Tuesday, September 21, 2010

Akibat lama cuti

Dalam perjuangan mana boleh ada istilah ‘Cuti’. Perjuangan berterusan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud : Jihad/perjuangan berterusan sehingga hari qiamah.

Perjuangan memang berterusan akan tetapi dunia pekerjaan telah meletakkan cuti pada kadar yg telah ditetapkan. Maka saya antara jutaan rakyat yg bekerja terpaksa mencutikan diri daripada melakukan kerja-kerja yang rasmi. Kerja cari duit.

Tapi di sana kerja perjuangan jangan menggatai pulak nak cuti. Tok imam kat kg cuti. Habis jemaah bertaburan masing-masing tolak sama-sama jahil. Engkau la naik..ahh engkau la naik jadi imam. Arr..aku tak boleh eee…

Jangan pulak jadi macam dalam video yg imam urgent. Jadi imam bidang terjun. Pergi je surau orang suruh jadi imam. Walhal dia sepatah haram nak semayan pun tak reti.

Semayan subuh pulak…tiba saat untuk baca qunut. Dia tak boleh baca apa lagi baca je la apa yg tau QUUUNUUUUTTTTTTTT…….kelam kabut jadinye makmun kat belakang. Subhanallah!!. Sebagai contoh.

Pendek cerita bercutilah saya untuk pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri baru-baru ini. Hari Raya dah berlalu namun kehangatannya masih terasa.

Dengan ada ‘open house’ atau jemputan Aidilfitri mengekalkan lagi kehangantan tersebut. Cuti lama2 boring jugak.

So, jadual cuti saya dah berakhir dengan bermusafir ke penang dengan bas. Seorang diri(tanpa ahli keluarga). Teman ada bukan tak de penuh satu bas. Nampaknya para2 student ramai yang ingin kembali ke kampus.

Beraya sakan nampaknye dari penang balik ke klang dengan kereta bersama adik2. Masa kami kembali Alhamdulillah jalan raya ok clear tak jem. Cuma ada satu tempat rasenye lepas daripada area bukit merah jalan highway jem sekejap. Saya dah agak jem ada excident la ni kot. Apa jangkaan saya tepat.

3 buah sekali excident. Atos tersadai tepi jalan exora terbabas dalam parit dan sebuah lagi tak pasti kereta wira agaknya.

Tengokkan excident risau kita dibuatnya. Mintak dijauhkan Allah. Aminnn.

Tiba satu saat sampaila saya di rumah setelah 2 minggu meninggalkannya. Kesian kat rumah tiada siapa yg jaga nasib baik ada jiran sebelah yg tolong tengok-tengokkan.


Keesokkan harinya aduhh..beratnye rasa nak keluar pegi keje dah lama tinggal. Aduhhh...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...