-

Monday, May 23, 2011

Mana senang mengajar: Tua/budak.



Kelas malam.

Kanak-kanak dalam 7 dan 8 tahun ada kerenah. Begitu juga orang tua 70 dan 80 tahun ada kerenah juga. Dalam aspek pendidikan, sebagai contoh mengajar Al-Quran. Bagaimana mahu mengajar kanak-kanak dan bagaimana pula mahu mengajar kanak-kanak tua. Tentu beza amat jauh skali.

Kanak-kanak kita semua maklum memang terlalu banyak karenah. Baik karenah menyakitkan hati begitu juga dengan karenah menyenangkan hati. Rasa saya karenah yg ke 2 tu kurang skit kot.

Melompat, berlari, kejar mengejar, panjat dinding silap haribulan jatuh terguling. Lalu menangis. Biasa le budak-budak kan kan.

Tapi takkan kanak-kanak 70-80 an mahu melompat, berlari dan kejar mengejar juga sama macam kanak-kanak tadi. Nanti bukan jatuh terguling tapi terjatuh gigi palsunyee. Opss! Terlepas cakap.

Selama pemerhatian semenjak keterlibatan saya dalam bidang pendidikan. Pendidikan kanak-kanak baik dan orang tua baik.

Kanak-kanak diorang punya perangai jangan dilarang kalau dia tidak mahu dengar cakap. Marah ooo jangan skali. Bagitau dia “adik kalau jatuh ust marah…”. Cakap dengan suara biasa jangan tengking pulak nanti terperanjat budak tu. Silap haribulan kojoi…terbeliak biji mata.

Itu je. Sebab zaman kanak-kanak merupakan zaman “merdeka”. Diorang fikir macam tu.

Manakala mengajar orang tua mengaji Al-Quran pula ada karenahnya juga. Kebanyakkan karenah mereka mencuit hati. Rasa mahu gelakkk!!! Hah hah hah. Rasa mahu gelak bukan sudah gelak ye jangan silap faham. Mana boleh gelakkan orang lebih-lebih lagi orang berumur daripada kita. Jangan!.

Ye la…ada satu masa saya mengajar seorg pakcik umur dalam 60 lebih. Sebaik dia baca Bissmillah..dengar macam bacaan seorang qari yang memang power. Ya Allah dalam hati saya terdetik. Biar betul pakcik ni.

Tapi lepas je mula ayat surah panjang. Tersangkut-sangkut la pulak macam speedboat kehabisan minyak.

Terdetik pula dalam hati saya “Ya Allah” pakcik ni tak berapa ok lagi rupanya bacaan dia. Macam macam. Ada yang kita ajar dan lepas je ajar lupa terus.

“Eh baru je ust ajar ni…”

“Errr ust pakcik memang pelupa…”

Terdetik pula dalam hati saya. Betul dengan pepatah arab “Insan” iaitu makna manusia dan maksud kalimah “lupa”. Insan=lupa.

Jadi pakcik tak salah kerana saya pun pelupa jugak!. Sebab pakcik insan saya pun insan.

Pengamatan saya terhadap mereka yg sudah berumur cukup tinggi tidak sebagaimana kanak-kanak. Allah bagi mereka kehendak dan keinginan untuk belajar Al-Quran walaupun usia telah lanjut. Alhamdulillah!. Itu satu perkara kita boleh puji.

Kerana mereka masih belum terlambat.

Akhir skali saya terkadang termenung juga seorang diri. Termenung kepada kata-kata Nabi Muhamad saw maksudnya: “ Sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarnya”.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...