Seronok juga menulis blog jika banyak idea. Jika idea kosong entah apa yang hendak ditulis. Dok gigit batang pen tak kuar juga idea, dok tengok kipas berpusing tak kuar juga idea pendek kata buat apa benda pun idea tak kan mahu kuar jika memang fikiran ziro. Sebab fikiran dok fikir benda lain yang tidak perlu di paparkan dalam blog.
Kadang-kadang ada sahabat yang berblog sampai masalah keluarga pun ditibainya dalam blog. Habis jatuh luruh maruah isteri dan anak-anak. Itu tidak sepatutnya kan. Jangan sampai macam tu sekali berblog. Jaga jaga.
Contoh sekarang saya sedang menaip blog, apa yang mahu saya tulis ntah saya pun tak tahu.
Ikutkan hati mahu copy paste je apa yang ada dalam akhbar-akhbar tempatan atau luar Negara dan sumak dalam blog habis cerita sapu tangan pap pap pap…hah lega!.
Itu bukan cara saya tidak suka copy2 cuma kekadang ada juga berita yang kita tolong share kan dengan kawan2. Itu je.
Sahabat yang kreatif pula memang sentiasa ade je benda yang dia mahu letak dalam blog. Macam-macam dia hentam saje. Sampai kucing kentut bagaimana bunyinye pun dia letak dalam blog(contoh je ni).
Sampai tahap itu. Tapi walaupun begitu keterbatasan displin kena ambik berat sikit. Elok-elok sikit dalam menulis jangan cuba timbulkan fitnah kepada individu sesama kita. Tak pasal-pasal dapat dosa free ditambah lagi dengan orang lain yang membaca bertambah dan semakin bertambah lagi dosa kita.
Mintak jauh!!.
Jadi untuk mencanang idea agar sentiasa berapi-api tidak lain tidak bukan ialah dengan membaca. Satu jalan ni je.
Rajin membaca menambahkan ilmu. Kalau malas membaca ikut suka hati hang la!.
No comments:
Post a Comment