Wednesday, August 26, 2009

Allahuakbar!!



Salam politik malaysia. Percaturan yang cuba di bawa oleh parti kerajaan untuk memancing pengundi di Permatang Pasir, Pulau Pinang ternyata tidak menjadi.

Keputusan semalam calon PAS Mohd Salleh Man mengekalkan jawatan wakil rakyat pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri tersebut dengan mejoriti 4,551 mengalahkan calon parti kerajaan Barisan Nasional Rohaizat Othman.

Kecewa lahir daripada sume anggota BN yang bertungkus lumus untuk menarik para pengundi dengan umpan pembangunan. Umpan yg sudah lapok.

Lebih-lebih lagi Pengarah Pilihanraya BN itu sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mereka(penduduk) tidak mahu perubahan yang akan di bawa oleh BN, kita terima dengan hati yang terbuka” Ulasan dari Datuk seri Muhyidin Yassin Timbalan Pendara Menteri semasa sidang akhbar di pusat operasi BN semalam.

Ini adalah alamat rakyat memang inginkan perubahan....Perubahan Kerajaan!!

1 comment:

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy said...

Kesalahan org lain mereka nampak. Kesalahn rasuah yang di umpan kepada rakyat supaya mengundi mereka tak kira pulak. Nak jadikan Permatang Pasir sebagai 'Anak Emas' kerajaan pusat. Hampeh punya rasuah janji...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...