-lebih pulak. Apa bini nak buat je. Itu tak boleh nanti jadi lain pulak. Ape pun masing-masing kena buat yang terbaik. Baik isteri baik suami.

2 comments:

Khairi said...

xlarat dah. jd blur dan hidup tanpa perasaan. lama dah.

Mhamdan said...

nak buat guane..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...