Thursday, August 7, 2008

Apabila hati jadi batu (Siri 4)

Man..ooo...man, mari makan nak” kedengaran suara Makcik Minah sayup dari arah dapur. Memanggil anak tunggalnya untuk makan.


Kejap mak man nak basuh baju ni kejap, mak makan la dulu nanti man datang” Jawab Irman meninggikan suara. Agar didengar mak.


Manakala tangan asyik menggosok baju yang dihamparkan ke lantai. Lantai batu bersemen. Kelihatan di celah-celah batu lantai bersemen lopak-lopak kecil yang memberi ruang pada lumut. Tompokan lumut cuba menghiasi permukaan lantai semen, namun nampak ralat. Tidak teratur.


Tempatnya mengunjur kebelakang rumah. Keluar pintu dapur terus bersemuka. Sedikit berselindung pandangan luar. Di tempat itulah Irman mandi, membasuh pakaian dan mendapatkan bekalan air untuk maknya minah. Tempat yang di lingkari pagar daripada batang-batang buluh yang sedikit runcing bersilang-silang. Namum nampak sedikit tegar.


Lingkungan pagar terdapat sebuah perigi tua. Permukaannya tidak luas sekadar 3 meter persegi. Lumut kelihatan tumbuh melata pada dinding perigi. Walaupun usia perigi sudah tua namum airnya tidak pernah kering semenjak makcik minah dan anak tunggalnya berpindah tinggal ke situ. Sebuah kampung dikenali dengan nama kampung Sendeng. Mengapa nama Sendeng? Wallua’lam....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...